CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Alasan Islam Ditolak Di Angola

15-1-2014 11:26 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6655| Komen: 16



Angola, negara yang pertama didunia yang mengharamkan agama islam di negara tersebut mengundang kritikan dunia selepas kebanyakan media antarabangsa melaporkan negara itu mengambil keputusan mengharamkan Islam.

Jika benar, maka negara tersebut menjadi negara pertama di dunia memutuskan untuk melarang perkembangan agama Islam dan komuniti Muslim di negara tersebut.

Bagaimana kerajaan Angola berani mengambil keputusan luar biasa dan boleh mengharamkan agama kedua terbesar dunia di zaman moden ini?

Selepas laporan itu tersebar, kerajaan mengeluarkan kenyataan negaranya tidak mengharamkan Islam tetapi belum mengharamkannya. Walaupun fakta itu mampu diputar belit namun secara logiknya, negara itu kini menjurus untuk mengurangkan pengaruh Islam. Ianya terbukti selepas lebih 60 masjid dirobohkan dan ratusan al-Quran dibakar.

Kenyataan presiden, menteri


Presiden Jose Edurado dos Santos berkata, ini adalah tahun terakhir pengaruh Islam di negaranya.

“Islam perlu diharamkan kerana hanya terdapat satu peratus daripada 19 juta penduduk. Perkara ini sama seperti 194 mazhab lain yang telah diharamkan sebelum ini,” katanya.

Menteri Kebudayaan Rosa Cruz e Silva pula berkata, masjid-masjid di negara ini sebahagian besarnya akan ditutup sehingga diberitahu kelak.

Beliau menyifatkan Islam sebagai ‘mazhab’ yang akan diharamkan kerana bertentangan dengan adat dan budaya Angola.

“Amalan Islam belum diluluskan Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia dan masjid akan ditutup,” katanya.

Pengarah Kementerian Institut Kebangsaan Kebudayaan Hal Ehwal Agama Angola, Manuel Fernando bagaimanapun menafikan dakwaan itu.

“Tiada peperangan di Angola terhadap Islam atau mana-mana agama lain. Tiada keputusan rasmi menyasarkan kemusnahan atau penutupan tempat ibadat dari mana-mana agama sekalipun,” katanya.

Seorang duta Angola di Washington baru-baru ini turut menyangkal dakwaan amalan diskriminasi agama yang diamalkan di Angola.

Kenyataan ICA

Persatuan Masyarakat Islam Angola (ICA) melaporkan dalam satu kenyataan, umat Islam tidak boleh mengamalkan agama mereka secara bebas.

Masjid, sekolah dan pusat komuniti Islam ditutup atau dirobohkan. Setakat ini, 78 masjid di Angola, kecuali di Luanda, telah ditutup.

Laporan turut menyebut majoriti rakyat Angola terdiri daripada Roman Katolik dan mazhab Kristian yang lain melihat Islam sebagai negatif.

Islam diisytiharkan sebagai ‘tidak diundang’ di Angola, dengan kata lain Islam dianggap tidak memenuhi nilai-nilai penduduk Angola.

Terdapat wanita Islam dipukul kerana mereka memakai hijab sehingga mereka takut keluar rumah,” menurut laporan itu.

Jelas daripada laporan ini, kebebasan agama Islam di Angola sedang dicabuli. Mereka tidak mampu untuk mengamalkan tuntutan agama tanpa campur tangan kerajaan.

Seorang ahli masjid yang dirahsiakan namanya berkata, pihak berkuasa wilayah Huambo, selatan Angola diarahkan tutup sebuah masjid serta-merta dan ini merupakan masjid ke-60 yang ditutup di Angola.
“Kami berasa marah dengan penutupan tempat-tempat ibadat ini,” katanya.

Sementara itu, Mufti Mesir Shaqi Allam dalam satu kenyataan berkata, tindakan ini merupakan satu bentuk penganiayaan anti-Islam.

“Mereka bukan sahaja mencetuskan provokasi umat Islam Angola, malah kepada lebih daripada 1.5 bilion umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

Perlembagaan

Islam pada hakikatnya tidak diiktiraf oleh Angola. Mengikut Perlembagaan negara itu, sesebuah pertubuhan agama perlu memohon pengiktirafan oleh kerajaan jika ingin menjalankan amalan dan aktiviti keagamaan. Status ini sekali gus membolehkan sesebuah agama itu membina sekolah dan tempat ibadat.

Perlembagaan Angola menetapkan, sebuah kumpulan agama mesti mempunyai 100,000 ahli dan perlu ada di 12 daripada 18 wilayah.

Bagaimanapun, mengikut laporan audit negara itu, hanya terdapat kira-kira 90,000 umat Islam daripada jumlah penduduk 19 juta orang. Maka itu, mereka gagal memenuhi syarat tersebut menyebabkan agama Islam tidak diiktiraf.

Apa juga kemelut atau pendedahan, persoalannya terdapat dua kenyataan bercanggah. Apakah benar ajaran Islam diharamkan atau ianya sekadar tidak diiktiraf di Angola kerana pengamalnya hanya penduduk minoriti.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sagoo 8-1-2014 10:23 AM
bodoh punye undang2
Quote solstice 8-1-2014 11:19 AM
Semoga angola ni kena gempa bumi.. taufan kerrr
Kejam sgt
Negara Islam x der pulak nak haramkan kristian bagai
Quote Artemesiaa 8-1-2014 11:32 AM
Nak kena timpa bala ke hapa ni
Quote shakirajefrydin 8-1-2014 11:36 AM
Semoga dilaknat Allah.. human's right ni tau.. kalaupun 1%, ada 190000 org Islam tau..
Quote mulutcomel 8-1-2014 12:29 PM
isu kalimah Allah PBB nak masuk campur pulak... tp isu ni tak nak masuk campur pulak..cm harammmm
Quote amyainsamad 8-1-2014 12:41 PM
ish....ish
Quote berun 8-1-2014 12:45 PM
dunia oh dunia
Quote DeMax 8-1-2014 12:47 PM
Sagoo posted on 8-1-2014 10:23 AM
bodoh punye undang2

Arab Saudi pun mengharamkan Kristian so adil la gamaknye
Quote tokwan_jantan 8-1-2014 04:45 PM
perlembagaan negara dia tetapkan supaya apa jenis agama jika hendak diamalkan secara bebas kena didaftarkan dgn syarat2 tertentu... jika tidak, agama berkenaan tidak diiktiraf sbg ada diamalkan di negera depa... kalau baca, tak bermaksud negara ini mengharamkan agama Islam, cuma, menyekat kebebasan pengamalannya sebab tak memenuhi syarat perlembagaan... kalau dibaca dan difahamkan secara harfiahnya...
Quote cikatilia 8-1-2014 04:54 PM
sbb sikit kena haram?
pfffttttt
Quote Decaffeinated 8-1-2014 08:53 PM
cikatilia posted on 8-1-2014 04:54 PM
sbb sikit kena haram?
pfffttttt

Mcm gak ayah pin. Haram sbb sikit. Nak kata sbb sesat kapir punyalah ramai. Cubalah haramkan...

Manusia memana pun sama. Bila rasa dia ramai semua org kena ikut dia...

Quote robotech 8-1-2014 08:54 PM
Nak buat macamana, Muslim terlalu minoriti di sana. Apa susah, sebagaimana pemimpin Islam kita yang menyarankan orang Kristian kena keluar dari Malaysia sbb isu Allah, maka adillah kalau pemimpin Kristian Angola menyarankan orang Islam kena keluar dari Angola sebab tak menghormati undang2 Angola ....

Amacam?
Quote asher 9-1-2014 10:47 AM
salah omat islam jugak x bersatu padu..kalo x mesti x kene buli gan orang laen..
Quote ais_kosong 9-1-2014 01:32 PM
asher posted on 9-1-2014 10:47 AM
salah omat islam jugak x bersatu padu..kalo x mesti x kene buli gan orang laen..

betui..
Quote aizaganu 9-1-2014 02:37 PM
dunia akhir zaman... tp, nk kata apa ...
Quote anees~nuhara 22-1-2014 12:33 PM
sume umat berpecah belah bile da akhir zaman...tanda2 kecil da bersepah...tggu tanda2 besar je pulakk..nauzubillah~

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:54 PM GMT+8 , Processed in 0.104286 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top