Seremban: Seorang wanita sanggup menaiki teksi sejauh 10 kilometer dari rumahnya di Kampung Baru Mambau di sini, semata-mata mahu membunuh diri apabila nekad terjun dari tingkat 12, Flat Lobak, Jalan Tun Dr Ismail di sini, semalam. Dalam kejadian jam 3.45 petang itu, mangsa, Tan Yoke Kuang, 50-an, bagaimanapun terselamat apabila hanya parah di kepala dan badan sejurus terjatuh atas bumbung di tingkat satu flat berkenaan. Saksi kejadian yang juga penghuni flat dikenali Choong, 40-an berkata, sebelum insiden mangsa yang tiba di perumahan itu menaiki teksi kelihatan cemas dengan menaiki lif ke tingkat 12. Menurutnya, bagaimanapun lif itu dipasang pagar bersama kad akses berikutan banyak kes bunuh diri menyebabkan mangsa menyelinap bersama penduduk. “Ketika itu saya mahu pulang ke rumah di tingkat tiga dan sebaik tiba dikejutkan dentuman kuat. “Selepas memandang ke bawah dari koridor, saya melihat wanita terbabit tersadai atas bumbung tingkat satu,” katanya. Katanya, penduduk yang cemas menghubungi anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang tiba lima minit kemudian. “Mangsa parah di kepala dan badan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban,” katanya. Mangsa dikatakan menetap di Kampung Baru Mambau dan menemui RM19.60 dalam sakunya. Pengerusi Gabungan Persatuan Penduduk Kawasan Lobak Titan Ho yang ditemui di lokasi memaklumkan sejak 1964 hingga tahun ini, 68 kes bunuh diri berlaku berikutan ia bangunan tertinggi di daerah ini. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Zainal Abu dihubungi berkata, pihaknya masih menyiasat motif kejadian itu. ANGGOTA JPAM memberi bantuan kecemasan kepada wanita yang cuba membunuh diri, semalam.
|
tongkatwaran75 posted on 25-1-2014 07:01 AM
ANGGOTA JPAM memberi bantuan kecemasan kepada wanita yang cuba membunuh diri, semalam.
ADVERTISEMENT