CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tun M - Anwar Tidak Layak Jadi Mb

19-2-2014 03:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5248| Komen: 36


DR. Mahathir  Mohamad (dua, kanan) menyaksikan pelancaran Kerusi Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) yang disempurnakan oleh Rais Yatim (dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Prof. Dr. Hunud Abia Kadouf (kiri) serta Prof. Johan Galtung (kanan) di UIAM Gombak, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya Ketua Pembangkang itu mahu menggunakan jawatan berkenaan untuk melakukan apa sahaja yang beliau mahu.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, jawatan Menteri Besar atau Perdana Menteri sekalipun tidak akan memberi Anwar kekebalan daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurut beliau, rakyat Selangor juga berhak berasa bimbang apabila Anwar menyuarakan hasratnya ingin menjadi Menteri Besar.
"Kakitangannya tidak akan berasa selamat apabila bersama dia, lihat apa yang dia buat kepada kakitangannya.

"Dia akan dipengaruhi oleh prinsip kebebasannya untuk melakukan apa sahaja yang dia mahu," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Kerusi Tun Mahathir Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) di Dewan Kuliyyah Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak dekat sini hari ini.


Pengasas Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa, Prof. Johan Galtung, 74, dilantik sebagai penyandang pertama kerusi tersebut dalam majlis pelancaran yang turut dihadiri Speaker Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang; Presiden UIAM, Tan Sri Dr. Rais Yatim; Rektor UIAM, Prof. Datuk Seri Dr. Zaleha Kamaruddin dan Dekan Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Prof. Dr. Hunud Abia Kadouf.

Dr. Mahathir menambah, Anwar juga tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya beliau melakukan perbuatan yang salah dan tidak bermoral.
Berhubung tindakan Anwar mengadakan ceramah di dalam gereja di Kajang pada Ahad lalu, beliau memberitahu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sanggup melakukan apa sahaja untuk memancing undi.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir menjelaskan, kebimbangan umat Islam di negara ini terhadap pelbagai provokasi terhadap agama mereka adalah berasas.
Beliau berkata, dalam isu kalimah Allah, semua pihak telah bersetuju bahawa kalimah itu tidak akan digunakan dalam penerbitan Kristian.
"Namun ada pihak yang sengaja membangkitkan isu itu untuk menyinggung sensitiviti umat Islam," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, bantahan yang disuarakan umat Islam itu merupakan reaksi provokasi yang dicetuskan terlebih dahulu oleh pihak-pihak yang tidak menghormati Islam.
Sementara itu beliau memberitahu, Ops Lalang yang dilancarkan pihak berkuasa pada 1987 bertujuan menjaga keamanan dan kestabilan negara.

17

Bagus
17

Marah
5

Terkejut
17

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zzola 19-2-2014 10:26 AM


bertahun tahun dah
ko ganyang anwar
takkan tiba tiba nak
kata dia layak pulak
bukan

expected lah keluar dari
mulut busuk mamak ni
Quote mjla 19-2-2014 10:28 AM
Tun dgn Nuart pandai wat wayang...

Gado2 duit masyuk gak.

Diam2 dok ngeteh sama2....
Quote pakwetizzaqyah 19-2-2014 10:29 AM
nnnti nuar berahi mati msti jadi mcm cerita tanah kubur nasir bilal khan
Quote Anak_Nogori 19-2-2014 07:04 PM


Depan org kristian didalam Gereja...saya sokong Kristian guna Kalimah Allah.



Depan org islam...saya org islam..saya nak kembangkan islam..
Quote Dunhill. 19-2-2014 07:05 PM
Siapa yg dendam siapa ni?????
Quote sup@rm@n 19-2-2014 07:15 PM
Tun M nyanyok anti hadis
Quote mirage_46 19-2-2014 07:16 PM
takut betul mahadir ngan anuar.....
Quote roy3 19-2-2014 07:17 PM
Nak kata anak dia sj layak jd mb la tu
Quote masa_lalu 19-2-2014 07:18 PM
kata bang nuar nak pencen, ni makin galak pulak
"rakyat tak bagi saya berundur"- katanya
Quote -electrifying- 20-2-2014 02:28 PM
zzola: bertahun tahun dahko ganyang anwartakkan tiba tiba nakkata dia layak pulakbukanexpected lah keluar darimulut busuk mamak ni



mamak kuti ni biasala dr dlu lgi, ntah apa yg didendam sgt. dh pencen tu wat la cara pencen mcm pak lah,
lg nk menyemak.
Quote slippergombak 20-2-2014 02:42 PM
Golongan anti islam mmg akan pertahankan golongan anti hadis nih...

Apa nak heran dengan penyokong anti hadis nih...

Bagi aku lagi kuat madey anti hadis nih tak suka... lagi berkobar2 aku nak tgk anwar jadi mb selangor.... kalu org tua murtad nih tak kecoh, aku tak heran pun dan tak payah lah anwar jadi mb... sekarang aku nak tgk anwar jadi mb selangor, nak tgk semua u,no jadigila babi....hahah
Quote slippergombak 20-2-2014 02:43 PM
masa_lalu posted on 19-2-2014 07:18 PM
kata bang nuar nak pencen, ni makin galak pulak
"rakyat tak bagi saya berundur"- katanya

Aku pun tak bagi anwar berundur... barulah umno penyamun dan perompak wang rakyat dan macai takleh duk diam...
Quote HUHA 20-2-2014 02:50 PM
dr madey dr madey... ko ingat ko hebat sgt ka
anak ko mukriz tadbir kedah mcm pondan! dah nak dkt 1 tahun entah apa yg anak ko buat pun tak tau la

pembangunan slow kalah zaman pas














Quote slippergombak 20-2-2014 02:51 PM
Screenshot_2014-02-20-14-51-23-1.png
Quote Al-Patih 20-2-2014 02:51 PM
biasale ...madey ..bilo ado undi ...semua nya kutuk
Quote Anak_Nogori 20-2-2014 03:02 PM
TUN M adalah bekas boss Anwar..sudah tentu dia tahu sama ada Anwar ni layak jadi MB ka tidak.
Quote anniehanida 20-2-2014 03:15 PM
awat tok det...nuart memang tak layak jadi MB...sebab dia layak jadi timbalan perdana menteri dahulu...
sebab nuart.tak sabaq nak jadi Perdana Menteri...kenalah terajang dengan tok det...
Kalaulah si nuart dulu sabaq sket..memang tok det akan kata ...nuart nih memang layak jadi perdana menteri pun..

Tapi kalau sinuart nih masih dalam UMNO..atau masih jadi menteri dalam BN..tok det mesti kata..tadak orang lain dah apakenama yang paling layak jadi PM..betoi dak tok det..

Bila kawan dah jadi lawan..lagutulah nasib nuart...kambing berak ditengah jalan..pon kata nuartlah yang berak tahi kambing tuh..bukan macamtu kah tok det..??
Quote ResellerMaxis 20-2-2014 03:16 PM
alah tun..nak jadi pm xboleh..bagi lah chance dia jadi mb..kesian kat dia..
Quote Anak_Nogori 20-2-2014 03:19 PM
anniehanida posted on 20-2-2014 03:15 PM
awat tok det...nuart memang tak layak jadi MB...sebab dia layak jadi timbalan perdana menteri dahulu ...

tapi ramai yg bersyukur tadah tangan bila Che Det buang dia..akhirnya kita tahu siapa Anwar sebenarnya...

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.080463 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top