CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sektor Swasta Lebih Cenderung Cari Pekerja Melalui Online

3-3-2014 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2882| Komen: 15


SEKTOR swasta di Malaysia antara yang menggunakan amalan baru dalam mencari pekerja bagi syarikat masing-masing, menurut laporan dikeluarkan firma pengambilan pekerja, Cazar yang menunjukkan bagaimana organisasi kini mengubah cara pengambilan pekerja.
       
Laporan itu memperincikan saluran digunakan syarikat di Asia Pasifik dan Timur Tengah untuk mendapatkan tenaga kerja.
       
Antara penemuan menarik adalah 99 peratus calon ditemui dalam talian (online), dan majikan secara puratanya menggunakan 12 saluran untuk mendapatkan pekerja.
       
Selain itu, hanya satu peratus pencarian pekerja dibuat menggunakan sumber tradisional seperti media cetak dan pameran kerjaya.
       
Ketua Pegawai Eksekutif Cazar Guy Rickett berkata, majikan mengguna pakai set minda seperti membuat strategi jualan dan pemasaran untuk menarik pekerja berkualiti.
       
"Mereka menggunakan pelbagai saluran online seperti laman web khusus untuk karier.
       
"Kami menjangkakan trend ini akan mendapat momentum tahun ini dan seterusnya," katanya dalam satu kenyataan.
       
Menurut Rickett, selepas Singapura, Malaysia adalah negara di Asia Tenggara yang mempunyai kadar penembusan internet tertinggi jadi pengambilan pekerja secara online diyakini menjadi pilihan majikan pada masa depan.
       
Menurut laporan Cazar, secara puratanya, setiap kerja kosong menarik 272 pemohon.
       
Laporan itu meliputi tempoh 12 bulan sepanjang 2013 merentasi pelbagai sektor seperti peruncitan, pembinaan, perbankan, teknologi maklumat, media dan telekomunikasi.
       
Ianya berdasarkan analisis 3.9 juta pemohon pekerjaan dan 14,212 pengambilan kerja di benua Asia.

3

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 3-3-2014 07:37 AM
patutle ....autason ...minta bantu GLC ...untuk buwek iklan ...
Quote clarizsa 3-3-2014 07:45 AM
online la senang... sedangkan utk isu semasa pun org baca kt forum cari n google je...
Quote evengelista 3-3-2014 10:56 PM
Iklan online lebih murah n lebih cpt..
Quote cmf_premierleag 3-3-2014 11:17 PM
Hanya utuseks saja yg menagih simpati mcm pengemis meminta GLCs beli ruangan iklan
Quote -electrifying- 5-3-2014 09:21 AM
cmf_premierleag: Hanya utuseks saja yg menagih simpati mcm pengemis meminta GLCs beli ruangan iklan


metroll pon dh kurang.
Quote bedahmulutpuaka 5-3-2014 09:30 AM
aku pon cr kerja online, baca news online, bergosip online, baca magazine online..

selamat pokok kat luar sana
Quote CincinKristal 5-3-2014 09:46 AM
most of things today through online....carik staff2 baru pun ikut online jer
Quote dino 5-3-2014 09:58 AM
cmf_premierleag posted on 3-3-2014 11:17 PM
Hanya utuseks saja yg menagih simpati mcm pengemis meminta GLCs beli ruangan iklan

paper sampah tu nak cari keje mmg geli sgt....
Quote bungaros 5-3-2014 10:15 AM
advertise kat jobstreet  baru rm630 je. kalau kat paper dlm rm4-5k. baik advertise online, response pun berlambak. lagipun budak muda2 sekarang mana baca paper dah
Quote mziskandar 5-3-2014 10:20 AM
tulis surat, masuk sampul, tampal setem, masuk peti, tunggu 3 hari, blum tentu sampai..
Quote shiro82 5-3-2014 10:29 AM
semua dah senang la ni,nk upload resume pun senang....paperless,rekod semua boleh simpan dalam sistem. company tu pun x pening pala nk selak satu2 resume cukup la yang ada mcm dalam jobstreet dah siap format ape yang perlu di isi oleh candidates dan company pun senang nk baca ikut pada requirement yang derang nak.
Quote ciptaan_Awlah 5-3-2014 10:56 AM
utusek kene jihad dgn beruk yg semua baca online
camner org Islam nak cari makan
arkhhhh   .....  
Quote annehuda 5-3-2014 11:00 AM
skrang nih jabatan kerajaan jelah kot rajin wat ad kt paper. mengkayakan kroni gitu
Quote little_sis 5-3-2014 11:01 AM
dgn cara ni dpt tau pekerja tu IT savvy ke x kot
Quote shernazz 5-3-2014 11:28 AM
teringat dlu pas spm, konon2 cari keje siap beli paper star lagi..ye ye je

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.098791 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top