CHRIS Martin dan Gwyneth Paltrow bukanlah nama asing dalam industri seni Hollywood. Bahkan pasangan ini juga antara pasangan romantis di Hollywood. Terbaru, Martin dan Paltrow dilihat mempunyai cara tersendiri mengungkap dan membuktikan perasaan cinta antara satu sama lain. Menurut sumber, ketika bercuti sempena tahun baharu di Hawaii baru-baru ini, keduanya dilihat mempunyai tatu. Martin dilihat mempunyai tatu dengan huruf ‘G’ yang mewakili nama Gwyneth, manakala Paltrow mengukir tatu huruf ‘C’ yang merupakan inisial suaminya. Keintiman pasangan ini sekali gus menepis dakwaan bahawa rumah tangga mereka sedang berantakan seperti yang heboh diperkatakan baru-baru ini.
|
ADVERTISEMENT