CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Klinik Kesihatan Selayang Terima 1,200 Pesakit Setiap Hari

5-3-2014 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8608| Komen: 19


SELAYANG - Jumlah pesakit Klinik Kesihatan Selayang yang mencecah sehingga 1,200 orang sehari menyebabkan keadaan klinik tersebut sentiasa padat dan sesak.
       
Populasi penduduk melebihi 100,000 orang di kawasan itu juga menyebabkan klinik berkenaan terpaksa melanjutkan waktu operasi sehingga jam 9.30 malam sejak 2011 lagi.
       
Sebelum ini permohonan pembinaan klinik baru telah dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) namun ditolak.
       
Namun usaha masih diteruskan supaya ia diluluskan memandangkan tanah lapang yang disediakan untuk tujuan itu juga telah ada.
       
Baru-baru ini satu lawatan kerja telah dibuat Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang turut menyatakan akan membuat pertimbangan segera kerana ia merupakan keperluan mendesak.
       
Menurutnya, klinik tersebut tidak lagi sesuai menampung jumlah pesakit di Selayang dan sekitarnya.
“Keadaan klinik di sini sangat sesak dan ruang yang terhad menyebabkan dua doktor terpaksa berkongsi satu bilik rawatan. Ia pastinya menyebabkan pesakit  kurang selesa.
       
“Pada bulan April kita akan menyemak semula projek di bawah kementerian dan akan memberikan keutamaan kepada projek pembinaan klinik di sini,” katanya.
       
Menurutnya, buat sementara waktu, klinik di sini akan diberikan peruntukan tambahan termasuk pembinaan stor ubat dan pembaikan kerosakan dinding yang dimakan anai-anai dan peralatan.
       
Sementara itu, Pengerusi Panel Penasihat Pejabat Kesihatan daerah Gombak, Latiff Salim berkata, beliau mencadangkan supaya kemudahan klinik kesihatan diperbanyakkan bersesuaian dengan jumlah penduduk yang semakin bertambah.
       
“Meskipun sudah ada hospital, tetapi klinik masih diperlukan untuk mendapatkan rawatan ringan dan apabila kemudahan terhad menyebabkan pesakit perlu menunggu lama.
       
Besar harapan supaya klinik baru dapat disiapkan segera, dan dalam masa sama klinik lama dikekalkan serta klinik 1Malaysia diletakkan doktor sebagai memudahkan lagi pesakit membuat pilihan,” katanya.
       
Sebelum ini Sinar Harian pernah melaporkan tentang masalah Klinik Kesihatan Selayang yang gagal menampung jumlah pesakit yang terlalu ramai menjadikannya sentiasa sesak.
       
Beberapa penambahbaikan telah dibuat termasuklah jumlah doktor ditingkatkan dan bilik mesyuarat turut digunakan sebagai bilik rawatan ibu mengandung namun ia tidak menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang menyebabkan klinik baru perlu dibina.

11

Bagus
8

Marah
11

Terkejut
8

Sedih
12

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-3-2014 11:52 PM
700 orang warganegara asing
mane x ramai
Quote Lolalala 5-3-2014 07:01 AM
Memang sangat ramai....tp diorg tetap entertain without fail. Pegi klinik kk seremban2, nurse kecoh mcm tempat dia sangat ramai patient padahal no pun tak habis rotate lagi
Quote Al-Patih 5-3-2014 07:21 AM
Sebelum ini permohonan pembinaan klinik baru telah dibuat dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) namun ditolak.

mano tak ditolak ...prutukan diguno untuk ...klink 1Malaysia ...
Quote gujiwa 5-3-2014 07:23 AM
Dulu check up mengandung kat sini mmg tak tahan ramai sgt org.. jumpe nurse nye kejap... tapi  nak menunggu stress nye..

Pindah duk area hulu selangor.. aman je... pukul 8 amik no.. pukul 8.30 dah balik...kalau lama pun sbb nak jumpe doctor...

Kena tambah kk lain kot kat sini mcm tak leh nk cover sgt..
tapi time aku branak nurse mmg dtg umah.. oke aje nurse and doc nye..
kalau gaduh pun,, gaduh nurse ngan nurse stress la tuh ramai sgt..
Quote ren0_0 5-3-2014 07:31 AM
dari aku sekolah rendah ke besar ni sama je klinik kesihatan selayang tu. pi sana boleh bilang dengan jari sebab aku ada latrophobia & nasocomephobia hhehehe..
Quote R2D2 5-3-2014 08:53 AM
jauh ke klinik ni dari hospital selayang?
Quote zafreen 5-3-2014 08:57 AM
sepatutnya dah lama k'jaan buat klinik kesihatan yg baru... kalo lalu dpn klinik ni (jln sg tua-selayag) pukul 630 pg dah berderet org tunggu nk amek no. pengalaman ak penah tunggu 4 jam nk jumpa doc..
Quote balqishku 5-3-2014 09:16 AM
kalau pergi klinik selayang lepas pukul 5 nyaman2 je kat klinik tu. xde lar sesak mcm waktu pagi
Quote cammie1711 5-3-2014 10:37 AM
Sekarang check up mengandung dgn klinik ni. Memang ramai gila. Appointment pukul 8, pukul 7 dh beratur depan pintu klinik, pukul 12 belum tentu habis. Paling menyampah byk org asing. Lagi2 kalau kes baru. Nurse nak interview dia je amik masa 1 jam. Menyusahkan org je! Kdg2 kesian tengok nurse2 kat situ. Nurse2 kat sini baik2. Kalau bhgn pesakit luar tu bukak sampai pukul 10pm.
Quote ciptaan_Awlah 5-3-2014 10:43 AM
bila sakit kalu tahu ubat apa
terus beli kat farmasi
tak reti nak jihad kat klinik
Quote gujiwa 5-3-2014 10:46 AM
R2D2 posted on 5-3-2014 08:53 AM
jauh ke klinik ni dari hospital selayang?

Tak la jauh...
kenape ade kena mengena ke.

Quote gujiwa 5-3-2014 10:48 AM
cammie1711 posted on 5-3-2014 10:37 AM
Sekarang check up mengandung dgn klinik ni. Memang ramai gila. Appointment pukul 8, pukul 7 dh berat ...

Lepas pindah hulu selangor geram plak aku tgk nursenye beborak lebih... nak tulis kat buku merah tuh amik masa..
keje pun lemah gemalai.. lain sgt kat kk selayang. Nurse mcm nk bersilat kikikiki
Quote nurkasih74 5-3-2014 10:49 AM
Memang yg menyesakkan mana2 kk ialah warga asing..bergantunfg pd area...kepong ramai indon, myanmar, vietnam, even china...yg gombak bangla/rohingya n black...yg bengang tu..diorg dtg berjemaah..mcm msg2 pakat nak ngandung sama2....yg pelarian tu lagilah..dpt status unhcr musti free kot? Pdhal bknlah free..ee geram tau...nurse plak tanya2 diorg tak faham bahasa..kena bawak translator aka laki msg2.dahlaa sempit..makin sesak..
Quote cucumberkl 5-3-2014 10:57 AM
memang sesak giler.... dari pendatang asing yg jln kaki sampai yg drive keter ratus ribu pon melahap kt klinik selayang...

1 lg bukti failure klinik 1 malaysia yg bajet berjuta2 projek umNGOK
Quote cammie1711 5-3-2014 11:03 AM
gujiwa posted on 5-3-2014 10:48 AM
Lepas pindah hulu selangor geram plak aku tgk nursenye beborak lebih... nak tulis kat buku merah t ...

Yela, kekdg nurse ni kalau patient tak ramai bole plak bermesyuarat tingkap. kat kk slyg pun cmni gak sbb penah pegi lepas lunch, mmg x ramai org. benda yg boleh siap 1/2 jam jadi 2 jam jugak....Dulu pun pernah gak pergi kk hulu yam masa dlm pantang. tak ramai org & cepat je. Klinik desa kat btg kali tu pun ok. tapi cam dah ramai org plak skg ni. sebab area situ pun mcm dah pack kan? tapi yang best klinik ni bila urine test dorg yg buatkan. tak mcm kk selayang, kena beratur sorg2 amik stick test tu.
Quote ibu_haritz 5-3-2014 11:03 AM
mmg klinik kesihatan skrg ni penuh dgn warga asing jer..
kt klinik desa merbau sempak ni myanmar, kemboja, indon smua ade..
hr tu mcm org timor lestee..aiyaaaaa mcm2 ade
la ni dh ok sket dh ade klinik 1malaysia...diorg dh bhg kan kwsn masing2..
Quote -electrifying- 6-3-2014 02:24 PM
wah betul ramai tu =='
Quote mizshareen 14-10-2014 11:08 AM
jap lg baru nak pegi klnik ni, yala da murah mmg la rmai
Quote Fantaghiro 14-10-2014 11:22 AM
paling aku bengang..kat sini dah la sesak..pastu ramai pulak bapak2 yg mengandung tak beranak2 sama2 duduk kat tpt duduk ibu2 mengandung!akai ada ka??nasib la nurse2 kat sini mmg pantas..walo ramai makhluk, tgk depa buat keja mmg tiptop n mesra alam..takde la nak marah2 org tak tentu pasal..
walo terpaksa tunggu lama..aku ok jah..carik la xtvt yg boleh dibuat masa menunggu tu..ramai jah aku tgk yg usung novel/belektepon bagai..time camni aku boleh je mengait sambil pancing kastemer!

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 1.602438 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top