Sesetengah gadis kadangkala akan merasa malu untuk memakai gincu merah yang mana malu dipandang jejaka dan sebagainya tetapi ketahui gadis yang memakai gincu merah ini sebenarnya lebih kelihatan jelita dan mengancam kerana merah itu melambangkan keberanian bukan. Malahan gadis yang memakai gincu merah itu juga menonjolkan aura dan imej positif selain mampu menarik perhatian jejaka yang melihatnya. Janganlah takut untuk mempamerkan sesuatu yang luar dari kebiasaan kerana percayalah bibir yang merah itu juga dapat menambahkan keyakinan anda apabila berhadapan dengan orang ramai. Ikalkan rambut anda Rambut itu adalah aset buat semua wanita, pendek kata rambut itu boleh dianggap sebagai mahkota yang mana pasti akan dijaga dan disisir rapi untuk sentiasa kelihatan cantik. Selain itu, rambut memainkan peranan dalam membentuk wajah seseorang, jadi apa kata sesekali tukar imej seperti gaya 'pixie' untuk nampak lebih ganas. Namun pastikan rambut anda bewarna hitam bukannya perang. Barulah nampak seperti 'rockstar'. Bergaya ala 'sporty' Bergincu merah itu tidak bermakna anda tidak boleh bergaya formal dan kasual, tetapi jika kena pada gaya anda boleh mengenakannya kerana gabungan ikatan rambut yang menarik serta seluar jeans skinny yang sempoi anda pasti kelihatan manis dan mempesona.Gaya itu macam-macam anda, yang penting kenalah yakin pada diri. Cuba gaya klasik Tidak salahnya jika kamu ingin mencuba gaya fesyen seperti gadis klasik di dalam zaman serba moden ini. Ianya kerana warna merah di bibir pasti sudah mencukupi untuk menyerlahkan lagi diri anda disamping teknik make up yang 'simple' dan pakaian bewarna keemasan anda pasti tampak lebih klasik dan seksi. Tidak perlu cerewet Elakkan dari terlalu cerewet dan beria-ria ketika bersiap. Cukuplah sekadar ikat sanggul agar nampak kemas selain jangan lupa untuk calitkan gincu di bibir kerana apabila anda terlibat dengan pekerjaan yang memerlukan sentiasa tampil elegan, bibir merah pasti menjadi penyelamatnya kerana apabila anda nampak yakin dengan penampilan, anda pasti akan dapat pujian. Jadi tak perlulah terlalu cerewet.
|
neeria posted on 19-12-2013 10:08 PM
i pon baru berjinak2 pakai gincu merah.. hehe. baru2 ni beli lady danger by mac. more to orange tone ...
bunnybucukcomel posted on 28-12-2013 02:39 AM
Ini my red collection.
From far left Lipstick queen- Billie Jeans, NYX-Italian Chic, Elizabeth A ...
bunnybucukcomel posted on 28-12-2013 02:39 AM
Ini my red collection.
From far left Lipstick queen- Billie Jeans, NYX-Italian Chic, Elizabeth A ...
jahcomel posted on 2-1-2014 09:39 AM
pakai kaler merah wat kita lbh bkeyakinan tau...muka pucat jd bseri
ADVERTISEMENT