CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerebu Kali Ni Bukan Salah Gunung Berapi

26-2-2014 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6477| Komen: 22


KUALA LUMPUR 26 Feb. - Fenomena jerebu yang melanda ketika ini dikenal pasti berpunca daripada sumber dalaman seperti pembakaran hutan, pembebasan asap kilang dan kenderaan serta pembakaran terbuka.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Datuk Che Gayah Ismail berkata, fenomena itu langsung tidak mempunyai kaitan dengan kejadian letusan gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara baru-baru ini atau berdasarkan faktor luaran lain.

Beliau berkata, cuaca panas dan kering tanpa kehadiran hujan untuk beberapa hari memburukkan lagi keadaan.

"Sumber-sumber dalaman itu beserta dengan ketiadaan hujan menyebabkan partikel seperti gas, debu, habuk dan zarah terkumpul di udara dan tidak dapat turun ke bumi," katanya kepada Bernama.

Mengikut rekod JMM, jerebu kini tertumpu di kawasan bandar besar yang aktif dengan aktiviti ekonomi dan perindustrian serta memiliki jumlah kenderaan yang banyak seperti Kuala Lumpur (Lembah Klang), Selangor (Subang) dan Pulau Pinang (Seberang Perai).

Che Gayah berkata, cuaca panas dan kering yang dialami ketika ini agak tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu dan ia dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac.

"Bagaimanapun keadaan jerebu masih terkawal namun langkah pencegahan awal bagi mengelak ia menjadi lebih teruk perlu dilakukan, antaranya mengelak pembakaran terbuka dan mengurangkan jumlah kenderaan awam di jalan raya," katanya.

Menurut bacaan Indeks Pencemaran Udara yang direkod Jabatan Alam Sekitar pada tengah hari ini, sebanyak 23 kawasan mencatat status kualiti udara tahap baik dan 26 kawasan tahap sederhana.





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 26-2-2014 05:52 PM
jerebu di udara...jelebu di negeri sembilan...
Quote clarizsa 26-2-2014 07:39 PM
memang pun... dr dulu lg sakan bakar sampah... lg panas terik lg sedap membakar... xtaula nape cmtu... JAS pun kata xpe, setakat bkr sampah kt taman, kampung...

pastu, nk wat cmne... redha je la jerebu ke asap ke...
Quote shi_jewel 26-2-2014 07:45 PM
hari ni pun panas..mata pun dh merah-merah...
Quote Kerêta_Angin 26-2-2014 08:06 PM
jerebu akibat pembakaran di riau tgh berarak menghala ke sumatra utara, sumatra barat dan sudah mendekati bengkulu...

itulah pasal malaysia tak ke...naaa..!
Quote Eric.n9 26-2-2014 08:34 PM
Kali ni malaysia yg mengeksport jerebu, heheh

Btw, ni gmbr salah satu pusat pengeluaran jerebu negara kita, hik hik

KM24, elite highway

Last edited by Eric.n9 on 26-2-2014 08:36 PM

Quote BelovedTaeyeon 26-2-2014 08:42 PM
Salaam.




Quote wipers81 26-2-2014 08:42 PM
Terpanggil nak memberi komen di sini. Hidup berjiran, harus bermuafakat. Tapi saya bengang gila dengan jiran-jiran di taman perumahan saya ni. Sesedap rasa je nak bakar sampah. Ada masa tu, saya baru je basuh baju, sesedap hati bakar sampah. Hairan, mengapa pemikiran mereka ini masih di tahap kekampungan. Rumah kampung tu lain, tingkap kiri, kanan, depan belakang. Ni, rumah taman. Sudahlah berderet. Kadang-kadang bakar waktu malam, habis satu bilik saya bau asap. Sudahlah saya ni dan anak-anak ada asma.

Rasa macam nak aje pergi kat diorang tu bagitau "kalau cik boleh pastikan asap tu duduk satu tempat je, silakan. Nak bakar sehari 100 kali pun takpe." Boleh ke macam tu? Tambah musim panas ni... alahai nak cakap pun tak tahulah macam mana.
Quote boyagombak 26-2-2014 08:50 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-2-2014 05:52 PM
jerebu di udara...jelebu di negeri sembilan...

tizzaqyah tgh berlakon, pakwenye tgh berporem
Quote pakwetizzaqyah 26-2-2014 08:53 PM
clarizsa posted on 26-2-2014 07:39 PM
memang pun... dr dulu lg sakan bakar sampah... lg panas terik lg sedap membakar... xtaula nape cmtu. ...

kat Malaysia ni..kamu kene report..baru ada tindakan...sekian taceh
Quote lucky_peace 26-2-2014 09:01 PM
hutan2 belukar dengan padang rumput pon banyak yang terbakar, camne tak jerebu, huhuh...
Quote clarizsa 26-2-2014 09:26 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-2-2014 08:53 PM
kat Malaysia ni..kamu kene report..baru ada tindakan...sekian taceh

sbb i dh repot la i tau jwpan JAS tu... dia ckp bkn keje dia.. suh call majlis perbandaran plak.. so, xyah susah2.. sedut je asap tu smbil senyum kelat...
Quote clarizsa 26-2-2014 09:26 PM
wipers81 posted on 26-2-2014 08:42 PM
Terpanggil nak memberi komen di sini. Hidup berjiran, harus bermuafakat. Tapi saya bengang gila deng ...

sama laaa... pasrah je la kan.. tegur nnti leh jd gaduh plak..
Quote clarizsa 26-2-2014 09:27 PM
sawah padi kt BKE highway pun... berasap je slalu..
Quote pakwetizzaqyah 26-2-2014 09:28 PM
clarizsa posted on 26-2-2014 09:26 PM
sbb i dh repot la i tau jwpan JAS tu... dia ckp bkn keje dia.. suh call majlis perbandaran plak..  ...

saya cadangkan report polis..nnti saya akan semak Environmental Quality Act...
Quote kucingTomey 26-2-2014 09:28 PM
ni sume salah una aka fatimah rohani ismail aka emma maembong dalam projek memikat somi
Quote clarizsa 26-2-2014 09:29 PM
pakwetizzaqyah posted on 26-2-2014 09:28 PM
saya cadangkan report polis..nnti saya akan semak Environmental Quality Act...

hmmm... xyahla susahkan pihak polis.. thanx..
Quote pakwetizzaqyah 26-2-2014 09:30 PM
clarizsa posted on 26-2-2014 09:29 PM
hmmm... xyahla susahkan pihak polis.. thanx..

ecececece..ni msti boyfriend polis ni...lol
Quote emasgunung 26-2-2014 09:43 PM
wipers81 posted on 26-2-2014 08:42 PM
Terpanggil nak memberi komen di sini. Hidup berjiran, harus bermuafakat. Tapi saya bengang gila deng ...

setuju sangat. dulu saya pun hadap masalah yang sama bila saya sidai baju, masa tu lah dia pun nak bakar2.. kadang tu setiap hari. lagi kritikal bila mak ayah dia duduk seminggu, hah seminggu tulah nak bakar2. benganglah juga sebab baju bau asap.

tapi sekarang ni dah kurang sikit.. kalau jiran nampak saya basuh baju, x adalah bakar2.. mungkin dah perasan kot, sebab ada bbrp kali tu tengah jiran bakar2, saya terus angkat baju biarpun baju tu baru bbrp jam kat luar.. so sekarang ni bila nak bakar2, nampak macam dorang pastikan saya x sidai kain.. lagipun bukan setiap hari saya basuh baju pun.. selang 2-3 hari.. hehehe
Quote JokesCop 26-2-2014 09:56 PM
Aku xpaham perangai kg mane pi bakar sampah kat taman.. Lori sampah dah xlalu ke rumah die? Cacat tangan ke xbole nak masukkan sampah dalam beg plastik then letak kat luar..

Pikir la kiri kanan apartment, asap masuk rumah, ade bdk2 kecik or baby.. Kang call bomba, bomba dtg pun bukan buat ape2.. Sembur je la api tue pakai hose biar kotor abis rumah derang kalau malas sgt nak saman..

Xpaham aku masalah org suke bakar sampah kat rumah taman nie..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.088244 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top