RUMAH mangsa lokasi kejadian berlaku.
KOTA BHARU: Seorang warga emas parah ditikam di perut oleh anaknya susulan perselisihan faham dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Seterpa, Bukit Marak, di sini, hari ini.
Anak saudara mangsa, Sauli Mokthar, 47, berkata mangsa, Ibrahim Che Mud, 62, ditikam menggunakan pisau oleh anak ketiganya yang berumur 29 tahun di dalam biliknya, pada 6.30 pagi.
"Saya yang ketika itu sedang tidur dikejutkan dengar jeritan mangsa, bergegas ke bilik mangsa dan mendapati kedua-dua beranak itu sedang bergelutsebelum mangsa jatuh akibat ditikam.
"Anaknya yang juga penganggur kemudian melarikan diri dengan kereta selepas menikam bapanya beberapa kali," katanya ketika ditemui.
Sauli berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains MalaysiaKubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, isteri Sauli, Fairuz Che Mat, 42, berkata dia yang sedangbercuti di rumah bapa saudaranya itu sejak lima hari lalu tidak menyangka
kejadian seumpama itu berlaku.
MIYOH menunjukkan gambar kenangan bersama Ibrahim.
"Mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya," katanya sambil menambah tigalagi anak warga emas itu tinggal di beberapa bandar lain.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun berkata masih mengumpul maklumat lengkap mengenainya.
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|