Mangsa yang maut dipercayai diserang penyakit sawan sebelum motosikalditunggangi merempuh pagar sebuah rumah. SERDANG, 7 Disember – Seorang lelaki maut apabila motosikal Modenas Kriss yang ditunggangi merempuh pagar besi sebuah rumah di Taman Seri Serdang sebelum sempat menikmati buah rambutan dipercayai baru dibeli, petang kelmarin. Kejadian menyebabkan buah rambutan yang diletakkan dalam raga motosikalnya bertaburan di atas lantai rumah yang dirempuh masuk sebelum itu. Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa, Chong Swee Heng, 52, dari Seri Kembangan diserang penyakit sawan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan dia gagal mengawal motosikal ditunggangi. Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 petang berhampiran perumahan di Tasik Universiti Putra Malaysia (UPM). "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang sendirian dari arah UPM menuju ke Seri Serdang dipercayai mengalami serangan penyakit sawan. “Insiden cemas menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi rumah yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya. Pegawai Perubatan Ambulan Hospital Serdang mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala. Katanya, kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci giat dijalankan. Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 atau 0169055595 untuk membantu siasatan.
|
mikasa posted on 7-12-2013 11:57 AM
Masa aku lalu kawasan kejadian...aku ingatkan ada kes rompakan/kecurian sebb ramai polis dan ambulan ...
ADVERTISEMENT