[size=0.9em]Kuala Lumpur: Membuat dagu terbelah dan runcing, memancungkan hidung, membetulkan tulang pipi serta mengambil suntikan vitamin C supaya kulit muka lebih cerah.
[size=0.9em]Jika dulu semua rawatan perubatan kosmetik itu hanya dilakukan wanita, kini ia turut dipraktikkan segelintir lelaki di Malaysia. [size=0.9em]Pengaruh fenomena K-pop dipercayai turut menjadi faktor penyumbang kepada perkembangan terbaru ini hingga ada lelaki terbabit sanggup berhabisan ribuan ringgit bagi mendapatkan wajah idaman persis penyanyi dan pelakon Korea. Malah, ada juga yang bertindak lebih drastik dengan melakukan pembedahan menyedut lemak di dada, perut dan paha bagi mendapatkan susuk tubuh menarik supaya lebih sesuai dengan bentuk wajah yang diubah. Disebabkan kos untuk mengubah raut wajah dan susuk tubuh memakan belanja besar, ramai dalam kalangan ‘lelaki jelita’ itu menerima rawatan di pusat kecantikan dan bukan klinik pengamal perubatan kosmetik bertauliah.
|
InVendeTTa posted on 9-1-2013 08:58 AM
gambar sebelom and selepas tu mcm dah tukar kaum pon ade
dari cina ke melayu
sayawifenikmie posted on 9-1-2013 08:15 AM
Untuk perubahan wajah seperti yg dalam gambar .. harga yg dibayar tidaklah semahal mana .... worth ...
ADVERTISEMENT