CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 28627|Reply: 322

[Tempatan] Orang Malaysia kuat makan ikan

[Copy link]
Post time 13-2-2014 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Kita kuat makan ikaN

Georgetown: Rakyat Malaysia kini muncul sebagai pemakan ikan kelima tertinggi di dunia, selain tertinggi di Asia Tenggara.

Selain Malaysia, Iceland, Portugal, Jepun dan Hong Kong turut disenarai lima tertinggi di dunia.

Pengarah Penyelidikan Kesihatan Ikan dan Keselamatan Makanan Jabatan Perikanan Malaysia, Ismail Ishak, berkata ia berdasarkan hasil kajian terkini Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) yang menunjukkan rakyat negara ini makan 54 kilogram ikan per kapita setahun.


Dijangka terus meningkat

Katanya, jumlah berkenaan dijangka terus meningkat sehingga 55 kilogram menjelang 2020 berbanding hanya 20 kilogram yang dicatatkan pada 1970-an.

“Rakyat kita memang suka makan makanan laut. Secara tidak langsung, faktor ini juga menyumbang kepada perkembangan industri perikanan negara.

“Rakyat Iceland makan ikan sehingga 90 kilogram per kapita setahun dan kita menjadi negara kelima paling banyak makan ikan di dunia selepas negara itu,” katanya selepas Majlis Perasmian Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara, di sini, semalam.
Turut hadir, Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Omar Osman; Timbalan Naib Canselor Universiti Brunei Darussalam, Profesor Dr Zohrah Sulaiman dan Pengerusi Persidangan Biodiversiti Ikan Asia Tenggara, Profesor Dr Siti Azizah Mohd Nor.

Persidangan julung kali diadakan di Malaysia itu turut membabitkan lebih 160 pakar dan penyelidik ikan dari 25 negara.

Pangkalan data

Sementara itu, Omar berkata, USM berharap persidangan itu menjadi platform bagi mewujudkan pangkalan data penyelidikan untuk dijadikan bahan rujukan kepada pelajar dan pengkaji sistem biodiversiti.

Katanya, pangkalan data penyelidikan berkenaan boleh diwujudkan dengan kerjasama universiti lain dan agensi berkaitan.

“Kita tidak mahu hasil daripada persidangan ini lenyap begitu saja. Kita akan manfaatkannya dengan mewujudkan sistem pangkalan data yang boleh membantu pelajar dan penyelidik,” katanya.





tak tau lah dah ada ke idak thread ni. kalau da ada, mohon Mod katup je lah...TQ uols!

cc: @NIXAR



Last edited by tapibukanaku on 13-2-2014 11:12 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 11:00 AM | Show all posts
sedap apa ikan.
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:02 AM | Show all posts
sdap la ikan....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
aku antara rakyat msia yg ske makan ikan
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:03 AM | Show all posts
ikan frozen champion lah, fresh fish menteri ja sapu
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:04 AM | Show all posts
ikan la bagus banyak protein.... tp nak dapat fresh menteri2 nak sapu abis.. dapat la makan ikan frozen.. sembab
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-2-2014 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Makan ikan bgs pe coz protein... Lg bgs kalo ikan segar... Manis rs ikan tu... Anak aku sejak pandai makan ikan salmon asyik mintak tu je... Mls nak lyn sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:09 AM | Show all posts
prefer ikan dari ayam atau daging
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 11:09 AM | Show all posts
Aku prefer ikan dr ayam yg ntah2 kena Injek.
jap g pon aku nk grg ikan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 11:09 AM | Show all posts
blackred99 posted on 13-2-2014 11:00 AM
sedap apa ikan.

suka ikan selar kecik, goreng garing2, pun sodap
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:10 AM | Show all posts
poyohabis posted on 13-2-2014 11:05 AM
Makan ikan bgs pe coz protein... Lg bgs kalo ikan segar... Manis rs ikan tu... Anak aku sejak pandai ...

Ikan salmon masak apa kak yg sedap?
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:10 AM | Show all posts
taji2906 posted on 13-2-2014 11:04 AM
ikan la bagus banyak protein.... tp nak dapat fresh menteri2 nak sapu abis.. dapat la makan ikan fro ...

iyelah bini pak menteri dah siap tggu ikan fresh kat jeti...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:11 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 13-2-2014 11:09 AM
suka ikan selar kecik, goreng garing2, pun sodap

cuba try test goreng ikan bebolos, lagi garing lagi sodap....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:13 AM | Show all posts
hari2 mkn ikan bilis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 11:14 AM | Show all posts
ronin posted on 13-2-2014 11:11 AM
cuba try test goreng ikan bebolos, lagi garing lagi sodap....

ni eh ikan bebolos or Whiting Fish


Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
naina posted on 13-2-2014 11:10 AM
Ikan salmon masak apa kak yg sedap?

Buatcm msk stik... Lumurkan gan black paper n garam sikit... Lps tu msk gan minyak sikit api x beso sgt... Anak aku suka mkn ala2 sushi tu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 11:16 AM | Show all posts
Saya ikan kering@masin jer...
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:16 AM | Show all posts
ikan laa bagus...omega 3 katanya
tp nak dpt yg sedap kat kedai payah...mostly hanyir
terpakse laaa aku makan ayam
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 11:16 AM | Show all posts
tapibukanaku posted on 13-2-2014 11:14 AM
ni eh ikan bebolos or Whiting Fish

yup......

ikan sadin basah goreng pun sodap dimakan panas2....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-2-2014 11:19 AM | Show all posts
ronin posted on 13-2-2014 11:16 AM
yup......

ikan sadin basah goreng pun sodap dimakan panas2....

ikan bebolos ni kalau goreng, tulang pun rangup eh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ahli politik Singapura  memuji muji PMX,RM3.00 dalam tempoh 18 bulan akan datang.Anda teruja?
YgBenarAhli politik Singapura memuji muji PMX,
Views : 943 Replies : 4
Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima
YgBenarWanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI
Views : 63511 Replies : 73
Menangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Penjara & Sebat Da’i Syed Kekal
GigihadidntMenangis Tak Mengubah Takdir: Hukuman Pe
Views : 28350 Replies : 248
Akak Roslan Shah pun nk menyelpie pic half naked..konon seksi la nampak nenen!!!
qqOfficialAkak Roslan Shah pun nk menyelpie pic ha
Views : 41965 Replies : 224
Gambar Ery Putra pula tayang "TUT" tersebar!
piaoGambar Ery Putra pula tayang "TUT" terse
Views : 47462 Replies : 131
all the best travel
kukukud4dall the best travel
Views : 1212 Replies : 0
Mengumumkan..  Berakhirnya Hikayat Seekor Primadonna Wannabe
tumpanglalu74Mengumumkan.. Berakhirnya Hikayat Seeko
Views : 31517 Replies : 598
travel chicago
kukukud4dtravel chicago
Views : 2413 Replies : 1
Perang nuclear? Wat to do? lindungi diri, kurangkan radiasi, stay alive.
TTun_TejaPerang nuclear? Wat to do? lindungi diri
Views : 2424 Replies : 0
kukku
kukukud4dkukku
Views : 2727 Replies : 0

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 02:07 AM GMT+8 , Processed in 0.542973 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list