CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Monorel Melaka Rosak, Turun Penumpang Pakai Skylif !

27-12-2013 05:20 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8120| Komen: 45


Melaka, 27 Disember : Keadaan di tebing Sungai Melaka, di sini, gempar seketika apabila tiga pelancong asing dikatakan terpaksa dibawa turun menggunakan jentera ‘sky lif’ pada ketinggian lebih lima meter selepas perkhidmatan Monorel Melaka dinaiki mengalami kerosakan, petang kelmarin.

Difahamkan, dalam kejadian jam 6.45 petang itu, pelancong dari Melbourne, Australia berusia antara 30 hingga 50 tahun berada dalam kenderaan berkenaan yang terhenti di tengah perjalanan.


Mereka bagaimanapun dibawa turun beberapa kakitangan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM).

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Datuk Baharom Majid berkata, pihaknya mendapati masalah itu  berpunca kerosakan pada fius bekalan kuasa kenderaan terbabit.

Kerosakan berlaku dipercayai berpunca daripada kerja pembinaan sebuah premis di sekitar kawasan itu yang menyebabkan monorel berhenti secara tiba-tiba.

Justeru, bagi mengelak ketiga-tiga pelancong itu menunggu terlalu lama, pengurusan mengambil keputusan menggunakan jentera terbabit bagi membawa mereka turun segera,” katanya di sini, semalam.


Menurut beliau, perkhidmatan itu diberhentikan sementara waktu dan dijangka beroperasi semula dalam tempoh terdekat selepas proses membaik pulih selesai dilaksanakan.

4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 27-12-2013 07:28 AM


PENUMPANG dibawa turun dengan sky lif.
Quote pakwetizzaqyah 27-12-2013 07:29 AM
melaka lagik...
Quote missmarvolo 27-12-2013 07:56 AM
harap ambil pengajaran dan perbaiki servis di masa akan datang
Quote gogo2 27-12-2013 07:59 AM
Monorel Kroni. Kalau tak rosak, mmg pelik.
Quote akuMNdia 27-12-2013 08:06 AM
dah berapa kali rosak dah ni..??
Quote mrseller 27-12-2013 08:14 AM
Asyik rosak.tunggu masa nak jatuh jer ni
Quote gaara_X 27-12-2013 08:15 AM
dok menaik tanggo.....hehehehehee
Quote shi_jewel 27-12-2013 08:19 AM
at least dpt gak duduk dlm skylift
Quote leylapple 27-12-2013 08:24 AM
tak pernah di servis ker?
Quote cikatilia 27-12-2013 08:24 AM
tongkatwaran75 posted on 27-12-2013 07:28 AM
PENUMPANG dibawa turun dengan sky lif.

haish
scary seh

nampak tak terjaga jek..
sket2 rosak sket2 rosak
Quote mieciput 27-12-2013 08:28 AM
hari rosak lebih banyak dari hari operasi ke?
Quote lady_rara 27-12-2013 08:29 AM
mrseller posted on 27-12-2013 08:14 AM
Asyik rosak.tunggu masa nak jatuh jer ni

kerosakan berjadual ker?

**comey avvy hang
Quote mrseller 27-12-2013 08:32 AM
lady_rara posted on 27-12-2013 08:29 AM
kerosakan berjadual ker?

**comey avvy hang

Bila rosak banyak menten n servis pun byk... $ pusing pun byk, bisnes kroni pun up.bila ada kemalangan jiwa baru salah peralatan...
**lol cek ni dah jadik fan dia sejak dah single nih kikiki...
Quote Muntz 27-12-2013 08:40 AM
Elok buat mcm extra beam kat tepi track tu utk jadi tempat passenger turun kalau berlaku apa, then tangga utk turun ke bawah daripada nak harap skylift bagai.
Quote nurul_akmar 27-12-2013 08:47 AM
byk kali kan monorel melaka ni rosak? xde inisiatif lain ke?
Quote gogo2 27-12-2013 08:54 AM
nurul_akmar posted on 27-12-2013 08:47 AM
byk kali kan monorel melaka ni rosak? xde inisiatif lain ke?

Ada. Sekarang skylift menjadi tarikan pelancong. Beli tiket monorel, percuma tiket Skylift.

Quote genchi 27-12-2013 08:56 AM
rosak?? tak eran langsung..

dari mula siap dok rosak dah... aptah lagik dah buruk gini.. uzur kekdahnya
Quote fifie_olin 27-12-2013 08:59 AM
hr tu aku gi melaka...aku ada nmpk la monorel ni...aku igtkan just for display only...sbb diam kaku disitu..rupanya leh pakai ye...kontot sgt monorelnya
Quote mummyqis 27-12-2013 08:59 AM
nasib tak jadi naik isnin baru ni, tak memasal nak kena bawa budak2 turun guna skylift

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.063646 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top