Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kementerian tidak mempunyai masalah untuk sesetengah pihak membuat keuntungan tapi ia tidak sepatutnya memberi kesan negatif kepada rakyat. "Kita mempunyai kekhuatiran dengan trend yang ada sekarang ini. Ada beberapa individu berkumpul dalam platform kelab pelaburan hartanah dan mereka menemui pemaju perumahan dan membeli rumah dengan jumlah yang banyak pada harga diskaun dan kemudiannya menjual pada harga tinggi. "Kita tidak ada masalah untuk sesiapa membuat keuntungan tetapi keuntungan itu tidak boleh memberi kesan negetif kepada pembeli rumah yang lain," kata Abdul Rahman. Aktiviti kelab pelaburan hartanah berkenaan didakwa menjalankan modus operandi mendapatkan diskaun sehingga 30 peratus daripada pemaju dan menjualnya kepada ahli kelab sehingga setengah daripada harga diskaun. Ahli kelab kemudian menjual rumah kepada pembeli dengan harga yang tinggi. Pemaju yang mahu imbangi jualan akibat diskaun yang diberikan akan menaikkan harga pada harga rumah yang masih belum terjual. Abdul Rahman berkata, aktiviti kelab pelaburan hartanah berkenaan mewujudkan permintaan palsu dalam pasaran dan memberi kesan kepada harga rumah. Menurut beliau kementerian akan berbicang dengan Redha dan pihak berkepentingan dalam tempoh sebulan. Abdul Rahman bagaimanapun menolak sebarang bentuk undang-undang baru bagi menyekat aktiviti tersebut. "Kita mungkin boleh mengenakan sedikit sekatan dari segi penjualan secara pukal kepada individu atau kumpulan. Mungkin kita boleh hadkan penjualan sehingga kepada enam unit sahaja. Ini terpulang kepada perbincangan nanti. "Membuat undang-undang hanyalah langkah ke belakang.Saya fikir kita perlu kekalkan pasaran bebas. saya percaya harga patut dikawal oleh permintaan dan pasaran," kata Abdul Rahman. Beliau ditemui selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM). Kajian itu mendapati rumah-rumah di kawasan terpilih masih lagi boleh dimiliki oleh kumpulan isi rumah berpendapatan antara RM9,360 hingga RM20,160 selain mampu untuk menaik taraf atau melabur bagi rumah kedua mereka
|
cmf_rambutan posted on 17-2-2014 04:58 PM
ecohill kat semenyih yg dulu dikata ulu banat tuh.... booking kena 20k pon cepat jah abis.. banyak d ...
bambimo posted on 17-2-2014 04:46 PM
Ceh sembang kencang..setakat berbincang tp enforcement takde..kita pulak takut gn rehda ni
"Membuat undang-undang hanyalah langkah ke belakang.Saya fikir kita perlu kekalkan pasaran bebas. saya percaya harga patut dikawal oleh permintaan dan pasaran," kata Abdul Rahman.
Cakkkk....aaaa posted on 17-2-2014 05:07 PM
hehehhe.. kan dah kuar statement awal2 tu...
bambimo posted on 17-2-2014 05:17 PM
Ye la..nk cover diri sendiri..org malaysia kn makin senang..intermediate terrace pon Rm500k ada or ...
ADVERTISEMENT