CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Projek Pemangkin KLIA Aeropolis

5-5-2014 11:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7382| Komen: 33

Description: Malaysia Airports Holdings Bhd (Mahb) Merancang Untuk Membangunkan Projek Pemangkin Di Klia Aeropolis Dalam Usahanya Menarik Lebih Banyak Pelaburan Bernilai Berbilion Ringgit Di Kawasan Berkenaan.


MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk membangunkan projek pemangkin di KLIA Aeropolis dalam usahanya menarik lebih banyak pelaburan bernilai berbilion ringgit di kawasan berkenaan.

Rangkaian projek pemangkin berkenaan akan menjadi pencetus perubahan wajah kawasan yang mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) itu selepas KLIA Aeropolis menerima pelaburan utama pertamanya daripada sebuah firma Jepun, Mitsui Fudosan untuk membuka gedung beli belah Mitsui Outlet Park KLIA.

Langkah menarik pelaburan baharu itu juga bertepatan dengan sasaran MAHB untuk mengukuhkan asas pendapatannya daripada sumber perniagaan bukan berkaitan penerbangan.


Pengurus Besar Kanan Perancangan MAHB, Khair Mirza, berkata pelan induk komprehensif KLIA ketika ini merangkumi beberapa komponen utama bagi melengkapi gedung beli belah Mitsui Outlet Park yang dijangkakan mula beroperasi pada tahun depan.

“KLIA Aeropolis akan mempunyai kawasan suite perniagaan berhampiran gedung beli belah ini di samping komponen pembangunan lain membabitkan hospitaliti, rekreasi dan santai termasuk cadangan membina sebuah lapangan golf.

“Kami juga merancang membangunkan sebuah daerah perniagaan berpusat yang bertentangan dengan pejabat korporat MAHB.

Projek pemangkin

“Pada masa sama, Lembaga Tabung Haji (TH) juga sedang dalam fasa perancangan akhir untuk meletakkan hab pemprosesan haji bersama sebuah hotel di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di Sepang, minggu lalu.

Khair berkata, beberapa projek pemangkin KLIA Aeropolis kini berada dalam peringkat perancangan, termasuklah cadangan untuk membangunkan hab kargo dan logistik sebaik saja Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ditutup sepenuhnya pada Jumaat ini.

Katanya, cadangan berkenaan akan membolehkan Malaysia secara umumnya meraih manfaat langsung yang besar kepada ekonominya.

“KLIA Aeropolis ialah sebuah pembangunan mega dan kami mempunyai beberapa pihak yang berminat untuk melabur di dalamnya. MAHB sedang berbincang dengan mereka.



Zon komersial bebas

“Kawasan pertumbuhan ini juga adalah satu jendela peluang kepada Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang kita dapat sediakan kepada pelabur antarabangsa,” katanya.

Khair berkata, kira-kira 1,000 hektar kawasan di KLIA Aeropolis diperuntukkan untuk membina taman tema bertaraf dunia.

KLIA Aeropolis juga, katanya akan menampilkan sebuah zon komersial bebas, sebuah pusat mesyuarat, konvensyen dan pameran, kawasan penjagaan alam sekitar dan zon pelancongan hijau.

“Kawasan berkenaan dijangka siap dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Buat masa ini, kawasan seluas 2,428 hektar daripada 8,966 hektar KLIA Aeropolis sudah dimajukan.

Kawasan yang masih belum dimajukan kini ditanam dengan pokok kelapa sawit.

KLIA Aeropolis terletak kira-kira enam kilometer daripada KLIA dan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

1

Bagus

Marah
2

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ifanonline 5-5-2014 11:01 AM
Khair berkata, kira-kira 1,000 hektar kawasan di KLIA Aeropolis diperuntukkan untuk membina taman tema bertaraf dunia.
disneyland malaysia?

Quote the_killer 5-5-2014 11:02 AM
ifanonline posted on 5-5-2014 11:01 AM
disneyland malaysia?

taman tema cicak man dan upin ipin kot
Quote lucky_peace 5-5-2014 11:14 AM
kawasan situ kan diceritakan ade penghuni lain.. cam nak buat KLIA dulu sampai dah siap pon macam2 cerita ade... nieyh nak buat projek lain lagi hah..
Quote AbukRokok 5-5-2014 11:41 AM
terbakar hati
berasap kepala

indon yg baca
Quote wana89 5-5-2014 11:43 AM
kalo betul la..abes la ada hati terbakar macam gunung berapi...
kan @Peterpan17 @dino
Quote wana89 5-5-2014 11:46 AM
actually, suka dengan KLIA2..ada sopping mall..so, xboring sangat menunggu flight macam kat KLIA, LCCT o penang airport..jangan tertinggal flight dah ler..
Quote wana89 5-5-2014 11:48 AM
AbukRokok posted on 5-5-2014 11:41 AM
terbakar hati
berasap kepala

tapi kan abe abu, ni masih status diperkirakan,akan,masih..jadi xboleh bangga mana
walaupun dah dapat start pelabur dari jepang..
@ogresepuluh , pasti SHIA lebih hebatkan plannya...betul x??



Quote ogresepuluh 5-5-2014 11:51 AM
wana89 posted on 5-5-2014 11:48 AM
tapi kan abe abu, ni masih status diperkirakan,akan,masih..jadi xboleh bangga mana
walaupun d ...

gini mau jadi bandara bertaraf dunia
hal imigrasi aja udah teruk


Kepadatan di LCCT, 17 loket Imigrasi dibuka

Sebanyak 17 loket Imigrasi dibuka hari ini untuk menangani keperluan penumpang yang tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.
Pengurus Besar Kanan Bagian Operasi Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) Datuk Azmi Murad berkata di antara 3 petang dan 5 petang adalah waktu puncak yang mungkin menyebabkan kepadatan seperti dilaporkan beberapa portal berita dan laman sosial.
"Dari jumlah itu, sebanyak 10 loket dibuka untuk penerbangan internasional, empat domestik dan tiga lagi pemeriksaan autogate," katanya hari ini.
Beberapa portal berita dan laman sosial melaporkan kepadatan di loket Imigrasi di LCCT yang menyebabkan banyak penumpang terpaksa menunggu untuk tempo lama.
Azmi berkata tiada masalah timbul sehubungan sistem itu tetapi penumpang terpaksa menunggu lebih lama karena banyak penerbangan tiba pada waktu itu.
Muhammad Yamil Mohd Yusof, 28, dari Brunei berkata tiada yang luar biasa di loket Imigrasi dan dia meluangkan waktu kira-kira 15 menit untuk keluar dari loket itu.
Dia berkata bagian penerbangan internasional mempunyai lebih banyak penumpang namun keadaan terlihat terkendali.
"Saya juga ada membaca mengenai kericuhan di sini, namun saya tidak lihat hal yang seperti itu terjadi," katanya.
Dareus Andrew dari Jerman juga berkata semuanya berjalan luncurkan untuk dirinya dan proses daftar keluar dan pemeriksaan dokumen Imigrasi adalah mudah.
"Untuk saya, menunggu adalah normal. Tiada kegagalan sistem dan semuanya luncurkan," katanya. â
Quote ifanonline 5-5-2014 11:53 AM
the_killer posted on 5-5-2014 11:02 AM
taman tema cicak man dan upin ipin kot

I doubt MAHB nak buat cicak man dan upin ipin...no commmercial value, either taman tema air or dry park...

Quote wana89 5-5-2014 11:56 AM
@wongedandotcom2  @superjoni .... ni contoh berita pembangunan malaysia yang masih status bisa, diperkirakan, akan ;'(


MALAYSIA Airports Holdings Bhd (MAHB) merancang untuk membangunkan projek pemangkin di KLIA Aeropolis dalam usahanya menarik lebih banyak pelaburan bernilai berbilion ringgit di kawasan berkenaan.

Rangkaian projek pemangkin berkenaan akan menjadi pencetus perubahan wajah kawasan yang mengelilingi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) itu selepas KLIA Aeropolis menerima pelaburan utama pertamanya daripada sebuah firma Jepun, Mitsui Fudosan untuk membuka gedung beli belah Mitsui Outlet Park KLIA.

Langkah menarik pelaburan baharu itu juga bertepatan dengan sasaran MAHB untuk mengukuhkan asas pendapatannya daripada sumber perniagaan bukan berkaitan penerbangan.


Pengurus Besar Kanan Perancangan MAHB, Khair Mirza, berkata pelan induk komprehensif KLIA ketika ini merangkumi beberapa komponen utama bagi melengkapi gedung beli belah Mitsui Outlet Park yang dijangkakan mula beroperasi pada tahun depan.

KLIA Aeropolis akan mempunyai kawasan suite perniagaan berhampiran gedung beli belah ini di samping komponen pembangunan lain membabitkan hospitaliti, rekreasi dan santai termasuk cadangan membina sebuah lapangan golf.

Kami juga merancang membangunkan sebuah daerah perniagaan berpusat yang bertentangan dengan pejabat korporat MAHB.

Projek pemangkin

“Pada masa sama, Lembaga Tabung Haji (TH) juga sedang dalam fasa perancangan akhir untuk meletakkan hab pemprosesan haji bersama sebuah hotel di kawasan ini,” katanya ketika ditemui di Sepang, minggu lalu.

Khair berkata, beberapa projek pemangkin KLIA Aeropolis kini berada dalam peringkat perancangan, termasuklah cadangan untuk membangunkan hab kargo dan logistik sebaik saja Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) ditutup sepenuhnya pada Jumaat ini.

Katanya, cadangan berkenaan akan membolehkan Malaysia secara umumnya meraih manfaat langsung yang besar kepada ekonominya.

“KLIA Aeropolis ialah sebuah pembangunan mega dan kami mempunyai beberapa pihak yang berminat untuk melabur di dalamnya. MAHB sedang berbincang dengan mereka.



Zon komersial bebas

Kawasan pertumbuhan ini juga adalah satu jendela peluang kepada Malaysia untuk menunjukkan kepada dunia apa yang kita dapat sediakan kepada pelabur antarabangsa,” katanya.

Khair berkata, kira-kira 1,000 hektar kawasan di KLIA Aeropolis diperuntukkan untuk membina taman tema bertaraf dunia.

KLIA Aeropolis juga, katanya akan menampilkan sebuah zon komersial bebas, sebuah pusat mesyuarat, konvensyen dan pameran, kawasan penjagaan alam sekitar dan zon pelancongan hijau.

“Kawasan berkenaan dijangka siap dalam tempoh antara lima hingga 10 tahun akan datang,” katanya.

Buat masa ini, kawasan seluas 2,428 hektar daripada 8,966 hektar KLIA Aeropolis sudah dimajukan.

Kawasan yang masih belum dimajukan kini ditanam dengan pokok kelapa sawit.

KLIA Aeropolis terletak kira-kira enam kilometer daripada KLIA dan terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2)

*Kami rakyat malaysia tak nak bangga untuk buka plan pembangunan ini di forum indonesia...sebab malu kalo xjadi dah canang merata tempat..cukup la diforum malaysia

*tujuan kami bina bandar ini adalah untuk pembangunan ekonomi seperti highlight untuk menarik pelaburan asing...bukan untuk berlawan mana2 negara ya...



Last edited by wana89 on 5-5-2014 12:05 PM

Quote wana89 5-5-2014 12:02 PM
ogresepuluh posted on 5-5-2014 11:51 AM
gini mau jadi bandara bertaraf dunia
hal imigrasi aja udah teruk

Baik aim donia..try to be the best..dari sebuah negara tu..untuk kalahkan malaysia jah cita-citanya..
lagi pun, LCCT kan dah mula start tutup pak ogre...xkan pak ogre xtau 9/5 ni dah start full operation kat KLIA2..harusla semua jabatan kerajaan dah start pindah..ke kat indon xpernah pindah airport??? err..pak ogre kan pernah pergi lcct.. lepas ni sila datang klia2 tau pak ogre
jemput datang KLIA2 kami yer...
Insya' allah, kalo diizinkan allah, kami akan ada KLIA aeropolis..
tapi ni bukan nak berlawan dengan singapork tau..





Last edited by wana89 on 5-5-2014 12:33 PM

Quote Peterpan17 5-5-2014 01:21 PM
wana89 posted on 5-5-2014 11:43 AM
kalo betul la..abes la ada hati terbakar macam gunung berapi...
kan @Peterpan17 @dino

Kawe dah panas. Airport yg dah ditutup dia buat issue. Kekekeke!!
Quote Kittie 5-5-2014 01:30 PM
LCCT lg 4 hari nk forever katup pun ada lg yg windu dok ckp. Minat betul kat LCCT nih ek? Dr menteri sampai la ke rakyat jelata. Syg betul derang kat LCCT.
Quote Peterpan17 5-5-2014 01:39 PM
wana89 posted on 5-5-2014 11:56 AM
@wongedandotcom2  @superjoni .... ni contoh berita pembangunan malaysia yang masih status bisa, dipe ...


Wah!! bagus ni klu durang buat hab pemprosesan haji di kawasan ni. Aku setuju sangatlah. Lbh organize & tak menganggu sangat KLIA. Serupa mcm kat Jeddah airport. Durang ada airport yg khusus haji.  
Quote fredbok87 5-5-2014 01:41 PM
Kittie posted on 5-5-2014 01:30 PM
LCCT lg 4 hari nk forever katup pun ada lg yg windu dok ckp. Minat betul kat LCCT nih ek? Dr menteri ...

hahaa..tk pernah pegi LCCt ni...sampai dh nak tutup !
Quote AbukRokok 5-5-2014 01:49 PM
wana89 posted on 5-5-2014 11:48 AM
tapi kan abe abu, ni masih status diperkirakan,akan,masih..jadi xboleh bangga mana
walaupun d ...

Mesia jarang jadi mcm Indon...klu dah plan tu memang jadi je
hina sungguh Indon....Shia Iran kapir lehanat pun xde sembang kencang mcm Hindon...proyek jadi je
Quote wana89 5-5-2014 02:10 PM
Peterpan17 posted on 5-5-2014 01:39 PM
Wah!! bagus ni klu durang buat hab pemprosesan haji di kawasan ni. Aku setuju sangatlah. Lbh org ...

Yup..depa nak plan mcm tu..
Insya' allah, moga menjadi la...bagus macam tu..kalo tak,jauh kot dari kelana jaya ke klia,lebih sistematik kan..lg  pun,yg pergi aji sorg,yg hantar tu mcm satu bas kekdahnya..
Quote wana89 5-5-2014 02:13 PM
Peterpan17 posted on 5-5-2014 01:21 PM
Kawe dah panas. Airport yg dah ditutup dia buat issue. Kekekeke!!

Berapi-rapi agaknya dalam kepala dia sekarang ni..xboleh pikir logik ke..org dah nak pindah..9/5 dah full operation kat klia2 harusla ada barang nak kemas..kaunter makin banyak nak tutup..banyak yang dah start pergi beransu-ansur..ni bukan pindah sekejap je..ni tutop slama yer...
Quote wana89 5-5-2014 02:15 PM
Peterpan17 posted on 5-5-2014 01:39 PM
Wah!! bagus ni klu durang buat hab pemprosesan haji di kawasan ni. Aku setuju sangatlah. Lbh org ...

Cop..understanding aku..dia mcm nak buat mcm kat kelana jaya o sg ara kat penang..pusat urusan bab haji..ke lain..hampun..wana agak aje..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 03:10 PM GMT+8 , Processed in 0.068411 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top