CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengkaderan Umno: Media Sosial Dioptimum

16-12-2013 06:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8238| Komen: 67

  • Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata media sosial akan menjadi satu jambatan penting dalam usaha membentuk generasi pelapis melalui program pengkaderan parti.

Beliau berkata ini antara rombakan yang akan dibuat terhadap modul pengkaderan Umno supaya seiring dengan peredaran zaman.

"Saya diberi tanggungjawab melaksanakan sistem pengkaderan dan saya fikir modulnya perlu diubah. Pada 2018 kita akan ada lebih kurang lapan juta pengundi baharu.

"Kita tahu pengundi baharu ada cita rasa dan pola pemikiran yang berbeza, jadi kita kena beri pendedahan terutama dalam aspek pemberian maklumat melalui media sosial," katanya ketika ditemu bual dalam program Ruang Bicara terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di sini malam tadi.

Menurutnya lagi, usaha akan dibuat untuk memperkukuh kumpulan media baharu Umno dari kalangan anggota parti itu dan Barisan Nasional.

"Selama ini kita defensif, bila orang serang baru nak jawab. Tapi dalam perkara ini (pengkaderan), kita tak perlu serang tapi perjelaskan dasar kerajaan dan parti supaya seimbang antara yang hak dan yang batil," jelas Ahmad Zahid.

Ditanya sama ada langkah memperkasa 'cybertroopers' Umno akan membawa kepada pertembungan dengan 'Red Bean Army' yang dikatakan dibelakangi pembangkang, beliau berkata jumlah 'tentera' Umno perlu ditambah untuk terus menguasai khalayak.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan dasarnya pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas menekankan keperluan mengukuhkan pengkaderan parti dengan mendoktrinkan jati diri Umno kepada para anggota agar budaya kepartian berakar umbi dan terpateri dalam sanubari 'orang Umno' bagi memastikan kelangsungan Umno.

Dalam konteks politik, pengkaderan secara ringkasnya bermaksud program atau agenda yang digariskan untuk mempersiapkan kelompok pemimpin muda dan golongan profesional untuk menjadi generasi pelapis yang benar-benar menghayati ideologi dan roh perjuangan parti. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 13-12-2013 02:49 PM
jom join weh.....
Quote atira 13-12-2013 02:50 PM
berapa bayaran
nak joinT
Quote pakwetizzaqyah 13-12-2013 02:50 PM
pengkaderan??? menatang apa plak ni...alahai si jawa ni..adoi.. hahahahaha
Quote Al-Patih 13-12-2013 02:53 PM
zahid lagi ....
Quote Kittie 13-12-2013 02:55 PM
Derang byr baper? Mana borang?
Quote mak_wa95 13-12-2013 02:55 PM
selama ni xcukup lagi ke penjelasan melalui media yang sedia ada...
cybertrooper yang sedia ada ni pun xcukup lagi ke..
oh lupa cybertrooper yang ada sekarang ni sangat ngok se ngok mentori yang bagi maklumat syiah nya mat sabu..
Quote slippergombak 13-12-2013 02:58 PM
dino posted on 13-12-2013 02:49 PM
jom join weh.....

nak join,.... katanya sejak2 tun faisal kalah jawatan ketua cyberstupid umno.. bayaran dah takder...
Quote dino 13-12-2013 02:58 PM
atira posted on 13-12-2013 02:50 PM
berapa bayaran
nak joinT

jom tira.... bkn susah sgt nak mengampu nih
Quote dino 13-12-2013 02:59 PM
slippergombak posted on 13-12-2013 02:58 PM
nak join,.... katanya sejak2 tun faisal kalah jawatan ketua cyberstupid umno.. bayaran dah takder. ...

apa ni free2.... ke dpt imbuhan projek ke?
Quote clarizsa 13-12-2013 02:59 PM
ada gaji x... huhuhu
Quote Knights 13-12-2013 03:00 PM
Camna nak apply
Quote kucingTomey 13-12-2013 03:00 PM
dalam kepala saya ni ada 4 yang tertera bila menginagtkan macai umngok....

1) cybertrompet
2)cybersyaithoon
3)cyberlobai
4)cybernatang

Quote Bedah.Cun 13-12-2013 03:00 PM
Kalau untuk tangkap jawa2 beli IC rasuah kat JPN, Bedah pun nak join tangkap diorang macam tangkap anjing
Quote atira 13-12-2013 03:02 PM
dino posted on 13-12-2013 02:58 PM
jom tira.... bkn susah sgt nak mengampu nih

bukan payah kornar2 ni...
aku boleh jadi lebih baik dari djek
Quote atira 13-12-2013 03:03 PM
slippergombak posted on 13-12-2013 02:58 PM
nak join,.... katanya sejak2 tun faisal kalah jawatan ketua cyberstupid umno.. bayaran dah takder. ...

tak de??
tak hingin la
Quote sepiITUindah 13-12-2013 03:04 PM
kelayakan?
Quote xpdckelate 13-12-2013 03:05 PM
menatang ape pengkaderan tu?
Quote dino 13-12-2013 03:05 PM
sepiITUindah posted on 13-12-2013 03:04 PM
kelayakan?

kena ade ciri2 budus tahap cipan....
Quote kucingTomey 13-12-2013 03:05 PM
atira posted on 13-12-2013 03:02 PM
bukan payah kornar2 ni...
aku boleh jadi lebih baik dari djek

cube bagi contoh sket pasal koner baring versi macai .....

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062254 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top