|
Mohamad Sahar Mat Din SHAH ALAM - Konsep Islam yang terbukti mampu menjana ekonomi negara, wakaf dan zakat dilihat kurang berkesan di Malaysia.
Kelemahan ini dikesan kerana tiada pelaksanaan yang menyeluruh dalam perkara itu. Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM), Mohamad Sahar Mat Din berpendapat zakat dapat menyelesaikan masalah masyarakat manakala wakaf mampu membina tamadun. "Kita kena belajar daripada sejarah. Mesir pun diselamatkan oleh wakaf Universiti Al-Azhar. Jadi, kita boleh lihat betapa kukuhnya institusi wakaf itu. "Ingat yang membina tamadun itu wakaf. Zakat pula menyelesaikan masalah masyarakat. Tapi di negara kita wakaf dan zakat kurang berkesan," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Beliau menyarankan kerajaan menubuhkan institusi wakaf ekoran inisiatif kerajaan dilihat kurang dalam mengusahakan perkara tersebut selepas menyebutnya dalam bajet sebelum ini. "Selain daripada satu entiti di bawah Johor Corporation (Jcorp), Wakaf Annur Corporation Berhad, kita ketandusan. "Kerajaan tidak usahakan inisiatif Bajet 2013 sebelum ini yang ada sebut nak bangunkan wakaf korporat. "Kerajaan perlu segera wujudkan institusi wakaf untuk selamatkan aset seperti Felda selain elak ketirisan," katanya. Mengulas mengenai manfaat institusi wakaf, beliau menekankan melalui institusi wakaf beban kerajaan dapat diringankan. "Beban kerajaan akan ringan. Perbelanjaan negara dah berpuluh tahun defisit. Kerajaan tanggung semua perkara. "Jadi, apabila diagih tugas kepada institusi wakaf, ringanlah sedikit," katanya. Malah menurutnya beberapa institusi seperti pendidikan juga perlu diwakafkan ekoran universiti di negara ini tiada usaha untuk menjana pendapatan sendiri. "Universiti kita sekarang tak produktif. Ada tanah, bahan kajian dan bangunan tapi tak guna. "Apa-apa minta daripada kerajaan. Jadi, kalau dah wakafkan, kerajaan tak perlu tanggung lagi," katanya. Menyentuh soal situasi ekonomi negara, katanya tiada perubahan dalam sistem ekonomi meskipun transformasi sudah diuar-uarkan sejak dulu. "Kalau ekonomi sekarang ini diteruskan... tak transformasi pun. Kita masih guna sistem lama, yang kaya terus kaya. Jurang antara kaya dan miskin makin jauh. "Bank islamik di negara ini pun berorientasikan keuntungan. Kalau diwujudkan bank wakaf, boleh berikan margin yang lebih rendah daripada bank yang sekarang ini beri," katanya.
|
|
10
![]() Bagus |
8
![]() Marah |
26
![]() Terkejut |
3
![]() Sedih |
14
![]() Lawak |
13
![]() Bosan |

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity

Anonymity


. lagik satu, mana buleh senang2 laburkan kutipan zakat tanpa kebenaran orang ramai. saya pernah utarakan benda nih pada org pkz, sedap je depa kata sultan sebagai ketua agama islam benarkan. saya tanya balik, yg aku tau ketua agama islam sorang je, rasulullah. diam jek.
.. bole lah aku tambah tapi harap2 duit tu salur terus kat fakir miskin & asnaf... hari ni ambik dari gaji aku besok lusa dah sampai ke tangan orang yg emerlukan... bukan untuk korang bagi fund manager rolling dan buat long term investment...
ADVERTISEMENT