PUTRAJAYA - Sebagai galakan kepada orang ramai di pusat pentadbiran negara di sini berbelanja secara berhemah, Presiden Perbadanan Putrajaya Tan Sri Aseh Che Mat mengunjungi Restoran Rakyat 1Malaysia di Taman Seri Empangan, di Presint 5, hari ini untuk menikmati makan tengah hari menu 1Malaysia.
Bersama kira-kira 200 orang jemputan, Aseh makan tengah hari beramai-ramai di restoran itu, dengan memilih menu 1Malaysia yang disediakan. Dengan bayaran serendah RM5, mereka menikmati makan tengah hari dengan satu lauk pilihan dan sayur serta minuman. Hidangan itu disediakan kepada orang ramai antara pukul 12 tengah hari dan 2 petang, bermula hari ini. Aseh berkata, inisiatif yang digerakkan oleh Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama pengusaha restoran itu bertujuan membantu orang ramai, terutama penjawat awam yang bekerja di sini, menikmati makan tengah hari yang amat memuaskan pada kadar bayaran cukup berpatutan. Menurutnya setakat ini hanya restoran di Taman Seri Empangan itu yang menawarkan Menu 1Malaysia untuk makan tengah hari di Putrajaya, dan pihak perbadanan amat menggalakkan lebih banyak restoran di sini mengambil bahagian dalam menawarkan menu 1Malaysia kepada pelanggan.
|
3
Bagus |
12
Marah |
12
Terkejut |
14
Sedih |
5
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
sup@rm@n posted on 5-2-2014 12:07 AM
Ape punya nama kedai la. Semua nak di 1 kan. Bila le nak buat sistem pinjaman perumahan dan kenderaa ...
ADVERTISEMENT