Pada malam Sabtu lalu, telah berlangsungnya mini konsert duo Hip Hop Korea popular, Lessang. Persembahan live yang diberi nama Leessang 1st Showcase in Malaysia yang telah berlangsung di pusat membeli belah Kenanga Whole Center (KWC) dan disaksikan lebih 1000 peminat. Apa yang menarik perhatian ialah dicelah-celahan peminat, penulis terlihat penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah yang nyata turut teruja dan berseronok sepanjang konsert tersebut berlangsung. Tidak keeseorangan Dayang ditemani oleh abangnya.
Sama seperti rata-rata peminat yang hadir pada konsert, pelantun yang kini sedang hits dengan lagu Di Pintu Syurga ini turut ikut sama bernyanyi serta bersorak sepanjang lebih kurang 1 jam showcase tersebut berlangsung. "Saya seronok. Ini pertama kali saya saksikan persembahan Leessang secara live. Walaupun agak pendek persembahan mereka tapi saya puas. Hampir semua lagu mereka menjadi kegemaran saya", katanya menerusi kiriman pesananya ringkas (SMS) kepada Malaysian Digest, petang semalam. Tak Berbaloi? . Lessang dianggotai oleh Gary dan Gill. Gary atau nama sebenarnya Kang Hee Gun popular menerusi kerana jejaka itu cukup dikenali program realiti Runningman. Menampilkan persembahan yang mantap, bahkan peminat akan berdiri dan tidak putus-putus bersorak serta ikut sama bernyanyi dan menari. Cuma dek kerana persembahan hanya lebih kurang sejam, membuatkan ramai peminat berasa tidak puas hati dan tidak berbaloi dengan harga tiket yang mencecah hingga RM488 (paling mahal). Malahan pasangan duo ini juga kurang berinteraksi dengan peminat mereka. Tambah mengecewakan, sesi game bersama peminat hanya dilakukan sekali saja dan awal-awal lagi peminat bertuah sudah dipilih sekaligus menghampakan harapan peminat lain yang merasakan mereka juga punya peluang cerah untuk dipilih, sekiranya cabutan bertuah dibuat sejurus sebelum sesi game dimulakan. Pada konsert itu Leessang mendedangkan lagu-lagu hits mereka antaranya, Modesty is Difficult, I turn Off The TV, You're the answer to the Guy like me, Women Who Cant Broke Up, Man Who Cant Leave, Its Laugh Behind Sadness, Ballerino, Gary & Gill, Clown, Lets Us Meet Right Now dan Rush. . . |
cascutes posted on 13-1-2014 01:01 PM
minat yg penting... mahal mcm mana pun peminat xkisah n xde effect ngan kos sara hidup yg tinggi ... ...
carold posted on 13-1-2014 02:58 PM
Kurang berkomunikasi sebab rata2 retis Korea mmg tak fasih berbahasa English pun..
kalau yg fasih ...
deecokelat posted on 13-1-2014 10:00 AM
tu tajuk jer english tapi bila nyanyi korea jugak~ yg ada pun one more time camtu jer. hahaha
ADVERTISEMENT