CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelajar OKU Didera Cikgu

29-1-2014 09:37 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16153| Komen: 173

Shah Alam: “Kepala saya dihentak kuat lebih empat kali ke meja selain dicubit dan dipukul hingga lebam di lengan,” Kata pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di Sekolah kebangsaan Seksyen 20, di sini, Khamis lalu.

Menurutnya, insiden jam 12.15 tengah hari itu bermula apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru berkenaan.

“Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.

“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya.

Berikutan kejadian itu, bapanya, Wan Rohaizit Mohd Zain, 37, membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, selepas membawa anaknya menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang.   

Wan Rohaizit berkata, sehari selepas kejadian itu dia ada bertemu guru yang dimaksudkan anaknya itu, tetapi cikgu terbabit memberikan alasan itu adalah teknik pengajaran yang berkesan untuk mendidik pelajar supaya cepat pandai.

Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.


WAN Nur Dania menunjukkan kesan lebam pada lengan kiri.

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 29-1-2014 07:14 AM

WAN Nur Dania menunjukkan kesan lebam pada lengan kiri.

Quote jengkoil 29-1-2014 07:17 AM
Ni baru cikgu vangang tulen..nga pelajar oku, austisme, dyslexia kalo layan mcm pelajar normal...maknanya cikgu tu lembam kuasa dua..x layak jd cikgu...layak jd warden penjara
Quote magnus 29-1-2014 07:17 AM
Minazzolimin cikgu tu
Quote pelukis.plan 29-1-2014 07:28 AM
ni mesti cikgu perempuan kan?
ganas ye cikgu perempuan sekarang
dulu semua takut cikgu lelaki
sekarang dah terbalik la..

Quote MissNigga 29-1-2014 07:28 AM
Awat bnyk chegu piyed nie....ni artikel ke3 pasai chegu piyed utk hari ni jer.. haisss
Quote Suchi 29-1-2014 07:30 AM
jengkoil posted on 29-1-2014 07:17 AM
Ni baru cikgu vangang tulen..nga pelajar oku, austisme, dyslexia kalo layan mcm pelajar normal...mak ...

emmm risaunya cemana nasib ank aku bila naik darjah 1 nnt..
ank aku pun ada masalah dr segi percakapan, mcm speech delay gitu tp skrg dh makin ok setelah pi terapi n aku sendiri kt umah sentiasa latih dia.
doktor pun minta bg masa dan jgn marah2 dia kalo dia agk slow nk berkomunikasi ke apa.. takleh desak n kena byk bersabar..takut nnt dia trauma nnt teruk.
so aku sgt risau gak cemana nnt bila naik sekolah, boleh kah cikgu2 nih bersabar?
memandangkn aku dpt tau cikgu2 skrg stress ngn bebanan kije bagai..
aku ramai kwn2 cikgu kt fb, selalu sangat baca rungutan dorang pasal ank2 murid rasa tak selesa sgt baca.
baru2 nih ada sorang makcik tu dia cikgu pra sekolah selamba je dia bgtau kt status fb dia baru lepas tampar budak pra yg tak dengor kata.
Quote gujiwa 29-1-2014 07:31 AM
Aku tak leh terima la benda mcm ni.. aku ada cousin jenis mmg kena masuk skola khas... even dia mcm tuh dia sungguh jujur... layan la dorng dgn baik...
Quote Syd 29-1-2014 07:32 AM
eh tadi aku baca satu berita, cikgu harimau

sat..

nak check balik..

rasanya cikgu harimau tu, mangsa dia murid tu kecik jah bodi nyer
Quote ais_kosong 29-1-2014 07:39 AM
cikgu la ni leh tahan gengster ek..
rasa xmampo jd cikgu letak jwtan la
Quote shitakee 29-1-2014 07:50 AM
ganas nye la cikgu skang ni..lepas geram ke ape
Quote wawantow 29-1-2014 07:52 AM
ni minggu tema cikgu terlampau ke
Quote xtahumenahu 29-1-2014 07:52 AM
cikgu meroyan...x layak mengajar...bukan setakat x layak ajar oku...budak normal pon x bley
Quote jengkoil 29-1-2014 07:52 AM
Suchi posted on 29-1-2014 07:30 AM
emmm risaunya cemana nasib ank aku bila naik darjah 1 nnt..
ank aku pun ada masalah dr segi perca ...

Sorry to hear that dear...
hopefully cikgu yg bakal mengajar tu dari golongan as-sobirin dan ikhlas mengajar.
Quote Dewa19XKangen 29-1-2014 07:54 AM
cikgu xdapat k*te malam td,ka xdapat pant*t,agak2 la budak oku tu..
Quote chupachups 29-1-2014 07:55 AM
Suchi posted on 29-1-2014 07:30 AM
emmm risaunya cemana nasib ank aku bila naik darjah 1 nnt..
ank aku pun ada masalah dr segi perca ...

Tlg buat repot polis..bukti dah nyata..kesiankan anak2 kecik tu bwh didikan org camni..
Quote chupachups 29-1-2014 07:56 AM
Org2 malaysia nie makin mental!!
Quote aikee04 29-1-2014 07:57 AM
Garang2nyer cikgu zaman moden ni ...
Quote ren0_0 29-1-2014 07:58 AM
berentikan je cikgu tu. bak kata KJ: bukannya tak de cikgu..melambak kat luar sana tu
Quote Innrukia 29-1-2014 08:00 AM
Teknik pembelajaran berkesan?
Mintak dipantau university yg bagi course pendidikan ni. Apa agaknya teknik2 yg diajar pada bakal2 guru ni.

Lihat semua komen(173)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.061797 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top