CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sesak 10 kilometer 2 bas kemalangan

14-11-2012 02:48 PM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 6698| Komen: 31

Description: NILAI, 14 Nov: Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan ...


Sesak 10 kilometer 2 bas kemalangan

NILAI,  14 Nov: Pengguna lebuh raya menghala ke utara terpaksa menempuh kesesakan sepanjang kira-kira 10 kilometer apabila dua bas ekspres terbabit kemalangan di Kilometer 275, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini, petang semalam.


Bagaimanapun, kejadian kira-kira jam 2.40 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.

Tinjauan mendapati kesesakan turut berlaku di kedua-dua arah apabila sebahagian pengguna lebuh raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kejadian.


Begitupun, kecekapan pihak berkuasa termasuk anggota polis trafik dan peronda lebuh raya berjaya mengawal lalu lintas, sekali gus kesesakan hanya berlaku kira-kira 12 minit sebelum bas ekspres yang melintang dialihkan dan trafik beransur lancar.

  Sementara itu, seramai 25 penumpang menempuh detik mencemaskan apabila bas ekspres dinaiki hilang kawalan dan melintang di tengah jalan di tempat kejadian.

  Menurut seorang pemandu bas yang enggan dikenali berusia 20-an, ketika kejadian dia yang mengekori bas ekspres berkenaan terkejut melihat ia melintang di tengah jalan dipercayai gagal dikawal.   “Saya terus menekan brek bagi mengelak merempuh bas itu, sebelum bas dipandu terbabas ke dalam longkang dan terbalik.




“Syukur tiada yang cedera, bagaimanapun, jika saya merempuh bas pertama itu, berkemungkinan ada nyawa penumpang akan melayang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, di sini, semalam.    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Yusoff Awang berkata, bas yang melintang di tengah jalan itu dipercayai dari arah Pontian, Johor untuk ke Terminal Bersepadu Selatan (BTS), di ibu negara sebelum hilang kawalan.   

“Bas yang dinaiki 25 penumpang itu kemudian melanggar besi penghadang lebuh raya sebelum melintang di tengah jalan menyebabkan bas kedua terpaksa membrek kecemasan.

“Akibatnya, bas kedua terbalik memasuki longkang dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan berlaku berikutan ketika kejadian, tiada penumpang dalam bas dari Singapura ke Pantai Remis, Perak itu,” katanya.   

Katanya, bagaimanapun, kemalangan itu menyebabkan kesesakan di kedua-dua arah lebuh raya apabila semua pengguna mengambil kesempatan untuk melihat kejadian itu.

  “Kita sudah mengambil keterangan kedua-dua pemandu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengetahui punca kemalangan.

  “Saksi kejadian diminta tampil di balai berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai di talian 06-7991222 bagi membantu siasatan,” katanya.

p/s Forumer yg terbabit, sila lapor...

Statistik kategori thread dibuka oleh TW75 pada 14 Nov 2012

1. Ehwal kemasyarakatan -5 threads

2. Pendidikan - 0 thread
3. Seks - 0 thread
4. Jenayah - 3 threads
5. Dunia - 2 threads
6. Sukan - 0 thread

7. Ekonomi - 0 thread

jumlah thread - 10






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MissNigga 14-11-2012 07:23 AM
highway kat area2 Nilai - Seremban - KL ni.. kalo dah jam, memang skeri tol arrrr
mau berkemutu dan kebas montottt...
Quote harimau76 14-11-2012 07:26 AM
sesak sbb depa sibuk dok amik no bas yg kena langgar and no. bas yg melanggar kut.. sambil2 tu dok pikiaq susun atur nombor yg nak dibeli.. kununnya kalau langgar blkg, beli nombor pun terbalik dr blkg...
Quote chaoyunjie 14-11-2012 08:08 AM
aku pn heran gak...
time xcident je...orang pakat kata..ambik la nombor....

lama2...baru aku tau tujuan sbnr..depa ambik no
Quote zamirra 14-11-2012 09:14 AM
rakyat malaysia kan perihatin...
Quote prettyuglybabe 14-11-2012 10:57 AM
ngeri kalau tengok bas kat highway. laju wei
Quote stryder_cats 14-11-2012 12:06 PM
Syukur lah xde nyawa yg melayang.. musim hujan ni kena la hati2
Quote tobby 14-11-2012 12:17 PM
bawak laju lagi. harap boh kamera AES setiap 5km .. biar drebar maut ni kutip saman.
Quote duquesne 14-11-2012 12:23 PM
Aku lalu highway ni semalam.. around 6pm++ .. time tu ada kren tengah nak naikkan bas yang tersandar tepi lereng bukit tu.. bas lagi satu tak nampak dah.. aku ingat bas yang tersandar tu yang langgar divider tengah terus terbabas ke lereng bukit..

Quote AbukRokok 14-11-2012 12:24 PM
AES menjana keharmonian rakyat
klu puak kerajaan xgunakan enseden ni sbg tektik mempromokan kesyumulan AES... xtahu nak kata apa la kebengapan itu
Quote kasibiman 14-11-2012 12:34 PM
tobby posted on 14-11-2012 12:17 PM
bawak laju lagi. harap boh kamera AES setiap 5km .. biar drebar maut ni kutip saman.

last sunday, GORET time.

plaza tol air hitam - plaza tol somban. 185km distance.

rain + drizzle, slow moving and stop go pedas linggi to somban.

time taken by express bus: 1 hour 30 minutes.

works to average speed 123 kmh.

kalau average speed 123 kmh, agak2 median speed dia baper? 140?
Quote tobby 14-11-2012 12:37 PM
kasibiman posted on 14-11-2012 12:34 PM
last sunday, GORET time.

plaza tol air hitam - plaza tol somban. 185km distance.

AES tak berfungsi ka? takkan takda flash out?
Quote Dark_Vampire 14-11-2012 12:42 PM
Quote mawarputih2612 14-11-2012 12:45 PM
harimau76 posted on 14-11-2012 07:26 AM
sesak sbb depa sibuk dok amik no bas yg kena langgar and no. bas yg melanggar kut.. sambil2 tu dok p ...

ko ni rimau mcm dh biasa jer beli nombor
Quote Acong 14-11-2012 12:51 PM
bas tu dah laa bernasib malang..... suwey...... ada lagik org BODOH mau tikam nomor yg suwey tu......
Quote maja07 14-11-2012 12:56 PM
Pantang eksiden jer reason hilang kawalan. Cuba bagi details sikit...
Quote PICes_Boy 14-11-2012 01:02 PM
uiks..sgt skeri.aku yg duk naik bas ari2 g keje ni pon tak tenang hati klu naik bas neh..lampu merah nak jln,masuk simpang or corner nak cilok dulu..so skeri
Quote missus_meow 14-11-2012 01:03 PM
kalo kat lpt, x heran tgk bas ekspress main lumba2 ... kdg2 ngeri bile selisih sbb drebar nye suke mkn jalan ... ikut suke dia ja nk ikut lorong mana
Quote cmf_premierleag 14-11-2012 01:56 PM
patutnya drebar ni eksiden smpi lumpuh badan
bawak bas mcm sialll
Quote cmf_premierleag 14-11-2012 01:58 PM
MissNigga posted on 14-11-2012 07:23 AM
highway kat area2 Nilai - Seremban - KL ni.. kalo dah jam, memang skeri tol arrrr
mau berkemutu dan ...

jem area nila-seremban-KL tu mmg dah hazabbedah yaamats
so, uols ikut la LEKAS
pengalaman aku, dr putrajaya - seremban, patutnya 30 min jek
tp sbb jem hazabedah kat PLUS, trus jd 2jam
nyesal haku x hikut lekas
lekas mmg jarang dilalui oleh bas2 express, lori, treler, yg banyak pun hanaya stok2 kereta ngan moto ngan lori besa2 jek

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.066649 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top