CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Maut Dihempap Tv Ketika Rakam Gambar !

2-2-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7370| Komen: 30

Description: Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap merakamkan gambar kanak-kanak perempua ...

Gambar hiasan

BUTTERWORTH: Kegembiraan keluarga untuk merakamkan gambar kenangan ketika meraikan Tahun Baru Cina berakhir tragedi apabila anak tunggal pasangan itu maut apabila televisyenmenghempapnya dalam kejadian di Taman Chai Leng, Perai, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata dalam kejadian kira-kira 9 malam itu, keluarga berkenaan sedang bersiap-siap merakamkan gambar kanak-kanak perempuan itu, Chew Hui Zhen, tiga tahun, sebelum dihempap televisyen 29 inci.

"Televisyen jenis lama iaitu saiz besar dan berat itu diletak di atas sebuah rak yang tingginya tidak sampai satu meter dan dipercayai kanak-kanak berkenaan berdiri di hadapan rak itu untuk mengambil gambar sebelum ia (rak) condong dan televisyen itu jatuh atasnya.

"Akibat kejadian berkenaan, mangsa parah dan dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk rawatan lanjut, bagaimanapun kanak-kanak itu mati ketika menerima rawatan pada 10.30 malam tadi.

"Kita dimaklumkan kejadian itu oleh pihak hospital dan bedah siasat akan dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kejadian berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharom berkata, polis menyiasat kejadian itu sebagai mati mengejut kerana laporan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah.

Katanya, pihaknya belum mengambil keterangan daripada ibu dan bapa kanak-kanak itu kerana mereka masih dalam keadaan sedih dan trauma.

"Ketika kejadian beberapa anggota keluarga bapa kanak-kanak itu turut berada di rumah berkenaan dan mereka sedang meraikan sambutan Tahun Baru Cina," katanya.

Sementara itu, usaha pihak media untuk menemu bual ibu bapa kanak-kanak itu, Chew Hock Soon, 26, dan Phoruethai Sae Lee, 25, di bilik mayat HSJ gagal selepas mereka enggan ditemubual.

Bapa kanak-kanak itu bekerja sebagai tukang paip manakala ibunya warga Thailand dan tidak bekerja. 

1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote clarizsa 2-2-2014 05:57 AM
cuai cuai cuai..... cuai lagi... :@
Quote mommymonster82 2-2-2014 06:03 AM
Xsilap da brpa kali baca kes ank cina kena hempap tv...
Dulu ada kt rumh dgn tadika...
Quote boyagombak 2-2-2014 06:03 AM
A was TV boleh membunuh
So harap jgn tgk TV dan buang semua TV dirumah anda.

Pakar TV 123456789
Quote kokonutkandy 2-2-2014 06:16 AM
belilah tv LED.
Quote d-7-0ne 2-2-2014 06:29 AM
sape2 yg masih mnggunakan tv dinasour yg bsar gdbak dan brat, sila beralih ke tv trkini yg slim dan ringan.
Quote juliez 2-2-2014 06:37 AM
clarizsa posted on 2-2-2014 05:57 AM
cuai cuai cuai..... cuai lagi...  :@



Fynn jamal relax jer bg anak dia panjat rak tv, siap bg jilat screen tv lagi
Quote beta_carotene 2-2-2014 07:13 AM
banyak tragedi ummah tionghua tahun ni.. takziah..
Quote peYno 2-2-2014 07:20 AM
kena pukau ni
Quote clarizsa 2-2-2014 07:24 AM
juliez posted on 2-2-2014 06:37 AM
Fynn jamal relax jer bg anak dia panjat rak tv, siap bg jilat screen tv lagi

itu skill katanya... tunggu kena camni baru padan muka...
Quote tongkatwaran75 2-2-2014 07:43 AM

IBU bapa mangsa masih bersedih ketika menunggu mayat anak mereka dibedah siasat.
Quote tongkatwaran75 2-2-2014 07:45 AM
Menurut sumber, ketika itu nenek mangsa mahu merakam foto cucunya dan kanak-kanak berkenaan berdiri di depan televisyen yang diletakkan di atas kabinet yang berketinggian kira-kira satu meter.

“Bagaimanapun, belum sempat merakam foto, tiba-tiba kabinet berkenaan condong, menyebabkan mangsa jatuh dalam keadaan mukanya tersembam ke lantai sebelum televisyen menghempap kepalanya.


“Kejadian itu berlaku di ruang tamu rumah mereka dan ibu mangsa yang berada di dapur berlari untuk menyelamatkan anaknya, namun keadaan kanak-kanak terbabit ketika itu kritikal,” katanya.


Menurutnya, ketika kejadian, bapa kanak-kanak terbabit yang bekerja sebagai tukang paip tiada di rumah dan datuk mangsa segera membawa cucunya ke hospital.-myMetro
Quote noor2 2-2-2014 08:29 AM
kesiannya.....takziah...dahla anak tunggal..
Quote myoujin 2-2-2014 08:34 AM
"televisyenmenghempapnya"

apsal tetibe takde space

no mesti pakai rak yang pakai tayar tuh.. Tak stabil Pon.. Kalau eak tv yang teguh 5' atau 7' tu mesti tak jatuh punya
Quote famri7 2-2-2014 08:44 AM
takziah..,..........
Quote chaoyunjie 2-2-2014 08:54 AM
rak tv yg macam mana depa guna sampai boleh jatuh tu...

rumah aku ada 2 biji yg besar...seriau gak kalau dengar berita2 macam ni...
Quote batmana 2-2-2014 09:00 AM
takziah..

jual je la tv crt 29 inch tu, jual rm100 pn ade yg nk bli.
Quote pyropura 2-2-2014 09:03 AM
d-7-0ne posted on 2-2-2014 06:29 AM
sape2 yg masih mnggunakan tv dinasour yg bsar gdbak dan brat, sila beralih ke tv trkini yg slim dan  ...


..tak semua orang mampu senang2 nak beli tukar Tibi  Led semua tuh....tambah2 dalam keadaan kos sara idup tinggi sekarang nih, family cina sepet ni kena pertimbangkan priority yang lebih penting ni...
Quote noor2 2-2-2014 09:05 AM
batmana posted on 2-2-2014 09:00 AM
takziah..

jual je la tv crt 29 inch tu, jual rm100 pn ade yg nk bli.

tv toshiba bomba 29 inci i dulu i jual kat cina dgn harga rm5.....tak tau rosak sebab apa...tetiba tak leh on..malas nak bawak kedai kebetulan lalu lori cina cari kmputer dan alat elektornik yang lain...i suh dia ambik tv..


lama dulu la kisahnya..
Quote FlowerGirl 2-2-2014 09:18 AM
Motip ambik gmbr depan tv??

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:24 PM GMT+8 , Processed in 0.058369 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top