CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pembukaan Klia2 Dijangka Ditangguh Lagi, Gagal Dapat Kelayakan

6-2-2014 05:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13047| Komen: 105

Pembukaan KLIA2 Dijangka Ditangguh Lagi, Gagal Dapat Kelayakan

Tidak sedia untuk kegunaan awam: Pemeriksaan di tapak projek KLIA2 mendapati bangunan terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.


PETALING JAYA: Pembukaan KLIA2 yang dijangka pada 2 Mei tahun ini mungkin terpaksa ditangguh lagi.

Hal ini kerana, kira-kira dua pertiga daripada bangunan terminal utama lapangan terbangan itu masih belum menerima kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan kerana ia didapati tidak bersedia untuk kegunaan awam.

Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Sepang dan Jabatan Bomba dan Penyelamat membuat pemeriksaan terhadap bangunan itu pada minggu terakhir Januari lalu dan mendapati 65% daripada terminal utama tidak memenuhi piawaian keselamatan kebakaran.

Terdapat keretakan dalam paip pembetungan di luar terminal, dan bahagian-bahagian jalan dan perparitan tidak sesuai untuk digunakan.

Perakuan mereka penting bagi pengeluaran Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC).

Malaysia Airports Holdings Bhd dalam satu kenyataan pada Selasa bahawa ia gagal untuk menerima CCC bagi bangunan terminal KLIA2 daripada UEMC - Bina Puri.

Walaupun terdapat jaminan daripada kontraktor utama, UEMC - Bina Puri Joint Venture, bahawa ia akan menyerahkan bangunan terminal atau menyerahkan CCC kepada pengendali lapangan terbang itu pada 31 Januari.

Keadaan yang berlaku memberi isyarat mengakibat pembukaan terminal udara tambang rendah terbesar di Asia yang dijadualkan dibuka pada 2 Mei ditangguh lagi selepas kelewatan hampir setahun.

MAHB berkata, ia akan terus terlibat dengan UEMC - Bina Puri bagi tindakan seterusnya berhubung dengan pengeluaran CCC dan Kesediaan Operasi dan Pindahan Lapangan Terbang (ORAT).

MAHB berkata: "Usaha sedang diambil untuk memberi bantuan kepada UEMC - Bina Puri JV untuk menyiapkan bangunan terminal itu bagi bagi membolehkan KLIA2 dibuka pada 2 Mei 2014."

Dalam satu kenyataan berasingan, UEM-Bina Puri mengesahkan ia tidak boleh mendapatkan CCC pada 31 Januari dan mendakwa bahawa ini disebabkan oleh "isu yang tidak dijangka" berlaku baru-baru ini semasa pemeriksaan susulan.

"Syarikat bersama dengan JV telah membincangkan dan bekerjasama dengan MAHB , pihak berkuasa, perunding dan arkitek untuk memperbaiki perkara itu dan kerja-kerja pembaikan akan bermula serta-merta. Keselamatan awam adalah keutamaan utama , dengan itu, kami akan memastikan kerja-kerja pembetulan dijalankan dengan teliti.

"Pada masa yang sama, UEMC-Bina Puri JV akan bekerjasama dengan MAHB pada tindakan seterusnya berhubung dengan pengeluaran CCC dan permulaan ORAT," katanya.

Kerja-kerja pembaikan akan mengambil kira-kira tiga hingga empat minggu untuk melengkapkannya dan walaupun kontraktor dijadualkan akan melalui satu lagi ujian yang dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat dalam masa dua minggu lagi, namun sebarang kelewatan dalam mendapatkan sah kelayakan untuk bangunan beroperasi akan memberi kesan kepada pembukaan lapangan terbang.

"Begitu banyak janji dan jaminan yang diberikan oleh kontraktor, namun gagal untuk mendapatkan CCC. Kini terdapat kebimbangan adakah mereka boleh mendapatkan CCC pada akhir Februari," kata sumber dalam industri.

Pasukan petugas KLIA2 yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi yang ditemui pada Selasa untuk memperjelaskan mengenai sebab-sebab mengapa CCC tidak diperolehi. Dan tidak diketahui sekiranya kontraktor akan dikenakan penalti kerana gagal mendapatkan CCC.

Pada 13 Januari lalu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein melawat lapangan terbang itu dan berkata KLIA2 akan siap pada 2 Mei ini.

"Projek itu kini siap 98% dan semua pihak bekerja keras selama 24 jam seminggu untuk memenuhi tarikh akhir (untuk pembukaan), " kata Hishammuddin pada sidang media di tapak projek KLIA2.

Beliau berkata, projek itu dijangka menerima CCC - yang diberikan oleh arkitek, jurutera dan pelukis pelan bangunan yang berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia menjelang akhir bulan itu.

KLIA2 terlepas beberapa tarikh akhir untuk pembukaan dengan yang terakhir sepatutnya dijadualkan pada 30 April ini sebelum ditunda kepada 2 Mei.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelana36 5-2-2014 12:34 PM
hampeh !!
Quote palmolive 5-2-2014 12:38 PM
elokla dari terjadi apa2 yg x diingini
Quote zzola 5-2-2014 12:42 PM


tu lah degil
nasihat consultant berkenaan
initial earthwork tak nak
dengar

harga seganda
hujung hujung jadi
berganda ganda gara
gara degil

duit nak
quality tak nak

mcm babeeeeee
Quote Kittie 5-2-2014 12:42 PM
Dah agak dah.
Mmg terpaksa ah bersabar ngan 'stesen bas' tuh buat sementara waktu.
Quote Kittie 5-2-2014 12:47 PM
Pergh! Byk betul masalah. Please la buat betul2. Bahaya betul.
Quote along3746 5-2-2014 12:57 PM
MAHB belum dapat CCC bangunan terminal KLIA2


KUALA LUMPUR 4 Feb. - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) masih belum menerima Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) bagi bangunan terminal KLIA2 daripada syarikat usaha sama (JV) UEMC-Bina Puri, yang dijadualkan pada 31 Januari 2014.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, MAHB berkata, syarikat akan terus melibatkan diri dengan JV UEMC-Bina Puri bagi tindakan seterusnya

berhubung pengeluaran CCC dan permulaan Kesediaan Operasi dan Pemindahan Lapangan Terbang.

"Usaha sedang diambil untuk menyokong JV UEMC-Bina Puri ke arah

penyiapan bangunan terminal itu bagi membolehkan pembukaan KLIA2 pada 2 Mei 2014, " katanya. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... KLIA2#ixzz2sQ8Dypnj
© Utusan Melayu (M) Bhd
Quote azharariff 5-2-2014 12:59 PM
jadikan muzium la senang payah sangat
Quote dino 5-2-2014 01:00 PM
Kittie posted on 5-2-2014 12:47 PM
Pergh! Byk betul masalah. Please la buat betul2. Bahaya betul.

siap ade crack kat jln lg ape kes...??
mmg patut tak dpt kelulusan pun... kerja cincai.... nanti org cite psl rasuah kehulu kehilir ade yg sentap
Quote dino 5-2-2014 01:01 PM
zzola posted on 5-2-2014 12:42 PM
tu lah degil
nasihat consultant berkenaan
initial earthwork tak nak

ni tapak tu sebenarnya tanah kwsn ape ek..... ala2 tanah mcm stadium trg runtuh tu ke.... yg tu mmg kawasan paya....
Quote kecimpret 5-2-2014 01:07 PM
lom guna dah retak..ni kalo kapal terbang landing mau mendap terus kotttt
Quote AHMADVW 5-2-2014 01:08 PM
kena panalti tak?

company MCA or UMNO
Quote mikasa 5-2-2014 01:10 PM
camana laa kontraktor buat kerja ni...sebenarnya tak perlu nak ada org dtg check selamat atau tidak pun sebenarnya . kalau sendiri buat kerja cincai tak ikut spec...memang dapat jangka laa tak dpt CCC
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 01:11 PM
dan2 nuar berahi nk bertanding kajang klia2 delay..lol
Quote dino 5-2-2014 01:12 PM
pakwetizzaqyah posted on 5-2-2014 01:11 PM
dan2 nuar berahi nk bertanding kajang klia2 delay..lol

semua umno punya keje....
nak alih perhatian semua tuh...
Quote Abangchik1 5-2-2014 01:12 PM
Ni lah hasilnya kalau company kroni buat keje
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 01:14 PM
dino posted on 5-2-2014 01:12 PM
semua umno punya keje....
nak alih perhatian semua tuh...

dan2 semua umno punya kerja...dan2 kata nk alih perhatian..aku fedap la ngn benda ni smua.. lol
Quote pakwetizzaqyah 5-2-2014 01:14 PM
AHMADVW posted on 5-2-2014 01:08 PM
kena panalti tak?

company MCA or UMNO

kampeni KIMMAk
Quote dino 5-2-2014 01:15 PM
pakwetizzaqyah posted on 5-2-2014 01:14 PM
dan2 semua umno punya kerja...dan2 kata nk alih perhatian..aku fedap la ngn benda ni smua.. lol

anggap la semuanya hiburan....
syok apa tgk badut2 politik beraksi.....
Quote ex_klia 5-2-2014 01:16 PM
Sepatutnya tapak terminal satellite B sebelah terminal satellite A dijadikan tempat tambang murah....tapi disebabkan beberapa tahun yang dulu pemerintah negara kita dah ikot cakap orang kuat penerbangan tambang murah tu, so wujudlah LCCT yang bertaraf basten berhampiran kompleks MAS kargo... Yang ni pulak pemerintah negara bagi muka lagi kat dia dengan buat KLIA 2 untuk flight tambang murah walaupun KLIA2 bukan hanya untuk kapal terbang yang kaler merah tu... Last2 penyudahnye macam2 hal yang jadi daripada mula2 nak bina terminal sampailah dah hampir nak siap.... Sian la kat Tun M, perancangan untuk masterplan KLIA tahun yang akan datang dah banyak lari dari perancangan asal dia... Last edited by ex_klia on 5-2-2014 01:22 PM

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.061307 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top