|
Kejadian itu katanya, disedari pada pagi semalam sekitar jam 9 pagi apabila seorang pekerja hendak membuka pintu utama bagi memulakan operasi. Pekerjanya mengesyaki sesuatu sudah berlaku apabila pintu depan syarikat tidak boleh dibuka seperti biasa dan memaksanya pergi ke pintu belakang. Apabila ke belakang, pekerjanya mendapati pintu kayu belakang sudah pecah dan jeriji besi dipatahkan yang menjadi laluan masuk perompak terbabit. Susulan itu, rakan kongsinya melaporkan kejadian itu di Balai Polis Setapak, kira-kira jam 9.30 pagi semalam. Katanya, kejadian di Blok B itu bukan pertama kali berlaku kerana beberapa kejadian pecah masuk turut dilaporkan berlaku sebelum ini. Emma berkata, butiran kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih belum diputuskan namun ia menjejaskan operasi syarikatnya. “Sudahlah dalam masa terdekat, syarikat saya akan memulakan kelas tarian dan menggunakan TV itu. “Sekarang sudah jadi satu hal pula nak cari TV baru. Pintu gril semua itu nak kena ganti, semua itu duit,” katanya yang bakal terbabit dalam pementasan bangsawan Puteri Lindungan Bulan tidak lama lagi.
|




ADVERTISEMENT