Georgetown: Rakyat Malaysia kini muncul sebagai pemakan ikan kelima tertinggi di dunia, selain tertinggi di Asia Tenggara. Selain Malaysia, Iceland, Portugal, Jepun dan Hong Kong turut disenarai lima tertinggi di dunia. Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Ishak, berkata ia berdasarkan hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menunjukkan rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan per kapita setahun. Dijangka terus meningkat Katanya, jumlah berkenaan dijangka terus meningkat sehingga 55 kilogram menjelang 2020 berbanding hanya 20 kilogram yang dicatatkan pada 1970-an. “Rakyat kita memang suka makan makanan laut. Secara tidak langsung, faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan industri perikanan negara. “Rakyat Iceland makan ikan sehingga 90 kilogram per kapita setahun dan kita menjadi negara kelima paling banyak makan ikan di dunia selepas negara itu,” katanya selepas Majlis Perasmian Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara, di sini, semalam. Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Omar Osman; Timbalan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Profesor Dr Zohrah Sulaiman dan Pengerusi Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara, Profesor Dr Siti Azizah Mohd Nor. Persidangan julung kali diadakan di Malaysia itu turut membabitkan lebih 160 pakar dan penyelidik ikan dari 25 negara. Pangkalan data Sementara itu, Omar berkata, USM berharap persidangan itu menjadi platform bagi mewujudkan pangkalan data penyelidikan untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar dan pengkaji sistem biodiversiti. Katanya, pangkalan data penyelidikan berkenaan boleh diwujudkan dengan kerjasama universiti lain dan agensi berkaitan. “Kita tidak mahu hasil daripada persidangan ini lenyap begitu saja. Kita akan manfaatkannya dengan mewujudkan sistem pangkalan data yang boleh membantu pelajar dan penyelidik,” katanya.
|
poyohabis posted on 13-2-2014 11:05 AM
Makan ikan bgs pe coz protein... Lg bgs kalo ikan segar... Manis rs ikan tu... Anak aku sejak pandai ...
taji2906 posted on 13-2-2014 11:04 AM
ikan la bagus banyak protein.... tp nak dapat fresh menteri2 nak sapu abis.. dapat la makan ikan fro ...
naina posted on 13-2-2014 11:10 AM
Ikan salmon masak apa kak yg sedap?
ADVERTISEMENT