CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4095|Reply: 50

[Tempatan] {3} Matinya meriba rambutan !

[Copy link]
Post time 7-12-2013 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Mangsa yang maut dipercayai diserang penyakit sawan sebelum motosikalditunggangi merempuh pagar sebuah rumah.

SERDANG, 7 Disember  – Seorang lelaki maut apabila motosikal Modenas Kriss yang ditunggangi merempuh pagar besi sebuah rumah di Taman Seri Serdang sebelum sempat menikmati buah rambutan dipercayai baru dibeli, petang kelmarin.
       
        Kejadian menyebabkan buah rambutan yang diletakkan dalam raga motosikalnya bertaburan di atas lantai rumah yang dirempuh masuk sebelum itu.
       
        Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa, Chong Swee Heng, 52, dari Seri Kembangan diserang penyakit sawan secara tiba-tiba sehingga menyebabkan dia gagal mengawal motosikal ditunggangi.
       
        Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 4.10 petang berhampiran perumahan di Tasik Universiti Putra Malaysia (UPM).
       
        "Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila mangsa yang menunggang sendirian dari arah UPM menuju ke Seri Serdang dipercayai mengalami serangan penyakit sawan.
       
        “Insiden cemas menyebabkan motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas melanggar pagar besi rumah yang berada di sebelah kiri jalan,” katanya.
       
        Pegawai Perubatan Ambulan Hospital Serdang mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.
       
        Katanya, kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci giat dijalankan.
       
        Sehubungan itu, saksi yang melihat kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-80742222 atau 0169055595 untuk membantu siasatan.

p/s sian dia...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 11:43 AM | Show all posts
kasihannya. takziah..


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 11:44 AM | Show all posts
siannya.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiann...x pakai helmet ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 11:44 AM | Show all posts
kesiannya..takziah pada keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa punca sakit sawan ni yer... Bahayanya tengah bawak motor kene serang sakit sawan ni... Ada kn mkn ubat x kalo dah kn serang sawan... Org kata kalo dah kene sekali serang di sawan akan terus kene sentiasa... Betul ke... Kesiannya kat mendiang... Arap2 dia dah merasa sebiji dua buah rambutan tu... Sian meninggal dunia seblm sempat merasa apa yg dia nakkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2013 11:54 AM | Show all posts
Cina ni cuma mahu makan rambutan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa aku lalu kawasan kejadian...aku ingatkan ada kes rompakan/kecurian sebb ramai polis dan ambulan. masa tu..mangsa masih ditindih oleh motorsikal dia ...dan helmet dipakai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2013 12:01 PM | Show all posts
Arwah x amik ubat sawan ke? Ubat sawan Phenytoin 3 bijik yang dalam kapsul tu lar! Sian pulak nak makan rambutan je pun dah jadi arwah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 02:13 PM | Show all posts
takziah...kesian mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannya. bhy sawan ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:41 PM | Show all posts
kesiannya. terkejut tuan rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:43 PM | Show all posts
kesian... tp ayat perenggan kedua tu buat aku tergelak. wartawan zaman skrang ni tak reti ke buat ayat yg boleh buat org rasa simpati skit?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:44 PM | Show all posts
Bahaya penyakit sawan nih.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:45 PM | Show all posts
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:47 PM | Show all posts
Maideen. posted on 9-12-2013 03:44 PM
Bahaya penyakit sawan nih.....

teringat pensyarah dulu ade penyakit sawan..... die ngajor maths..... tgh2 die mengajor tu kan..... tgh menulis kat papan hitam.... tiba2 die hang.... pastu rebah..... berbuih2 mulut die...
apa lg.... kelas batal leh balik awal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2013 03:49 PM | Show all posts

Kesiannya

I pernah tgk org kena sawan dlm train komuter. Org ramai biarkan je, tak berani nak tolong tgk mulut dia dah berbuih2
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:50 PM | Show all posts
siannya kan.. masih terpegang rambuatan ditangan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:50 PM | Show all posts
mikasa posted on 7-12-2013 11:57 AM
Masa aku lalu kawasan kejadian...aku ingatkan ada kes rompakan/kecurian sebb ramai polis dan ambulan ...



Mesti dia baru balik beli rambutan dkt kebun upm agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2013 03:51 PM | Show all posts
tak sempat dia nak mkn rambutan tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:52 AM GMT+8 , Processed in 0.053797 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list