CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dato Disamun 2 Amahnya Sendiri !

12-2-2014 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5300| Komen: 21


Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan berstatus Datuk kerugian lebih RM120,000 selepas rumahnya ‘disamun’ dua pembantu rumahnya sendiri, kelmarin.

Kejadian itu hanya disedari jam 7 pagi apabila mangsa berusia 60 tahun yang baru pulang dari luar negara ke rumahnya di Taman Duta, di sini, mendapati dua pembantu rumahnya iaitu seorang warga Indonesia dan Vietnam berusia 20-an sudah melarikan diri.

Menurut sumber, selepas menyedari kehilangan dua pembantu rumahnya, mangsa melakukan pemeriksaan sebelum mendapati wang tunai RM50,000 dan barang kemas bernilai lebih RM70,000  lesap.

Beliau berkata, mangsa kemudian melakukan pemeriksaan di sekeliling rumahnya sebelum menemui kain selimut yang diikat di tingkap di bahagian belakang rumah dipercayai digunakan untuk melarikan diri.

Katanya, sehubungan itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sentul, di sini, untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Dalam laporannya, mangsa mendakwa sebelum keluar rumah, dua pembantu rumahnya yang sudah bekerja sejak lebih setahun lalu berada di dalam keadaan baik, malah tiada apa yang mencurigakannya.

Sumber itu berkata, sepasukan polis yang bergegas ke lokasi kejadian mendapati tiada kesan pecah masuk di rumah berkenaan.

Siasatan awal juga mendapati, dua wanita terbabit berpakat untuk mencuri barangan dan wang tunai majikannya itu sebelum melarikan diri,” katanya.

Katanya, mereka melarikan diri melalui tingkap belakang rumah kerana mengelakkan perbuatan mereka itu disedari pengawal di hadapan rumah berkenaan.

Usaha mengesan dua pembantu rumah terbabit sedang giat dijalankan walaupun mereka (suspek) masih belum dikesan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut sedang dilakukan.

2

Bagus
9

Marah

Terkejut
5

Sedih
11

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 12-2-2014 07:28 AM
kayanya. simpan cash 50k dlm umah. amah2 ni konfem dah plan awal
Quote Al-Patih 12-2-2014 07:44 AM
penyamun ni ..mosti ado doktorate ....tesis meke berjaya ...
Quote chinta89 12-2-2014 07:55 AM
muda2nya amah...
Quote xtahumenahu 12-2-2014 08:04 AM
kayalaaaa amah tu...leh buat banglo kat indon sana
Quote RosesAre_Red 12-2-2014 08:07 AM
kaya amah2 dia
boleh buat banglo di vietnam dan indon masing2

mesti 2 org tu dah plan sesiap bila boss pegi oversea
Quote pasuoren 12-2-2014 08:10 AM
kalau tak dapat tangkap amah2 ni, tak tau la nak kata ape...
Quote sup@rm@n 12-2-2014 08:11 AM
  “Usaha mengesan dua pembantu rumah terbabit sedang giat dijalankan walaupun mereka (suspek) masih belum dikesan,” katanya.

Hmmm... kalo dah dikesan tayah le nak mengesan kan.., kalo blom dikesan mmg le kene kesan.

Pening aku suratkabar camni.
Quote fifie_olin 12-2-2014 08:13 AM
mesti jenis montok2 ganteng...
Quote Dewa19XKangen 12-2-2014 08:22 AM
biasa depa nie marka yang plan ajak curi..
Quote jengkoil 12-2-2014 08:31 AM
Lenkali time buat check up utk maid tu...tanam skali implan utk detect kat mana dia sembunyi
Quote damiqula 12-2-2014 08:42 AM
amah indon ngn vietnam ni buat planning communicate dalam bahasa apa?
Quote -electrifying- 12-2-2014 03:20 PM
sup@rm@n: “Usaha mengesan dua pembantu rumah terbabit sedang giat dijalankan walaupun mereka (suspek) masih belum dikesan,” katanya.Hmmm... kalo dah dikesan t ...


kan, kdg2 entah apa2 dorg taip. ekekeke
Quote mdmyana 12-2-2014 03:25 PM

Giler ke ape simpan 50k dalam rumah!!
Quote kokocrunch 12-2-2014 03:31 PM
byknya simpan cash money kat umah..
Quote Budakmomok 12-2-2014 03:58 PM
mak aii 50k dalam rumah
Quote Artemesiaa 12-2-2014 04:13 PM
Dah selamat balik kampong le tu.  Sesetengah amah ni mula2 kerja je nampak baik lepas setahun baru boleh nampak true colurnya.
Quote lizaliza 12-2-2014 05:13 PM
insyallah dapat ditangkap sebab melibatkan kes VVIP,
kalau rakyat marhein ni, setakat statistik je la
Quote bidacool 12-2-2014 05:20 PM
ntah ya ntah tidak tu sampai rm50k cash + rm70k barang kemas......

amah2 ni pecah peti besi dia ke? or dia yg bg tau amah2 mcm mana nak bukak peti besti tu? takkan saja2 rm50k cash & barang2 kemas tu saja simpan dlm drawer meja ... or simpan bawah tilam?

ntah ya ntah tidak.....
Quote haZelEyEz 12-2-2014 05:31 PM
klu betullah rm50k di kebas, ada tongongnya jgk org kaya dato ni..kenapalah purcaya sangat kt org lain smpi sanggup tinggalkn cash sebegitu rupa..cannot brain this!!..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.064496 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top