Baginda bertitah, ini kerana, sumber kekuatan ummah dan bangsa pada hari ini kelihatan semakin diruntuhkan berpunca daripada pelbagai kemungkaran, satunya berlumba mendedahkan kelemahan sesama sendiri untuk melukiskan wajah Melayu mana yang lebih hodoh. “Umat Islam dan orang Melayu hari ini, jangan tersalah sukat, jangan tersilap bacaan, merasakan diri mereka sudah terlalu kuat. “Jika keadaan ini terus berlarutan, umat Islam dan orang Melayu tidak lagi memerlukan musuh dari luar untuk memusnahkan kesucian Islam dan bangsa Melayu di bumi ini,” titah baginda pada majlis Penganugerahan Watikah Pelantikan Ahli dan Setiausaha Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) serta majlis Penyerahan Cek Zakat Perniagaan dan Tanaman, di sini, semalam. Baginda turut berkenan menyampaikan watikah pelantikan kepada Rohana Abd Malek sebagai Penasihat Undang-undang Negeri Perak dan Dr Amiruddin Muhamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, Maipk berkuat kuasa 2 Januari lalu. Raja Nazrin seterusnya menegaskan, kekuatan umat Islam dan orang Melayu yang muncul sebagai tenaga pemimpin pada era pra dan pasca merdeka dahulu adalah disebabkan kesedaran akan kelemahan ummah dan bangsanya. Justeru titah baginda, majoriti mereka mengambil pendirian, berusaha mengumpul dan menggabungkan setiap kekuatan yang ada untuk membina satu tenaga dihormati, memiliki kegagahan mempertahankan kesucian agama dan maruah bangsa, berupaya menyebarkan syiar Islam dan mengangkat martabat bangsa. “Ketika bangsa tersilap anggapan bahawa dirinya begitu ke hadapan dalam era modenisasi dan globalisasi, ada baiknya diingatkan kembali, pesanan orang tua-tua, ‘buat baik berpada-pada – buat jahat jangan sekali’, ‘jika tersesat di hujung jalan – segera balik ke pangkal jalan’, agar bangsa tidak akan berakhir dengan senario menang sorak – kampung tergadai, bernasib setinggan di bumi sendiri,” titah baginda. Baginda bertitah, orang Melayu Islam pada era pra dan pasca merdeka menghormati perbezaan dan tidak bersifat homogenik, malah mereka yang berlainan pandangan dibawa berdiskusi dan berdialog secara rasional lagi bertamadun selaras dengan sifat ilmuwan. Tegas baginda, meski berlainan kabilah politik, mereka kekal bersatu dalam perkara prinsip menyentuh martabat dan maruah bangsa, dan umat Islam bersatu teguh mempertahan perkara pokok menyentuh kesucian Islam. “Orang Melayu dan umat Islam ketika itu berjiwa besar, terbuka sifatnya, luas pandangannya, lebih yakin pada dirinya lalu mencerminkan sifat kesederhanaan menolak suara-suara ekstrem dan tidak akan mensensasikan perkara-perkara remeh,” titah baginda.
|
fire_place posted on 7-3-2014 09:21 AM
Ye..mmg melayu ni terlalu ekstrim kdg2..
Terlampau2..
Kebetulan pergi taman mainan..budak2 melayu ...
fire_place posted on 7-3-2014 09:21 AM
Ye..mmg melayu ni terlalu ekstrim kdg2..
Terlampau2..
Kebetulan pergi taman mainan..budak2 melayu ...
lordvoldemort posted on 7-3-2014 10:58 AM
omardin mauju kata depa ada silat
sahamboi posted on 7-3-2014 11:11 AM
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi t ...
sahamboi posted on 7-3-2014 11:11 AM
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi t ...
HannahMontana posted on 7-3-2014 09:12 AM
pesanan utk pakatan rakyat ,supaya jgn baik sampai tergadai tanah und negara,
koken_7 posted on 7-3-2014 10:46 AM
ini yg merepek..bodoh punya melayu...budak2 pon nak di rasiskan..negeri mana ni?
sahamboi posted on 7-3-2014 11:11 AM
500 tahun dulu melayu ade silat siap boleh terbang2 lagi, tapi dengan penjajah tak melawan. Jadi t ...
ADVERTISEMENT