CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kaji Status Ketum

24-12-2013 05:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10629| Komen: 21


ALOR SETAR - Majlis Fatwa Negeri Kedah telah membincangkan mengenai pengharaman penggunaan air daun ketum di negeri berkenaan.
       
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, mesyuarat pada 3 Oktober 2005 memutuskan bahawa meminum air daun ketum sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan yang lain, maka hukumnya adalah haram.
       
Daun ketum pada asal hukumnya adalah harus kerana masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Tetapi ia disalahgunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan,” katanya.
       
Menurutnya, selain air daun ketum, menghisap syisha juga adalah diharamkan kerana boleh membawa bahaya kepada kesihatan serta mengundang pelbagai jenis penyakit.
       
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Syeikh Mohamad Baderudin menjelaskan, Kedah memutuskan bahawa sebarang ajaran yang bukan berdasarkan Ahli Sunnah adalah haram diamalkan.
       
Katanya, pengharaman itu ditetapkan secara umum dan tidak ditujukan kepada kelompok tertentu, misalnya fahaman Syiah dan sebagainya.
       
Kita sudah bersetuju, apa jua fahaman ataupun ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah adalah haram. Tidak kira ia Syiah, Qadiani mahupun apa saja yang bertentangan dengan Ahli Sunnah tidak dibenarkan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
         
Mengulas mengenai penularan fahaman Qadiani yang dikatakan aktif di negeri ini pada suatu ketika dahulu, Baderudin berkata, tidak mendapat maklumat jelas mengenainya.
       
Pada pengetahuan saya, fahaman ini memang wujud di negeri ini pada suatu ketika dahulu. Tetapi sekarang ini saya tidak tahu sama ada ia masih wujud ataupun tidak.
       
“Mereka ini (pengikut Qadiani) memang susah untuk kita kesan sebab tidak menonjol berbanding dengan Syiah yang mudah untuk kita kesan aktiviti mereka,” katanya



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakwetizzaqyah 22-12-2013 12:37 AM
ketum lebih berbahaya daripada shiah cium2 mulut sama jantan??? lol
Quote lavendernovella 22-12-2013 03:16 AM
ketum ni ubat kencing manis paling mujarab , ada sorang pakcik bagitau saya ..
Quote Kassim_Patalon 22-12-2013 03:22 AM
kesian kak tom      
Quote Al-Patih 22-12-2013 05:20 AM
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad berkata, mesyuarat pada 3 Oktober 2005 memutuskan bahawa meminum air daun ketum sehingga memabukkan dengan dicampurkan dengan bahan yang lain, maka hukumnya adalah haram.

Beb ..kalau mabok taksub pemimpin ...atau jual maruah murah.....macam ???
Quote pakwetizzaqyah 22-12-2013 05:50 AM
lavendernovella posted on 22-12-2013 03:16 AM
ketum ni ubat kencing manis paling mujarab , ada sorang pakcik bagitau saya ..

serupa dengan ganja..penambah selera makan kata pakcik tu
Quote Dzulqarnain 22-12-2013 05:59 AM
Selagi x dpt collect cukai, haram le kot.
Quote Al-Patih 22-12-2013 06:16 AM
Mufti Kedah, Datuk Syeikh Mohamad Baderudin Ahmad ...abih makang gulo banyak2 ..kono kencing masih ..mudaratkan ...bolih kena haram tak ...belum berak manis ..
Quote Al-Patih 22-12-2013 06:20 AM
oh ya tok seh ...kalu ..sudah haram ...ok le ...tapi kan ...tok nenek moyang ...dulu ado sental ...poooong haram lah ..itu fatwah ...ada backdate tak ...???
Quote Dovahkiin 22-12-2013 06:41 AM
Kaji sekali ganja.
Quote Decaffeinated 22-12-2013 08:08 AM
“Daun ketum pada asal hukumnya adalah harus kerana masyarakat menggunakannya untuk tujuan perubatan herba atau tradisional. Tetapi ia disalahgunakan oleh segelintir masyarakat sehingga memabukkan,” katanya.

Ubat batuk bila nak haramkan?...

Quote lavendernovella 22-12-2013 11:23 PM
pakwetizzaqyah posted on 22-12-2013 05:50 AM
serupa dengan ganja..penambah selera makan kata pakcik tu

ganja tak tau pulak, sbb pakcik tu bagitau saya, ketum digunakan secara tradisi dari zaman nenek moyang dia.. sebagai ubat kencing manis dan ubat batu karang tradisional... cuma sekrg orang salah guna...  

cuba buat kajian secara mendalam, dari buat pengharaman secara hentam keromo.. tak rugi , negara kita penuh dgn pokok herba yang jadik rebutan orang luar..kita jer tak sedar

sama nasib dgn pokok pegaga...kajian dijulang di obersea... orang kita still wat sabun, makan buat ulam ... Last edited by lavendernovella on 22-12-2013 11:26 PM

Quote HUHA 22-12-2013 11:25 PM
tak boleh la lagi org negeri mukriz dan org negeri kelantan nak menikmati air daun ketup dgn aman
Quote HUHA 22-12-2013 11:26 PM
penyakit batu garang
Quote fairluck 22-12-2013 11:38 PM
Isk... rakyat malaysia dilanda sindrom bodoh xbertempat.. sah2 dia kata daun ketum tuu asalnya hukum harus.. tp kalau sampai memabukkan jatuh hukum harom... minum boleh.. bila dah mabok ketum.. baru harom... pahammm...
Quote BurningTimes 23-12-2013 12:21 AM
Baik mufti kedah ini jadi Elohim terus, tak pun bawah sikit dari level Elohim
Quote taikor 23-12-2013 12:38 AM
ada sejenis kuih Melayu (ke indon) yg ada kandungan sejenis alkohol macam tuak kat Melaka. entah halal ke haram
Quote ketum 23-12-2013 08:47 AM
kaji lah i rela youu
Quote ANTUGIGI 23-12-2013 11:25 AM
orang kampung minum ketum dengan air kopi... mana nak datang mabuknya... pas minum kena tidur awal..

seyes.. aku penah sakit sendi.. urat belikat aku lari ke hape ntah.. sampai tak boleh nak pusing sana sini.. duduk tegak je.. memang takleh nak buat apa.. ikut laki aku pegi kampung sedara dia.. dorang hulur aku air ketum secawan.. suma bantai pandnag aku.. orang KL minum ketum. dorang hulur dengan kopi. aku terus bantai minum sekaligus. suma terkejut.. terus kasi aku kopi then malam tu suruh aku tidur awal..

esok paginya aku bangun dengan ceria.. coz kurang rasa sakit... tapi rasa n bau dia.. macam haremmmm... nasib baik aku peminum jamu..
Quote gujiwa 23-12-2013 11:39 AM
smlm baru je kenduri area rumah ni buat air ketum. tapi tak campur ape2x la.. rebus saje.. sbb kenduri nak kena ada tenaga..

mmg tradisi...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.245215 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top