Terdahulu dalam kejadian di Sungai Petani Kedah, Sabtu lalu, mangsa yang cuba menangkap reptilia berbisa sepanjang empat meter itu tidak sedarkan diri selepas dipatuk ular berkenaan dan dikejarkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sunga Petani, Kedah. Bagaimanapun, selepas empat hari bertarung nyawa dan mendapat rawatan di wad di HSAH, Mohd Sufian disahkan meninggal dunia akibat terkena patukan reptilia berkenaan. Aziz, dari Taman KGN, Teluk Air Tawar di sini, berkata, secara peribadi dia memang tidak gemar dengan hobi anak bongsunya itu kerana boleh mengundang risiko pada bila-bila masa, bagaimanapun membiarkan arwah meneruskan aktiviti itu kerana ia adalah minatnya. “Kadang-kadang dia tunjukkan gambarnya beraksi bersama ular yang ditangkapnya itu dan gambar itu disimpan di dalam komputer riba tetapi saya enggan melayan gelagatnya itu sebagai membantah hobi dianggap berisiko. “Hinggakan ada kalanya kami bergaduh tetapi saya tidak mahu terlalu bertegas kerana arwah sudah minat dengan pertunjukan ular, mungkin sudah takdir dia meninggal akibat dipatuk ular dan saya reda dengan pemergiannya,” katanya. Berikutan minat mendalam mengenai reptilia itu, arwah sebelum ini kerap turut serta dalam pertunjukan ular bersama rakannya sejak menunjukkan minat dalam dunia menjinakkan dan menangkap reptilia berbisa itu setahun lalu.
|
11
Bagus |
24
Marah |
16
Terkejut |
13
Sedih |
16
Lawak |
27
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
cutebaby5907 posted on 5-2-2014 08:40 AM
ingatkan budak yg buat pertunjukan kat bukit bendera nun...
pyropura posted on 5-2-2014 05:15 AM
..penjinak ular kokesen kapir lehnat ok ajer tak banyak yang mati, yang mulayu aje banyak kena, :d ...
ADVERTISEMENT