CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Model Fesyen Berbadan Besar (Plus Size) Popular Dan Tercantik

7-2-2014 12:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 14444| Komen: 6

Description: Di dalam dunia fesyen, biasanya badan model adalah tinggi,kurus,langsing dan ada juga yang terlalu kurus seperti pembaris. Akan tetapi pada masa kini, pereka fesyen telah menggunakan model yang bersai ...
Di dalam dunia fesyen, biasanya badan model adalah tinggi,kurus,langsing dan ada juga yang terlalu kurus seperti pembaris. Akan tetapi pada masa kini, pereka fesyen telah menggunakan model yang bersaiz normal dan juga berbadan besar berikutan terdapat banyak isu mengenai model yang menghidap anoreksia dan bulimia semata-mata ingin tampil kurus dan menjadi model catwalk. Jenama pakaian dalam Victoria Secret juga kini menampilkan model yang berotot tetapi tampil seksi. Berikut kami kongsikan 10 model plus size di dalam dunia fesyen yang paling popular… dan juga cantik!

1. Fluvia Lacerda



Beliau dikenali sebagai “model plus size versi Gisele Bundchen” dan beliau adalah model plus size dari Brazil. Beliau juga telah dipaparkan dalam majalah Vogue Italia pada bulan Julai 2012 dan isu Februari 2012.

2. Ashley Graham



Ashley Graham menjadi berita utama apabila iklan komersialnya terlalu seksi sehinggakan iklan beliau tidak dibenarkan ke udara sebelum jam 8:00 malam. Ashley telah juga telah dipaparkan di dalam majalah Vogue dan Glamour, dan merupakan wajah kempen jenama Levi’s.

3. Anansa Sims



Anansa Sims dilahirkan dengan semua genetik yang tepat dimana ibunya, adalah seorang supermodel yang merupakan model Afrika-Amerika yang pertama menjadi wajah muka depanVogue Amerika pada tahun 1974. Sebagai salah satu model plus size yang paling berjaya , Anansa menjadi model runway jenama Lane Bryant pada tahun 2011, dan menjadi wajah muka depan Glamour edisi September 2011 dan juga model bagi jenama Kmart, Forever 21 dan banyak lagi.

4. Tara Lynn



Sebagai salah seorang wanita plus size tercantik serta menjadi model di dalam majalah Vogue Italia tahun 2011, Tara Lynn adalah salah satu model plus size yang mendapat perhatian dunia fesyen.Beliau juga menjadi wajah kempen H & M bagi tahun 2012.

5. Robyn Lawley



Robyn Lawley adalah  model plus size paling hangat dan boleh dikatakan yang paling berjaya. Beliau adalah salah seorang daripada tiga model Vogue Italia dalam isu Jun 2011 , model plus size yang muncul dalam kempen Ralph Lauren pada tahun 2012, telah dipaparkan menjadi muka depan majalah Marie Claire Perancis untuk edisi Mei 2012 dan juga  model plus size yang muncul dalam Vogue Australia.

6. Elle Mayday


Elle Mayday merupakan model plus size yang berjuang menentang kanser. Beliau yang mempunyai 70,000 peminat di Facebook serta kini ,Mayday telah menjadi wajah untuk  kempen pakaian dalam Forever Yours, sebuah syarikat ang berpusat di Vancouver.

7. Tess Munster



8. Samantha Lebbie



Samantha Lebbie menjadi salah seorang model untuk kempen jenama Ashley Stewart. Model yang berasal dari Washington D.C ini mengenakan pakaian bersaiz 16 dan menjadi model jenama seperti  Shanda Says, Jill Alexander, Youtheary Khmer,  Qristyl Frazier, Tru Divas, Eyani Couture, Empress Lingerie dan banyak lagi.

9. Christina Mendez



Mendez telah muncul di dalam majalah Glamour, Latina dan The Source. Pada bulan Jun 2009, dia menjadi salah sorang model virtual untuk Essence’s “Make Over Magic” dan menjadi salah seorang model latin bersaiz besar untuk jenama popular seperti Baby Phat, Apple Bottoms, Ashley Stewart, Rocawear, Pepe Jeans dan Dereon.

10. Marquita Pring



Marquita Pring merupakan salah seorang daripada wanita yang cantik dipaparkan di muka depan Vogue Italia untuk edisi Jun 2011. Beliau mengejutkan dunia apabila mendedahkan bahawa beliau sebenarnya menggunakan padding untuk meningkatkan saiz badannya. Beliau telah dipaparkan dalam kempen iklan Levi’s pada tahun 2011 dan menjadi model runway untuk Jean Paul Gaultier di Paris pada tahun 2011.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alieyrina 6-2-2014 03:11 PM
Mohon share ...

Markita tu mcm kim k. pulak..
Quote xtw 6-2-2014 06:46 PM
yela..asyik2 model y kurus cekeding jer..
gemok or plus size bukan x cantek tp persepsi org y ckp kurus kompom cantek
Quote budak_gemuk91 18-2-2014 09:21 AM
sape kate org gemuk tak bole bgaya
Quote yanasan21 25-2-2014 01:40 PM
kt malaysia baru nak berkembang...kalau tgk kat laman web kznabihah, memang dorang cari model plussize..sebabnya owner dia pun lebar gak...
Quote DianaSaksen 26-2-2014 02:37 AM
semuanya gorgeous....................
Quote Mireya 26-2-2014 09:16 AM
Robin Lawley tu badan dia okay je, tapi ada baca somewhere yang dia ni big boned and size dia memang size plus sized. tapi body dia mantap and lansing sangat.

Anyway, Tara Lynn memang cantik sangat!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.055186 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top