KEJAYAAN Parineeti Chopra menerusi filem terbaharunya, Hasee Toh Phasee dikhabarkan memberikan kesan kurang baik pada hubungannya dengan sepupunya yang juga pelakon cantik, Priyanka Chopra. Dua pupu itu dikatakan sedang bermusuh di antara satu sama lain. Bahkan, dikatakan Priyanka cuba mengelak untuk menonton filem yang dibintangi Parineeti. "Saya tiada masa untuk menonton filem baharu Parineeti. "Saya sangat sibuk dengan kerja dan sedang membuat promosi untuk filem saya sendiri. Tetapi saya tetap berbangga dengan pencapaiannya dalam industri," kata Priyanka pada OneIndiaIn. Kenyataan yang dibuat oleh Priyanka itu sekali gus menafikan bahawa mereka berdua dikatakan sedang bermusuh. Katanya, media bodoh kerana membandingkan mereka berdua. "Bodoh sekiranya kamu (media) semua membandingkan dan membayangkan bahawa kami berdua sedang bergaduh. Kami adalah sepupu," ulas Priyanka. Priyanka Chopra, Parineeti Chopra
|
ADVERTISEMENT