CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hobi Lihat artikel

Oman - Jewels of Arabia

23-10-2012 11:39 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 25091| Komen: 0


Oman ni takdelah se popular macam UAE atau Qatar atau Saudi. Tapi banyak-banyak  Negara arab yg pernah aku pergi Oman adalah antara yang paling cantik. Lanscape nya yg unik, bergunung ganang, banyak canyon, banyak wadi, Negara yg paling banyak kehijauan berbanding dgn negara arab yg lain. Aku tinggal di Oman lebih kurang 3 tahun, puas jugak aku berjalan keliling Oman. Antara tempat yang aku pernah pergi ialah Musandam, Muscat (tempat aku kerja & tinggal), Sohar (Bandar yang berhampiran dgn Dubai – 1 hr drive), Sur (tempat penyu bertelur), Salalah (cuaca hampir dgn tropika), Nizwa, Jebel Sham, Jebel Akhdar, Wadi Bani Khalid, Sink Hole, Wadi Tiwi, Wadi Shab dan banyak lagi. Nanti aku akan ceritakan tempat ni satu persatu (kalau aku rajin lah).

Ibu Negara Oman ialah Musqat atau Muscat. Berbanding dengan Dubai atau Abu Dhabi, pada aku Musqat lebih menarik. Masih banyak bangunan-bangunan arab lama boleh dilihat di sini, museum pun banyak.  Bandaraya ini terletak diantara deretan pergunungan yang memberikan pemandangan landscape yang cukup indah.



Tidak ramai rakyat Malaysia yg  datang Oman, kecuali yg memang dah duduk Oman untuk bekerja. Terdapat lebih kurang 600 Malaysian yg menetap di Oman, kebanyakkan kerja di Oil & Gas (Oman Oil, Shell, Petronas, Worley Parsons etc.) . Ada jugak kerja construction dan aviation.


Malaysian yg menetap di Dubai pun suka dtg Oman. Ada yg datang untuk Visa running dan ada jugak untuk jalan2.  From Dubai to Muscat only take 4 to 5 hrs, bergantung kapada checkpoint, kalau hujung minggu boleh stuck kat checkpoint sampai 1 – 2 jam sebab terlalu ramai orang.

Oman terbahagi kapada 2. Musandam Peninsular  dan Mainland Oman, dipisahkan oleh UAE.
Arab Oman merupakan yg paling humble berbanding Arab lain, very friendly dan hormat (especially kalau dia tahu kita orang Malaysia.



bersambung...insyaallah.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 05:03 PM GMT+8 , Processed in 0.047778 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top