View: 8169|Reply: 66
|
[Tempatan]
{1}Bapa terburai perut ditikam anak di rumah! post 5#
[Copy link]
|
|
6 Februari 2014
KOTA BHARU: Seorang warga emas parah ditikam di perut oleh anaknya susulan perselisihan faham dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Seterpa, Bukit Marak, di sini, hari ini.
Anak saudara mangsa, Sauli Mokthar, 47, berkata mangsa, Ibrahim Che Mud, 62, ditikam menggunakan pisau oleh anak ketiganya yang berumur 29 tahun di dalam biliknya, pada 6.30 pagi.
"Saya yang ketika itu sedang tidur dikejutkan dengar jeritan mangsa, bergegas ke bilik mangsa dan mendapati kedua-dua beranak itu sedang bergelutsebelum mangsa jatuh akibat ditikam.
"Anaknya yang juga penganggur kemudian melarikan diri dengan kereta selepas menikam bapanya beberapa kali," katanya ketika ditemui.
Sauli berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains MalaysiaKubang Kerian dan keadaannya dilaporkan stabil.
Sementara itu, isteri Sauli, Fairuz Che Mat, 42, berkata dia yang sedangbercuti di rumah bapa saudaranya itu sejak lima hari lalu tidak menyangka
kejadian seumpama itu berlaku.
"Mangsa hanya tinggal berdua dengan anaknya," katanya sambil menambah tigalagi anak warga emas itu tinggal di beberapa bandar lain.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, namun berkata masih mengumpul maklumat lengkap mengenainya. - Bernama
p/s ramai betul nak jadi si tanggang...
Last edited by tongkatwaran75 on 6-2-2014 07:22 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
dah la mengganggur, nak membunuh plak tu. ni mesti kes x tahan dgr leteran or nak mintak duit x dapat. nasib baik time tu ada anak sedara dia. kalau x, boleh mati org tua tu. |
|
|
|
|
|
|
|
semakin byk kes mcmni skrg...
anak hantu tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
6 Februari 2014
Perut terburai
Kota Bharu: Hanya kerana tidak diberikan wang, seorang anak sanggup menikam bapa kandung menggunakan pisau sehingga perut lelaki itu terburai dan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) dalam kejadian di Kampung Seterpa, di sini, semalam.
Sebelum kejadian, mangsa, Ibrahim Che Mood, 63, bertengkar dengan anak lelakinya berusia 29 tahun di dalam bilik tidurnya sebelum ditikam, jam 6.30 pagi.
Suspek dipercayai berang apabila tidak diberikan wang seperti diminta sehingga berlaku pertengkaran sebelum tergamak menikam bapanya sendiri.
Difahamkan, selepas ditikam, mangsa masih mampu berjalan dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, dekat sini, oleh ahli keluarganya sebelum koma dan ditempatkan di ICU.
Anak saudara mangsa, Mariani Mohamad, 42, berkata, dia mendengar dua beranak itu bertengkar di dalam bilik dan suasana bertukar senyap secara tiba-tiba sebelum dia membuka pintu bilik untuk melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia melihat bapa saudara ditikam sebelum memanggil suaminya, Mohamad Abdullah, 45, untuk membantu.
“Saya tinggal di Kuala Lumpur dan bercuti di Kelantan dengan menginap di rumah bapa saudara. Sebelum kejadian, saya baring di ruang tamu dan mendengar bunyi dua beranak itu bertengkar dan tiba-tiba suasana menjadi senyap menyebabkan saya bergegas membuka pintu bilik dan melihat bapa saudara sudah ditikam, manakala anak saudara melarikan diri dengan kereta.
“Saya memanggil suami yang berada di rumah untuk melihat keadaan bapa saudara. Pada masa itu, bapa saudara masih dapat berjalan menuju ke kereta sebelum saya dan suami menghantarnya ke HUSM dan dia kemudian koma,” katanya ketika ditemui di rumah Ibrahim, semalam.
Isteri Ibrahim, Miyoh Chaiyod, 50, berkata, dia berada di Selatan Thailand dan hanya mengetahui suami ditikam selepas dihubungi seorang daripada anak saudaranya.
“Saya tak tahu apa-apa. Saya hanya dimaklumkan suami ditikam anak.
“Suami bekerja dengan saya di kedai makan di Selatan Thailand, tetapi dia pulang ke kampung tiga hari lalu untuk berjumpa anak saudaranya,” katanya
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu, namun sehingga petang semalam keluarga mangsa belum membuat laporan polis.
“Kami sudah hantar pegawai untuk melihat keadaan mangsa yang kini dirawat di HUSM. Kami akan tunggu laporan polis ahli keluarga mangsa sebelum memulakan siasatan,” katanya.-myMetro |
|
|
|
|
|
|
|
RUMAH mangsa lokasi kejadian berlaku.
MIYOH menunjukkan gambar kenangan bersama Ibrahim. |
|
|
|
|
|
|
|
semakin hari, semakin ramai org x siuman |
|
|
|
|
|
|
|
Taik dadah ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
...ape ke halnye ni.......subhanallah |
|
|
|
|
|
|
|
ni ke contoh lelaki ayam jantan kat kelantan tu/ |
|
|
|
|
|
|
|
siannye pakcik tu....moga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pakcik tu..
mmg sedih ada anak yg tipis hati nurani macam ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam sial perangai anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian pakcik tu. Anak sial tul |
|
|
|
|
|
|
|
Syabu punya pukulan.
Dah tak kenal bapak lg. |
|
|
|
|
|
|
|
siannye pakcik tu.. moga cepat sembuh..
eh makcik tu bergambar pakai baju kelawar ke? |
|
|
|
|
|
|
|
pelik pelikla...nk mntak duit beli tiket tgk bola kot...tu yg pagi2 nak pegi beratur panjang
Tabahla pakcik.... |
|
|
|
|
|
|
|
apa nk jd pun x tau la.. |
|
|
|
|
|
|
|
dia sakit mental la tu.. or dengar bisikan.. tapi kalau dia rajin gi surau mungkin ini ialah dugaan.. |
|
|
|
|
|
|
|
apsal caption gambar kenangan? mcm dah meninggal pula ayah yg ditikam tu
dah umur camtu tu pun mintak bapak duit... boooo |
|
|
|
|
|
|
| |
|