CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sosej Dari Najis Bayi,

21-2-2014 05:21 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8419| Komen: 13



Sosej Dari Najis Bayi, Bakteria Sihat Untuk Badan - Penyelidik

MADRID - SEPANYOL. Sekumpulan penyelidik Sepanyol yakin sumber probiotik dari najis bayi merupakan bakteria sihat untuk badan.

Ketua penyelidik dari Institut Catalonia Makanan dan Penyelidikan Pertanian Girona, Anna Jofré  berkata, bakteria probiotik  seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium banyak terdapat di dalam sosej dan sebahagian daripada teknik pembuatan paperoni dan salami yang memerlukan kaedah penapaian bakteria.

“Kami mengambil sampel najis 43 bayi sehingga berumur enam bulan. Najis itu digunakan untuk membuat sosej dipanggil ‘fuet’ atau  ‘chorizo’” katanya.

Beliau berkata, keputusan daripada kajian itu, kumpulan penyelidik dapat menghasilkan sosej berkualiti tinggi dengan kandungan probiotik terbaik.

“Kami makan dan rasanya lebih enak berbanding sosej biasa,” katanya laporan dipetik dari DailyMail.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote munchkin 21-2-2014 03:43 PM
hmmm. yelah sebab baby minum susu jah.

takde selera makan faecal walaupun faecal baby. buatnya ada faecalis lagilah tak pepasal.

beli je probiotik and makan.
Quote fifie_olin 21-2-2014 03:48 PM
sejak byk cite psl sosej ni...
terus aku dh x mkn...
Quote nizam49 21-2-2014 03:55 PM
baik lepas berak mkn trus ja...x pyh bt sosej bru fresh.....hahaha
Quote JoyahJay 21-2-2014 03:56 PM
Nak probiotik? Makan tempe.
Quote gaara_X 21-2-2014 04:04 PM
kalau dah najis tue....najis laa juga.....
Quote lompatikam 21-2-2014 04:11 PM
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-62 yang bersidang pada 16 Mac 2004 telah membincangkan mengenai Hukum Menggunakan Bakteria Yang Diambil Daripada Najis Bayi Sebagai Agen Pemangkin Dalam Yogurt. Muzakarah telah memutuskan bahawa hukum menggunakan bakteria kultur yang dipencilkan daripada sebarang najis sebagai agen pemangkin dalam yogurt adalah harus dengan syarat telah melalui proses pengasingan dan penyucian yang sejajar dengan hukum syarak kerana bakteria yang terdapat di dalam najis bayi adalah mutanajjis.



Keterangan/Hujah:

Bakteria adalah makhluk yang dijadikan oleh Allah SWT dan tiada nas yang menyebut tentang pengharaman atau statusnya sebagai najis. Walaupun bakteria selalu digambarkan menyebabkan penyakit namun kajian sains menyingkap satu lagi rahsia bukti kebesaran Allah SWT bahawa setiap sesuatu yang dijadikan di atas muka bumi ini tidak sia-sia. Berdasarkan kepada prinsip " setiap sesuatu pada asalnya adalah halal " dan " setiap sesuatu pada asalnya adalah harus " maka memanipulasi bakteria baik untuk menafaat manusia adalah tidak bertentangan dengan syariat.


sumber: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa- ... gai-agen-pemangkin-
Quote azharuchan 21-2-2014 04:39 PM
ada can buat produk MLM ni...
Quote Kilokahn 21-2-2014 04:46 PM
Priobiotiks tu dari najis bayi juga. aku lahap je.
Quote pakwetizzaqyah 21-2-2014 05:14 PM
tadi baca title mcm najis babi..rupanya najis baby
Quote Dunhill. 21-2-2014 05:59 PM
Pakai taik kucing tak boleh ke??
Quote ultra78 21-2-2014 06:04 PM
Chorizo = Sosej babi
Quote garyura 22-2-2014 03:48 PM
kalo p oversea kena selalu ingat bab2 mkn ni...member aku penah termakan sup bxbx masa jejalan dgn famili g japan...dia ingatkan sup soya sekali tanya balik tau2 sup bxbx
Quote -electrifying- 24-2-2014 09:57 AM
“Kami makan dan rasanya lebih enak berbanding sosej biasa,”

yarkkkk

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.223164 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top