Mohd Kassim menunjukkan salah seekor lembunya yang mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab. BERANANG - “Saya minta orang yang buat kerja ni insaflah... lembu hak milik ALLAH. Kita tak ada hak menghukumnya," demikian rayu seorang penternak lembu yang mendakwa kerugian lebih RM30,000 apabila 15 ekor daripada haiwan ternakannya ditemui mati dipercayai diracun pihak tidak bertanggungjawab. Penternak tersebut, Mohd Kassim Mokhtar, 38, berkata, jika ada pihak tidak berpuas hati dengan tindakan melepaskan lembu untuk meragut rumput patut bersemuka dengannya, bukan menganiaya haiwan terbabit.
Dakwanya lagi, itu bukan kejadian pertama dan dia pernah kerugian lebih RM60,000 apabila 27 ekor lembunya mati diracun, tiga tahun lalu. "Ahad lepas, masa nak halau lembu ke kandang, saya dapati lima ekor daripada jumlah keseluruhan yang dilepaskan meragut rumput di dua kampung, hilang. "Saya terkejut apabila terjumpa lima bangkai lembu selepas itu," katanya. Katanya, kejadian tersebut tidak terhenti di situ apabila 10 lagi lembunya ditemui mati Isnin dan Rabu lalu. Tambahnya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) daerah juga datang untuk mengambil sampel bagi mengenal pasti punca kematian. "Menurut JPV, lembu saya mati akibat diracun berdasarkan simptom," katanya. Dalam pada itu, Mohd Kassim yang sudah 25 tahun menternak lembu berkata, dia tiada pilihan selain melepaskan lembunya di situ. “Dahulu tempat ni hutan. Kalau lembu saya tak dibenarkan meragut meragut rumput di sini, ke mana lagi nak bawa mereka pergi. Malah, jika lembu saya rosakkan pagar atau tanaman mereka, saya bayar ganti ruginya,” katanya. Menurut Mohd Kassim, dia tidak menuduh sesiapa, tetapi sedih kerana haiwan ternakannya dianiaya. "Saya pernah mohon tempat untuk lembu saya meragut rumput kepada agensi berwajib sebelum ini, namun masih tak ada maklum balas diterima. Pernah juga saya ditawarkan sebidang tanah di Lenggeng, Negeri Sembilan, tapi setakat itu saja. Lepas tu tawaran senyap," katanya. Mohd Kassim juga telah membuat laporan di Balai Polis Beranang berhubung kejadian menimpanya untuk tindakan lanjut sekali gus mengelakkan insiden tersebut berulang.
|
Dovahkiin posted on 15-2-2014 01:22 PM
Penternak lembu dlu naik moto, potong mana2 rumput bwk balik kandang. Skang da malas, lepaskan je me ...
Dovahkiin posted on 15-2-2014 01:22 PM
Penternak lembu dlu naik moto, potong mana2 rumput bwk balik kandang. Skang da malas, lepaskan je me ...
ADVERTISEMENT