Hrithik Roshan mengakhiri perkahwinannya yang sudah terbina selama 13 tahun dengan sussane Khan. Perceraian itu sudah disampaikan langsung baik dari Hrithik mau pun sussane sendiri. Namun keduanya tak mau membuka apa penyebab mereka berpisah.
Kabar perceraian pasangan yang telah mempunyai dua orang anak, yakni Hrehaan (7 tahun) dan Hridhaan (5) sudah tercium sejak enam bulan lalu. Keduanya sudah tidak pernah lagi tampil bersama dalam masa tiga bulan terakhir, termasuk untuk promosi filem terbaru Hrithik, Krrish 3 . Perpisahan ini datang beberapa hari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 dan di tengah-tengah rawatan Hrithik yang baru saja menjalani pembedahan tumor otak di sebuah rumah sakit di luar negeri. "Sussanne telah memutuskan untuk berpisah daripada saya dan mengakhiri hubungan kami selama 17 tahun. Ini adalah masa yang sangat berat untuk keluarga kami dan saya meminta kepada media untuk menghormati privasi kami saat ini," tulis pernyataan rasmi dari Hrithik, seperti dikutip Indiatoday.
Hrithik menuturkan, dia tak mahu berita yang berkembang ini membuat orang berfikir semula mengenai perkahwinan. Walaupun berpisah dengan sang isteri, namun dia menyatakan, masih menghormati nilai perkahwinan pada tahap tertinggi. "Dan sekali lagi saya berterima kasih kepada fans untuk semua perhatian dan doa-doa untuk kesihatan saya. Rawatan saya berjalan dengan baik dan saya harus boleh meneruskan hidup saya. Terimakasih," ujarnya. Sementara itu, Sussanne juga membenarkan khabar perpisahannya dengan sang suami. "Kami adalah dua individu yang menghormati dan memelihara satu sama lain dan telah membuat pilihan peribadi kami sendiri," demikian kenyataan rasmi dari Sussanne yang dikeluarkan hari ini, Sabtu (14/12/2013). Hrithik dan sussane berpacaran selama empat tahun sebelum akhirnya mereka berkahwin pada 20 Disember 2000, selepas Hrithik berjaya untuk filem sulungnya, Kaho Naa ... Pyar Hai. Untuk urusan anak, keduanya sepakat untuk tetap memberikan perhatian yang maksimum. "Kami ibu bapa untuk dua anak yang indah dan tanggung jawab kami tetap untuk melindungi dan merawat mereka. Tidak ada yang boleh mengubah itu," kata Sussanne, yang merupakan putri dari pelakon veteran Sanjay Khan.
|
The children — Hrehaan and Hridhaan
ADVERTISEMENT