Gambar hiasan
Kuala Lumpur: Hanya kerana tersilap mencabut gigi anaknya, seorang jurujual komputer hilang pertimbangan apabila mengamuk di hadapan klinik gigi dalam kejadian di Sri Petaling, di sini kelmarin. Difahamkan, lelaki berusia 42 tahun itu turut membuat laporan polis untuk mengambil tindakan undang - undang ke atas doktor gigi yang didakwa cuai hingga menyebabkan gigi geraham anaknya bernanah. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Stephen berkata, dia membawa anaknya yang berusia enam tahun untuk membuat pemeriksaan gigi di klinik berkenaan dan selepas diperiksa, doktor terbabit memaklumkan ada satu gigi yang rosak dan perlu dicabut. Beliau berkata, selepas gigi yang didakwa rosak itu dicabut, anaknya dibenarkan pulang tanpa diberikan ubat penahan sakit atau antibiotik. Bagaimanapun, dua hari kemudian, anaknya kembali mengadu sakit gigi lagi.
“Saya membawanya ke klinik dan apabila doktor yang sama membuat pemeriksaan, dia mendakwa terdapat nanah pada gusi anak saya dan perlu melakukan pembedahan mencuci nanah selain sebatang gigi tambahan yang tumbuh bersebelahan gigi yang sudah dicabut itu turut rosak.
|
niceghost2005 posted on 18-2-2014 02:27 PM
Macam ada yg tak kena jer dlm LAPORAN AKHBAR nie.
Something missing.
prettyuglybabe posted on 18-2-2014 02:32 PM
seksanya sakit gigi. gigi bongsu aku ni tak cabut-cabut lagi. takut punya pasal
leylapple posted on 18-2-2014 02:54 PM
cabut gigi mahal wor...
apatah lagi kalo silap cabut....patutnya si doktor tu yang kene bayar at ...
leylapple posted on 18-2-2014 02:54 PM
cabut gigi mahal wor...
apatah lagi kalo silap cabut....patutnya si doktor tu yang kene bayar at ...
ADVERTISEMENT