Khalid (dua kanan) ketika majlis menandatangani MOU antara MRCB dan Safecam Partnership di IPD Shah Alam, semalam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata, CCTV tersebut akan dipasang di beberapa kawasan strategik yang sering berlaku jenayah. “Setakat ini, terdapat 666 CCTV sudah dipasang di lokasi strategik 15 daerah di negeri Selangor sejak tahun lalu,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan program ‘United Against Crime Through Eyes In The Sky’ di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, di sini, semalam. Menurutnya, CCTV berkenaan menghasilkan imej yang lebih baik sekaligus dapat membantu polis melakukan siasatan dengan lebih jelas dan teliti. “CCTV ini juga dapat mengesan kemasukan kenderaan dan individu ke dalam bangunan atau premis," katanya. Khalid berkata, selain itu polis juga memasang pembesar suara di beberapa CCTV yang berfungsi untuk memberi peringatan kepada orang ramai mengenai jenayah. Menurutnya, rakaman CCTV boleh disimpan lebih dari sebulan dan boleh menjadi bahan bukti ketika sesi pendakwaan di mahkamah kelak. Ditanya kos pemasangan CCTV, Khalid enggan mengulasnya kerana ianya di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Dalam pada itu, beliau menyarankan individu atau pemilik syarikat supaya memasang CCTV berkualiti dan berdefinisi tinggi bagi memudahkan polis melakukan siasatan sekiranya berlakunya jenayah di tempat mereka. “Selain itu, saya minta kerjasama daripada syarikat atau individu yang memasang CCTV supaya menyambungkan sistem CCTV mereka ke bilik gerakan polis untuk memudahkan kerja pemantauan,” katanya. Dalam majlis yang sama, Khalid juga menyerahkan pemakaian pangkat kepada 23 anggota polis yang bakal diserapkan di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik.
|
batmana posted on 14-12-2013 12:19 PM
wajibkan pemilik kenderaan pasang dvr cam sekali..barula bagus..
ni dvr dashboard cam hd rm120 pun ...
xpdckelate posted on 14-12-2013 12:25 PM
dari wajibkan pemilik pasang dvr baik wajibkan pembuat kereta pasang awal2,pengguna cuma letak mem ...
ADVERTISEMENT