CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Plus Tidak Terbabit Kenaikan Tol

17-12-2013 05:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13552| Komen: 122


PLUS tidak terbabit kenaikan tol

Kuala Lumpur: PLUS Malaysia Bhd (PLUS), pemegang konsesi lapan lebuh raya utama di negara ini tidak terbabit dengan kenaikan tol yang dikatakan bermula tahun depan. 

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, tujuh lebuh raya lain di bawah syarikat itu ialah Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson, Lebuhraya Lingkaran Tengah Utara-Selatan (NSECL), Laluan Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Butterworth-Kulim dan Jambatan Pulau Pinang. 

Perjanjian konsesi tamat 2016

“Lebuh raya PLUS tidak terbabit, mungkin lebuh raya lain kerana perjanjian konsesi sedia ada di antara PLUS dengan kerajaan hanya akan tamat 2016 berbanding 25 lagi syarikat konsesi,” kata sumber syarikat itu kepada BH semalam, namun enggan mengulas lanjut. 

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, dilaporkan berkata kenaikan kadar tol dijangka tahun depan sejajar dengan perjanjian di antara kerajaan dan pemegang konsesi. Bagaimanapun, kenaikan itu dijamin secara sistematik bagi memastikan pengguna tidak memikul beban. 


Antara lain, perjanjian berkenaan mewajibkan kadar tol disemak semula untuk dinaikkan pada 2011, tetapi kerajaan mengambil inisiatif membayar pampasan RM400 juta bagi mengekalkan kadar sedia ada sejak dua tahun lalu.


4

Bagus
6

Marah
2

Terkejut
6

Sedih
9

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NIXAR 17-12-2013 01:56 PM
konsesi tamat tu xde kenaikan dah ke atau xde tol langsung?
Quote dauswq 17-12-2013 01:57 PM
bila dh tamat konsesi, sape nak selenggara r&r tu ya?
Quote vespa_oren 17-12-2013 01:59 PM
Bukanlah dia bermaksud perjanjian x naik tol smpai 2015, nanti 2016 naik lah tol tu
Quote 5229 17-12-2013 02:01 PM
renew rasanya..itu yg paling logik..harap kontrak baru tak berat ke konsesi dah lepas nih..
Quote 5229 17-12-2013 02:01 PM
nk kata percuma..mustahil..sama ada dikrkalkan atau dikurangkan..
Quote tekken 17-12-2013 02:03 PM
musti naikkk
Quote sitisitu25 17-12-2013 02:04 PM
in your dream..pas 2016..naik 200% sbb nk cover balik thn2 x leh naik tu..
Quote mast3r 17-12-2013 02:04 PM
Renew kontrak ni..
Quote solstice 17-12-2013 02:09 PM
PLUS x naik
Tp yg jaga tol kat Msia ni bukan PLUS jerr
Espeseli kat area KL yg tol berlambak2
Yg tu naik ke tak?
Quote akughi 17-12-2013 02:10 PM
cibet...adakah rakyat ditipu oleh pemimpin pembangkang yg memutarbelitkn fakta?

aku hampir terjebak.....syaitan.....
Quote pittjie 17-12-2013 02:11 PM
bersiap sedia la tuk hadapi kenaikan tol PLUS berkali ganda in 2016. mana boleh dia tengok highway lain dah naikkan rega tol dari 2014 kaaan. mesti la nak cover 2 tahun yg kehilangan. nak cari keja kat PLUS la. harus bonus tahun 2016 nanti 6-8 bulan.
Quote NIXAR 17-12-2013 02:11 PM
yg peliknya di tanah melayu ni bile kereta makin banyak atas heway tol lak makin naik. patutnya makin turun.
Quote Muntz 17-12-2013 02:13 PM
Naikkan jer lah. Nak jalan cantik, tapi kedekut nak keluar duit.
Quote dasatgiler 17-12-2013 02:17 PM
solstice posted on 17-12-2013 02:09 PM
PLUS x naik
Tp yg jaga tol kat Msia ni bukan PLUS jerr
Espeseli kat area KL yg tol berlambak2

ye betul.. plus adalah operator l/raya terbesar di malaysia.. so kalau DAWO cakap PLUS tak naik, maka tidak adil lah meminta penjelasan drpd beliyau utk kadar kenaikan tol l/raya yg lain yg bukan berada dibawah kawalan beliyau.. kenalah tanya operator2 l/raya berkenaan (yg senyap sunyi jer tengok plus kena bantai)


Quote dasatgiler 17-12-2013 02:20 PM
akughi posted on 17-12-2013 02:10 PM
cibet...adakah rakyat ditipu oleh pemimpin pembangkang yg memutarbelitkn fakta?

aku hampir terjeb ...

40,000 bangla dah kantoi... last2 blame najib..


sakgi kadar tol tak naik, kat sapa la dia nak blame tu.. tengah cari mangsa..
Quote dandindon 17-12-2013 02:20 PM
tol PLUS jer tak naik tapi yang lain naik.
Quote crossfire 17-12-2013 02:21 PM
NIXAR posted on 17-12-2013 02:11 PM
yg peliknya di tanah melayu ni bile kereta makin banyak atas heway tol lak makin naik. patutnya maki ...

abe keross kena beli honda civic type r  70cc nie....
Quote dandindon 17-12-2013 02:21 PM
akughi posted on 17-12-2013 02:10 PM
cibet...adakah rakyat ditipu oleh pemimpin pembangkang yg memutarbelitkn fakta?

aku hampir terjeb ...

ermm, bukan pemuda UMNO wilayah yang gebang lebih?
Quote vespa_oren 17-12-2013 02:25 PM
dasatgiler posted on 17-12-2013 02:17 PM
ye betul.. plus adalah operator l/raya terbesar di malaysia.. so kalau DAWO cakap PLUS tak naik, m ...

Lima belas lebuh raya, kebanyakannya sekitar Kuala Lumpur, dilaporkan akan menaikkan kadar tol antara 50sen hingga RM2 bermula 1 Januari tahun depan.

Bagaimanapun, New Straits Times memetik Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof sebagai berkata, jumlah sebenar kenaikan tol masih belum diputuskan.

Lebuh raya terbabit: Lebuh Raya Pantai Baru (NPE), Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sprint, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuh Raya Maju (Mex), Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya), Lebuhraya Smart dan Sistem Lingkaran-Lebuh Raya Kajang (Silk).

Fadilah berkata, menurut perjanjian konsesi lebuh raya, syarikat konsesi boleh menyelaras semula kadar tol setiap tiga tahun.

Bagaimanapun, katanya, syarikat konsesi tidak melakukannya dalam tempoh enam tahun terakhir. Justeru, tambahnya, peningkatannya akan dibuat dua kali ganda,

Lihat semua komen(122)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.065112 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top