Berita baik buat peminat program hiburan Running Man. Selepas pembatalan kehadiran mereka ke Malaysia baru-baru ini, 2 bintang program ini iaitu Lee Kwang Soo dan Kim Jong Kook disahkan akan turun ke Malaysia pada 4 Januari 2014. Kehadiran ini pasti akan mengubati luka yang timbul akibat pembatalan yang terjadi sebelum ini.
Walaupun sering kelihatan bergaduh di dalam Running Man, sebenarnya hubungan Kim Jong Kook dan Lee Kwang Soo adalah sangat rapat seperti abang dan adik. Kim Jong Kook dikenali dengan nama “Harimau” kerana kekuatannya manakala Lee Kwang Soo “Zirafah” kerana ketinggiannya. Mereka berdua akan menemui peminat di Kenangan Wholesale Centre (KWC) bermula jam 7 petang.
Secara jujur, Abang Nara memang peminat Lee Kwang Soo kerana perbuatan khianatnya yang sangat awesome dan tidak terjangka di dalam program Running Man. Kepada anda yang mahu melihat mereka secara “live”, boleh dapatkan tiket yang bermula dengan harga RM158 di laman web Ticket Pro. |
peah311 posted on 22-11-2013 02:06 PM
aku rasa nak bayar dorg mahal..penganjur pon x brani nak invest banyak2 takut x ramai peminat bole ...
inaniloquent posted on 13-12-2013 10:08 PM
ko pong minat kwang soo
syue86 posted on 13-12-2013 10:33 PM
Haah.tah knp aku tberkenan kt die.
Lawak kot bl die kena buli or blur2
inaniloquent posted on 13-12-2013 10:35 PM
aku tgk dia tu cm 'angle' dlm RM
inaniloquent posted on 13-12-2013 10:56 PM
maksud aku,,,,watak dia yg giler2 tu yg wat penarikan org nk tgk (sudut)
ADVERTISEMENT