CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tidak Tahan Dibuli, Pelajar Minum Racun!

10-2-2014 02:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 24010| Komen: 203

KAJANG - Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dia nekad meminum racun serangga malam kelmarin dipercayai akibat tidak tahan dibuli dan diejek rakan sekelas.


Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.


Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.


Bapa mangsa, P. Thangavelu, mati pada Disember 2012 akibat serangan strok.


Mendiang Thangavelu meninggalkan empat orang anak berumur antara lapan hingga 13 tahun termasuk Kavinraj serta balu, B. Thanamalar, 43.


Mangsa yang mendapat keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching di sini juga dikatakan dipulau rakan kerana ditempatkan di kelas keempat dan terakhir.


Ibu mangsa, B. Thanamalar, mendakwa, anaknya itu mengadu telah meminum racun serangga perosak yang disimpan di dalam rumah pada kira-kira pukul 9.30 malam.


"Dia datang kepada saya dan beritahu tekaknya terasa pedih sebab minum racun. Mungkin dia sangat tertekan kerana teringat kepada bapanya.
"Saya cepat-cepat bawa dia ke Hospital Serdang.

Semasa 15 minit dirawat, dia disahkan mati selepas batuk darah," katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Rinching di sini semalam.


Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, B. Ananthi, 47, mendakwa, rakan sekelas mangsa mengejek dan memulau Kavinraj setiap hari.
Keadaan itu menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah kemurungan.


"Kawan-kawan dia ejek, budak pandai tak ada ayah, mana boleh duduk kelas ini, pergi masuk kelas budak pandai. Tak sangka dia sangat tertekan dengan ejekan itu," katanya.


Beliau menjelaskan, Kavinraj ada mengadu yang dia dibuli di sekolah dan ibunya telah menasihatkannya supaya bersabar.


Katanya, anak saudaranya itu juga mengadu kepada gurunya supaya ditukarkan kelas dan gurunya meminta supaya tunggu pada hari Isnin lepas.


"Dia ada memaklumkan perkara itu kepada ibunya semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu tetapi pada malam Jumaat, dia minum racun," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.


SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tempat Kavinraj belajar.




Polis akan mengambil keterangan ibu pelajar

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan ibu pelajar yang maut selepas meminum sebotol ubat di rumahnya di Seksyen 6, Bandar Rinching, Semenyih, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, keterangan akan diambil dalam masa terdekat sebaik sahaja upacara penyempurnaan mayat mangsa di kampung halamannya di Seremban, selesai dilakukan.

"Keterangan ibu mangsa penting bagi membolehkan kita menyiasat kesahihan dakwaan dia (mangsa) tertekan akibat sering dibuli di sekolahnya,” kata Abdul Rashid yang dihubungi Bernama hari ini.

Abdul Rashid berkata, jika dakwaan itu didapati sahih pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil keterangan daripada pihak lain termasuklah pengetua sekolah mangsa.

Pelajar terbabit, T. Kavinraj, 13, mati ketika menerima rawatan di sebuah klinik selepas meminum ubat yang disimpan di dalam rumahnya.

Ibunya, B. Thanamalar, 43, berkata anaknya merupakan pelajar cemerlang ketika di sekolah rendah, bagaimanapun sejak mula mendaftar sebagai pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di Rinching Januari lepas, dia sering mengadu dibuli rakan-rakan. 

11

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 9-2-2014 09:42 AM

SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tempat Kavinraj belajar.


Quote debab_78 9-2-2014 09:49 AM
knp.x jumpa cikgu kaunseling kat skolah tu.. maybe ada solution lain..
Quote chinta89 9-2-2014 09:52 AM
kasihannya...
Quote noor2 9-2-2014 09:59 AM
ala kesiannya....
Quote haZelEyEz 9-2-2014 10:01 AM
kesiannya..agak2nya klu dah bgtau pihak sekolah minta tukar kelas, sampai hujung tahun tak tukar, asyik cakap tunggu minggu depan sajalah..
Quote aderaderker 9-2-2014 10:03 AM
Bagi budak baya2 tu kalau xde kawan..tu masalah dunia bg mereka.

Pengawas pula tu kan.lagi la orang x bape suka...
Takziah..
Quote encikWawad 9-2-2014 10:11 AM
pengawas duk kelas paling last - sah2 kena bahan teruk dia ni
kesiannya - aku harap pembuli dan cikgu tu tak leh hidup tenang
biar teringat hal ni sampai bila2
Quote noor2 9-2-2014 10:20 AM
masa kat sekoleh menengah..i tak pernah kena buli lagi..sebab bukan jenis pendiam...cubala buli sebab i memang jenis melawan balik....malah ramai juga yang nak dekat...tak kira lelaki atau perempuan..


tp anak lelaki sulung ni..jenis pendiam..jenis tak berapa suka nak berkawan dgn ramai..hmm..risau pulak..
Quote _nursha_ 9-2-2014 10:22 AM
kesian budak ni...tertekan sampai bunuh diri

ntah ape ape je budak budak zaman skarang, suka sangat buli org
Quote mrs.uzair 9-2-2014 10:25 AM
Kesiannya, brp lama masalah ni berlarutan? Mak mendiang tak kan tak detect something, tak kan suruh bersabar je. Budak budak kot, fikiran tak matang lagi  
Quote farahfatihah 9-2-2014 10:26 AM
kesiannya
Quote Gnot 9-2-2014 10:29 AM
jgn bunuh diri, patut bunuh pembuli tu...!!
Quote leylapple 9-2-2014 10:36 AM
huh...

orang yang suka memperkecilkan orang lain sebenar nya pseorang yang ada masalah mental...

sendiri tak perfect pastu suka carik kesalahan org lain, dgn harapan orang tak pandang diri dia, tapi si 'kambing hitam' tadi

kalo aku jadi budak nie, aku hempuk budak tu sekor2...

samada aku mati melawan, atau diorang mati melawan..

atleast kematian tak sia..

Quote midori_katana 9-2-2014 10:43 AM
Budak2 mmg suka mengejek... mempermainkankan nama bapa tu mmg selalu dgr... kesian adik ni... tertekan sampai macam tu skali
Quote AdsMsia 9-2-2014 10:53 AM
apa kena mengena dgn aldflin shaukin ?
dia pun minum racun jugak kah ?
Quote Firenzza 9-2-2014 10:59 AM
_nursha_ posted on 9-2-2014 10:22 AM
kesian budak ni...tertekan sampai bunuh diri

ntah ape ape je budak budak zaman skarang, suka sang ...

laaa igtkan xde bapa sbb ank luar nikah ke hapa.....smpai bunuh diri
Quote alieyrina 9-2-2014 11:00 AM
Terbaca gak tadi..kesian budak tu kecik2 lg dah stress gamaknya ...
Quote highcastle 9-2-2014 11:08 AM
Kelemahan pada bangsa yang satu ni ialah bila dah tak boleh nak buat jalan penyelesaian, selalu pilih jalan singkat bunuh diri.. Kesian sungguh. Harap yang mengejek tu dapat pengajaran sewajarnya..
Quote noor2 9-2-2014 11:17 AM
highcastle posted on 9-2-2014 11:08 AM
Kelemahan pada bangsa yang satu ni ialah bila dah tak boleh nak buat jalan penyelesaian, selalu pili ...

bangsa ni dah kira mcm budaya,....bila tertekan bunuh diri...minum racun....

cina pulak terjun bangunan...


tp bangsa kita melayu pun dah mula terikut2 sekarang...tp dgn cara gantung diri

Lihat semua komen(203)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:24 PM GMT+8 , Processed in 0.116547 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top