CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cucuh Zakar Dengan Rokok

7-3-2014 09:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7723| Komen: 41

Ampang: Dua kanak-kanak cedera teruk di beberapa anggota badan termasuk seorang daripadanya dicucuh bara  rokok pada kemaluan akibat deraan bapa kandung dalam dua kejadian berasingan yang dikesan polis di Tasik Permai dan Tasik Tambahan, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian di Tasik Permai, seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun didera bapanya dipercayai sejak lebih setahun lalu dan ibunya turut merahsiakan perkara itu kerana bimbang dicederakan jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Sumber polis berkata, kejadian itu hanya terbongkar selepas seorang jiran yang simpati nekad membawa mangsa ke Hospital Ampang (HA)  jam 5 petang kelmarin.

  Menurutnya, wanita berusia 40-an itu memberanikan diri membawa mangsa ke HA biarpun pada mulanya usaha itu dihalang ibu kanak-kanak terbabit kerana bimbang menimbulkan kemarahan suaminya.

“Jiran itu bertindak demikian selepas kasihan melihat penderitaan mangsa yang cedera teruk kerana sering didera bapanya dipercayai sejak setahun lalu.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 7-3-2014 07:26 AM



Quote haZelEyEz 7-3-2014 07:34 AM
kesiannya..:ayah budak ni dah sain kontrak dgn setan gamaknya...
Quote Simunggu 7-3-2014 07:38 AM
banyak kes dera anak sejak dua menjak ini.....
Quote fifie_olin 7-3-2014 07:43 AM
mmg ikot musim mendera laaa...
hamjdah la jntn sial ni..
sama gak ngan bini...bodo piang langit ke 7
Quote asyriqa 7-3-2014 07:51 AM
bapa ngan mak sama lahanat... ko tak nak bela anak tu pegi anta kebajikan ke bagi orang ke...binatang pun tau sayangkan anak... sialan betul bapak gini...
Quote Bedah.Cun 7-3-2014 07:55 AM
so, ini cara mengajar anak? cucuh totek die dgn rokok?

@Changa @C.K

cercakan dia
Quote MissNigga 7-3-2014 08:03 AM
ya Allah....ciannya.... cam skinny jer dak tuu...

brengsek punya papa....
Quote gaara_X 7-3-2014 08:06 AM
mmg tak de akal punya olang woo....
Quote faraway1 7-3-2014 08:08 AM
musim mendera agaknya sekarang ni...
Quote leylapple 7-3-2014 08:17 AM
aku heran betul la...

not fit as a parent tapi dikurniakan anak pulak...

len kali kalo dah jadi umat setan bertenggek dalam badan, awal2 kasi mandul diri tu dulu..
Quote gogo2 7-3-2014 08:20 AM
haZelEyEz posted on 7-3-2014 07:34 AM
kesiannya..:ayah budak ni dah sain kontrak dgn setan gamaknya...

I rasa biasa. Mcm ibubapa kat Sweden tuh. Aman jah dorang dera anak2 mereka.
Quote intriQue 7-3-2014 08:20 AM
Mungkin kah bapak  kanak2 malang ni menyangka dia akan hidup di dunia ni selama2nya??

That he won't be held responsible for all his bad deeds?
Quote bbalik 7-3-2014 08:22 AM
mental disoder...
Quote haryatie 7-3-2014 08:28 AM
bongok punya mak..
takut ke.. sayang sgt kat laki haprak tu..
x faham aku mak2 yg mcam ni
Quote dugongCute 7-3-2014 08:34 AM
musim mendera anak kot skrg.. aishhhhh buat anak bukan main lagi aktif.. ermmmmm
Quote sunquick 7-3-2014 08:35 AM
siannye budak tu....

mental ke apa bapak budak tu....?
Quote ultra78 7-3-2014 08:41 AM
Bedah.Cun posted on 7-3-2014 07:55 AM
so, ini cara mengajar anak? cucuh totek die dgn rokok?

@Changa @C.K

Mungkin budak itu malas mengaji al-quran atau tak mahu solat. Itu bukan mendera tapi satu cara mendidik anak dengan cara mencucuh zakar dengan rokok. Jadi bapa kanak-kanak tersebut tidak bersalah. Malah pada zaman kanak-kanak, kepala zakar si bapa juga pernah dicucuh dengan api pelita minyak tanah apabila malas mengaji. Setakat rokok tu kecik punya hal lah.










Quote dealova04 7-3-2014 09:16 AM
bkn musim.. mmg ada jer kes dera anak.. so.. tgk2 la kejiranan kita.. kalau kes mcm ni... mmg patut kita masuk campur.. bagus jiran ni... kesian nyer anak tu... hati apakah mak pak jenis mcm tu?????
Quote kudajantan77 7-3-2014 09:18 AM
asyriqa posted on 7-3-2014 07:51 AM
bapa ngan mak sama lahanat... ko tak nak bela anak tu pegi anta kebajikan ke bagi orang ke...binatan ...

Binatang seperti tikus dan kucing akan memakan anak sendiri atau membiarkan anak mati dalam persekitaran yang tidak cukup makanan ....

Di US, Indonesia dan Vietnam pun banyak kes kanak2 terabai dan menjadi mangsa perlakuan jenayah dalam kelompok golongan yang mengalami desakan hidup ...

Adakah kehidupan rakyat Malaysia semakin terhimpit sehingga kes penderaan anak meningkat???

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.047010 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top