Wanita dan kasut tinggi boleh dikatakan tidak boleh dipisahkan. Kasut tumit tinggi bukan sahaja membuat wanita kelihatan bergaya dan seksi, malah mereka juga memberi anda ketinggian yang lebih beberapa inci serta memberi keyakinan diri. Tetapi pemakai kasut tinggi juga berdepan masalah kesihatan apabila memakainya kerana memakai kasut tumit tinggi untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan postur badan tidak baik, membuat kaki anda lemah dan menyebabkan anda sakit belakang. Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips yang boleh anda lakukan bagi mengelakkan diri anda sakit kerana kasut tumit tinggi. Cara berjalan Jangan melangkah atau meletakkan tumit dan jari kaki anda di atas tanah yang pada masa yang sama. Berjalan dengan cara yang sama apabila anda memakai 'flat shoes' - dengan setiap langkah yang anda ambil, letakkan tumit anda terlebih dahulu dan kemudian jari kaki anda. Rehatkan kaki anda Adalah baik untuk memberi kaki anda berehat sekali-sekala . Tanggalkan kastu tumit anda dan reganggkan atau urut kaki anda. Cara ini akan membenarkan kaki anda 'bernafas' untuk seketika. Rendamkan di dalam bekas berisi air suam berisi aromaterapi. Pilih ketinggian tumit sesuai Pilih tumit wajar yang membolehkan anda berjalan seperti biasa. Terdapat pelbagai ketebalan dan ketinggian tumit kasut yang boleh anda pilih. Jika anda sudah biasa mengenakan kasut tumit tinggi, tak salah memilih tumit yang runcing dan setinggi yang anda mahu. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak dengan kasut tumit tinggi, pilih tumit yang mempunyai ketinggian sederhana ataupun pakai sahaj wedges. Jangan memakai kasut tumit jika anda berdiri atau berjalan untuk masa yang lama Selalu bawa sepasang kasut biasa jika anda tidak selesa. Kasut tumit tinggi tidak direka untuk dipakai dalam jangka masa yang lama. Elakkan memakai lebih daripada 4 kali seminggu dan pastikan ada sekurang-kurangnya 2 hari di antaranya. Ini juga membantu kasut anda bertahan lebih lama. Pilih dari fabrik yang sesuai Kini terdapat banyak fabrik kasut yang boleh anda pilih seperti plastik, jelly shoes, fabrik kulit dan juga fabrik campuran. Pilih kasut dari fabrik kulit untuk kasut yang tahan lama serta berkualiti. Jika anda inginkan kasut tumit tinggi yang melekat pada kaki, pilih jelly shoes kerana biasanya ia mengikut bentuk kaki anda dan mengurangkan geseran kulit kaki dan kasut yang menyebabkan kaki melecet. Tambahkan kusyen pada tapak kasut supaya tapak kaki tidak menerima stres dari tapak kasut yang keras. Beli kasut dari jenama yang baik Biasanya kasut dari jenama terkemuka direka dengan baik dan tidak menyakiti kaki anda berbanding kasut tumit yang boleh didapati di mana-mana kedai biasa.
|
awinpj posted on 22-1-2014 03:31 PM
yg tips no.5 beli kasut dari jenama yg baik
kasut tinggi brand apa yg elok?
ADVERTISEMENT