Nak berkongsikan kisah seorang teman yang berkahwin dengan lelaki Inggeris.![]() Kisahnya bermula bila lelaki Inggeris ini kematian isteri di saat melahirkan anak perempuan mereka. Perkahwinan lelaki Inggeris dan mendiang isterinya tidak direstu oleh keluarga si isteri yg warak dlm agama hindu. Bila anak mereka lahir, si isteri meninggal dunia. Maka dtglah keluarga si isteri menguruskan mayat anak perempuan mereka. Lelaki inggeris diberi pilihan untuk membela bayi perempuan itu dgn syarat mereka tidak ada kena mengena dgn bayi itu atau, Sekiranya bayi itu di bela oleh keluarga mendiang isterinya, kepada bayi itu akan diberitahu bahawa bapanya (lelaki inggeris) sudah mati dan die tidak dibenarkan melihat anaknya itu. Kerana tidak suka kepada keluarga India itu maka dia memilih untuk menjaga anaknya. Lelaki Inggeris ini berkerja di negaranya, mendiang isteri berkhidmat di syarikat penerbangan tempatan. Cuti sudah habis dan dia perlu pulang ke negara asalnya. Bayi baru lahir tidak dibenarkan menaiki flight. Dalam kebuntuan teringatlah dia kepada teman sekuliahnya dan pernah juga menaruh hati kepada temannya yang ada di negara ini, iaitu teman saya. ![]() Ketika itu, teman saya baru habis contract dengan syarikat die berkerja, sedang menunggu contract baru di Dubai, teman saya berkerja dlm bidang architecture.. Dengan rasa riang teman saya mengucapkan tahniah dgn kelahiran anak itu tanpatahu tujuan sebenar lelaki inggeris ini. Bila diberitahu bahawa bayi yang baru lahir itu perlukan tempat tinggal sementara maka dengan rasa kasihan dan belas memikirkan dia juga sedang bercuti dia meminta izin dari keluarganya untuk menjaga bayi itu. Keluarga teman saya memang sayangkan kanak-kanak apatah lagi anak2 sudah dewasa semua maka teman saya mendapat keizinan. Malam itu dalam hujan yang renyai-renyai, lelaki inggeris datang ke rumah teman saya membawa bayi itu dgn sebungkus pampers. Teman saya diberi wang sebanyak RM2000.00 untuk kos menjaga bayi itu. Surat beranak juga masih belum ada.. malamkedua..bayi itu menangis tidak henti2 meragam dia, dengan kuasa Allah swt bayi itu berhenti meragam dan tidur nyenyak setiap malam bila di azankan oleh ayah teman saya. ![]() Bermulalah kehidupan teman saya bersama bayi itu.. kaum keluarga yg lain ramai yang tidak bersetuju dgn tindakan teman saya dan keluarganya kerana takut menjadi buah mulut orang.. belum kahwin dah ada anak.. teman saya jenis yg tidak suka dgr perkara2 yang begitu dan dia terus menjaga bayi itu dgn penuh kasih sayang..dan perhatian keluarga teman saya di panggil dgn panggilan mama. Selang 3 bulan, lelaki inggeris itu masih belum datang mengambil anaknya.. maka teman saya menghubungi lelaki inggeris itu dan teman saya diberi kebebasan untuk membentuk dan menjaga bayi itu. Teman saya meminta izin untuk mengislamkan anak itu dan lelaki inggeris itu tidak ada bantahan. Hidup lah bayi itu dgn cara orang melayu dan islam..dikhatankan, dibuat kenduri kesyukuran dan sebagainya... ![]() Menjelang 8 bulan, datanglah lelaki inggeris tadi menjenguk anaknya. Gembiranya dia bukan kepalang melihat anaknya dijaga dengan penuh kasih sayang, sihat walafiat. Teman saya meminta surat beranak tetapi lelaki inggeris itu belum lagi mendaftarkelahiran anak itu. Tanpa memikirkan apa2 hanya menghulurkan wang sebanyak rm 1500.00 die pulang lagi ke negara asalnya. Bersusah payahlah teman saya itu membuatkan surant beranak untuk anak yang disayangnya itu. Menebalkan muka dengan mendaftar anak itu sebagai anak kandungnya tanpa mahu banyak bicara dan anak itu akhirnya punya surat beranak dengan berbintikan Abdullah. Selesai satu perkara... ![]() Hampir setahun berlalu, muncul lagi lelaki inggeris itu kali ini dia datang untuk membawa anaknya pulang ke negara asal. Dengan rasa yang amat sedih teman saya meminta supaya dia dibenarkan menjaga anak itu sampai bila-bila. Ketika ini teman saya sudah meletak jawatan di syarikat di berkerja malah menolak peluang untuk berkhidmat di Dubai lantaran rasa kasih sangat pada anak itu. Lelaki inggeris itu bersetuju dengan syarat teman saya menjadi isterinya... terdiam teman saya, lama juga dia memikirkannya. Mula dia teringat yang lelaki inggeris nitu pernah menaruh hati kepadanya satu ketika dulu, memikirkan tentang cara hidup dan agama diam menolak lelaki inggeris itu. Terfikir juga dia mungkin kalau dah jodoh, tidak ke mana. Lalu teman saya memberikan syarat jika dia mahu menikahi dia haruslah lelaki inggeris itu kenal tentang agama islam dahulu...hampir 6 bulan lelaki inggeris berdiam diri. ![]() nanti kita sambung lagi.... ![]()
|



Selepas lelaki inggeris itu kembali, merka berdua pun dinikahkan di pejabat agama dan majlis kenduri dirumah teman saya. Bermulalah kehidupan mereka sebagai suami isteri....



Dah pukul 2ptg baru bangun tidur?? mungkin kerja malam agaknya...
Kehairanan dan rasa ingin tahu semakin membuak dalam diri saya... esoknya saya ke rumah emak teman saya lagi..
Saya suarakan rasa tidak sedap hati saya, paling tidak saya tahu sikit kisah teman saya ni baru boleh saya bertemu dengannya. Emaknya memulakan cerita semenjak suaminya berpindah ke negara ini, dia tidak pernah berkerja, yang menanggung keluarga adalah teman saya. Dari wang dapur hinggalah kepada perbelanjaan harian suaminya teman saya yang beri termasuklah kjeperluannya dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Malah setiap bulan teman saya harus menghantar wang belanja kepada ibu suaminya di UK. Saya bayangkan pertukaran wang yang tinggi ketika itu.. Cerita emak teman saya lagi, suami teman saya itu tidak makan makanan melayu, ikan hanya ikan putih dan merah yg sekeping2, yg mahal kerana ikan lain busuk katanya.. IKAN COD?? MAHAL TU... keju berjenis2 ikut masakan.. tak payah ceritalah.. kita makan sup tulang di hinanya katanya makanan anjing. 'dogs food', makan ikan bilis katanya bangkai, makan tempe katanya pengotor makan kulat, seba salah kami dibuatnya, bila masak teringat yang anaknya gemar maka dihantar kesebelah esoknya si kecil mengadu 'daddy throws the food'. Kami makan durian dia tutup pintu kuat2 dan muntah depan rumah sambil meludah tidak tahan dengan bau, padahal sebelah rumah. Kata emaknya lagi, bukan mereka tidak tahu tetapi teman saya tidak menjawab bila di tanya malah mengelakkan diri. Anak mereka juga dah diberhentikan dari sekolah tadika. Tahun depan dah nak pergi pra neneknya semakin risau takut cucunya itu tidak ke sekolah. Takkan tidak mampu, sedangkan gaji teman saya bukan kecil. Emak teman saya tidak sampai hati melihat anaknya, itu saya dapat rasa. Tapi kenapa teman saya berdiam diri???



cayunk posted on 13-11-2012 02:39 PM
adehh malehnya kalau ada part2 ni....tt sila hapdet...x sbr nk tau cter slanjutnya
leon_mclaren78 posted on 13-11-2012 02:46 PM
TT, ai ada cdgn... len kali nk pos cerita, sila draf siap2 dlm MS Word sampai abis2. Pastu barulah p ...
ADVERTISEMENT