CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4717|Reply: 47

[Tempatan] Kementerian tahu trend agen hartanah beli rumah secara pukal

[Copy link]
Post time 17-2-2014 04:36 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 17 Feb.- Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan berbicang dengan Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) berkaitan aktiviti beberapa'kelab pelaburan hartanah' yang membeli rumah secara pukal hingga menjadi antara punca kenaikan harga rumah.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kementerian tidak mempunyai masalah untuk sesetengah pihak membuat keuntungan tapi ia tidak sepatutnya memberi kesan negatif kepada rakyat.

"Kita mempunyai kekhuatiran dengan trend yang ada sekarang ini. Ada beberapa individu berkumpul dalam platform kelab pelaburan hartanah dan mereka menemui pemaju perumahan dan membeli rumah dengan jumlah yang banyak pada harga diskaun dan kemudiannya menjual pada harga tinggi.

"Kita tidak ada masalah untuk sesiapa membuat keuntungan tetapi keuntungan itu tidak boleh memberi kesan negetif kepada pembeli rumah yang lain," kata Abdul Rahman.

Aktiviti kelab pelaburan hartanah berkenaan didakwa menjalankan modus operandi mendapatkan diskaun sehingga 30 peratus daripada pemaju dan menjualnya kepada ahli kelab sehingga setengah daripada harga diskaun.

Ahli kelab kemudian menjual rumah kepada pembeli dengan harga yang tinggi. Pemaju yang mahu imbangi jualan akibat diskaun yang diberikan akan menaikkan harga pada harga rumah yang masih belum terjual.

Abdul Rahman berkata, aktiviti kelab pelaburan hartanah berkenaan mewujudkan permintaan palsu dalam pasaran dan memberi kesan kepada harga rumah.

Menurut beliau kementerian akan berbicang dengan Redha dan pihak berkepentingan dalam tempoh sebulan.

Abdul Rahman bagaimanapun menolak sebarang bentuk undang-undang baru bagi menyekat aktiviti tersebut.

"Kita mungkin boleh mengenakan sedikit sekatan dari segi penjualan secara pukal kepada individu atau kumpulan. Mungkin kita boleh hadkan penjualan sehingga kepada enam unit sahaja. Ini terpulang kepada perbincangan nanti.

"Membuat undang-undang hanyalah langkah ke belakang.Saya fikir kita perlu kekalkan pasaran bebas. saya percaya harga patut dikawal oleh permintaan dan pasaran," kata Abdul Rahman.

Beliau ditemui selepas melancarkan Kajian Indeks Pendapatan Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Berhad dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM).

Kajian itu mendapati rumah-rumah di kawasan terpilih masih lagi boleh dimiliki oleh kumpulan isi rumah berpendapatan antara RM9,360 hingga RM20,160 selain mampu untuk menaik taraf atau melabur bagi rumah kedua mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 04:42 PM | Show all posts
dengan rehda kowtow. dengan agen pun kowtow juga lah. poodah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:42 PM | Show all posts
tahu tp tak buat apa...bijak2
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ceh sembang kencang..setakat berbincang tp enforcement takde..kita pulak takut gn rehda ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:47 PM | Show all posts
dah tahu tp x buat apa2..

setupidnya jwpn

apsal x amik tindakan? dh kena jerat dgn Rehda ek?
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:48 PM | Show all posts

.. orang cina yang banyak buat macam ni .... kelab2 hartanah ni .... melayu pun ada jua ..... @Acong  .. betul tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-2-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
bgla anwar yg perintah.baru selesai masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:54 PM | Show all posts
"Kita mungkin boleh mengenakan sedikit sekatan dari segi penjualan secara pukal kepada individu atau kumpulan. Mungkin kita boleh hadkan penjualan sehingga kepada enam unit sahaja. Ini terpulang kepada perbincangan nanti.

P/s:- Ye..mana mungkin kerajaan boleh kawal semua harga..kalau kerajaan boleh kawal semuanya...lagi elok kerajaan sendiri jadi pemaju, jadi pembekal bahan2 mentah...tidak ada lagi lesen diberikan pada mana2 pemaju..lagi elok macam tu..kerajaan dapat kawal semua harga yg berkaitan dgn harga rumah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 04:55 PM | Show all posts
syarat loan akan diperketatkan mulai bulan depan berdasarkan merit risiko
so bank mesia xmungkin akan hadapi masalah mcm USA....property sure go up hwanggggg....mimpi la berangan bubble burst
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
laaa.. aku dah hagak dah
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 04:58 PM | Show all posts
ecohill kat semenyih yg dulu dikata ulu banat tuh.... booking kena 20k pon cepat jah abis.. banyak duit betul geng2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:01 PM | Show all posts
cmf_rambutan posted on 17-2-2014 04:58 PM
ecohill kat semenyih yg dulu dikata ulu banat tuh.... booking kena 20k pon cepat jah abis.. banyak d ...

pada hal..kat semenyih tu dulu harganya berpatutan lah...tapi berapa ramai individu2 yg beli?..alasannya tulah...ulu banat lah.

sekarang tengok kat pekan semenyih tu...dah jam dah.

Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:02 PM | Show all posts
takat AKAN BERBINCANG dgn penyangak rehda tu takyah gebang lah
geli ketiak aku
sat gi rehda balas balik...yg buat onar ini BUKAN ahli rehda, kami rehda takde kena mengena
dan spt biasa, muntri kembali senyap

ptuih
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:03 PM | Show all posts
sembang lebat aje si dahlan ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
abis tu jer yg boleh buat. sembang tuh nmpk skit kelibat dia. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:07 PM | Show all posts
bambimo posted on 17-2-2014 04:46 PM
Ceh sembang kencang..setakat berbincang tp enforcement takde..kita pulak takut gn rehda ni
"Membuat undang-undang hanyalah langkah ke belakang.Saya fikir kita perlu kekalkan pasaran bebas. saya percaya harga patut dikawal oleh permintaan dan pasaran," kata Abdul Rahman.
hehehhe.. kan dah kuar statement awal2 tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-2-2014 05:09 PM | Show all posts
ari tu berkokok sana sini katanya nak wajibkan konsep bina baru jual.... tapi REHDA hantam cakap harga rumah akan lagi mahal kalau konsep bina dan jual dilaksana...

sekarang ni melopong... kaedah bina dan jual ntah kemana... harga property melampau2 naik jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:10 PM | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 17-2-2014 05:07 PM
hehehhe.. kan dah kuar statement awal2 tu...

Sekali Dok..Menteri kesihatan buat undang2....dok diklinik tak boleh charge lebih dari rm10 harga ubat2 pada pesakit2nya..dok rasa ok tak?..
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakkkk....aaaa posted on 17-2-2014 05:07 PM
hehehhe.. kan dah kuar statement awal2 tu...

Ye la..nk cover diri sendiri..org malaysia kn makin senang..intermediate terrace pon Rm500k ada org malaysia mmpu beli
Reply

Use magic Report

Post time 17-2-2014 05:24 PM | Show all posts
bambimo posted on 17-2-2014 05:17 PM
Ye la..nk cover diri sendiri..org malaysia kn makin senang..intermediate terrace pon Rm500k ada or ...

Di Hulu Langat...rumah kos rendah yg dulu harga 25k...sekarang dah harga rm180k..masuk akal tak?..

ada gak org beli..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.059133 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list