CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Diri Sebab Tersalah Hantar Sms

6-12-2013 03:42 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9949| Komen: 52


London: Seorang pegawai polis wanita membunuh diri selepas tersilap menghantar mesej pesanan ringkas (SMS) kepada suaminya walaupun ia ditujukan untuk kekasihnya.
Inkues mengenai kematian Gail Crocker diberitahu, wanita terbabit banyak menghabiskan masa dengan seorang pegawai polis lain ketika suaminya, Peter, menjalankan urusan di luar kawasan Pada satu hari Gail, 46, menulis SMS untuk mengucapkan “terima kasih” atas kejadian yang mereka lalui bersama kepada kekasihnya.

Namun Gail tersalah hantar dan SMS berkenaan diterima Peter, 49.

SMS daripada ibu kepada dua anak itu berbunyi: “Terima kasih di atas malam yang indah. Saya harap kita dapat melakukannya sekerap mungkin.” Apabila suaminya pulang ke rumah di St Stephen, Cornwall, Gail mengakui dia menghabiskan masa bersama rakan sejawatnya - yang tidak dinamakan dalam inkues berkenaan - tetapi menegaskan kejadian itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pasangan suami isteri yang sudah bersama sejak 30 tahun itu kemudian bertengkar sebelum Gail mengambil ubat tidur berlebihan sehari kemudian. Gail kemudian masuk ke but keretanya.

Mayat Gail ditemui bersama botol ubat tidur yang sudah kosong serta nota terakhir daripadanya.

Peter berkata, Gail ada merayu dan meminta maaf kepadanya selepas mereka bertengkar. “Gail ialah nyawa saya dan kami ada membuat pelbagai rancangan bersama. “Tidak berbaloi dia membunuh diri kerana saya rasa hilang arah tujuan tanpanya,” katanya.

Inkues diberitahu bahawa Gail menghantar SMS pada 12 Jun lalu, Pasangan itu juga bertengkar sekali lagi pada pagi berikutnya. Gail juga menghubungi Peter di tempat kerja hingga lelaki itu berang lalu menghempas telefonnya ke lantai.

Apabila Peter tiba di rumah tidak lama kemudian, dia mendapati isterinya sudah tiada. “Sewaktu saya pulang Gail tiada. Dia tidak menghubungi saya hingga malam,” katanya.

Gail dikatakan turut menghubungi balai polis tempat dia bekerja, memberitahu tidak dapat datang bertugas kerana cuti sakit. 

18

Bagus
8

Marah
3

Terkejut
17

Sedih
11

Lawak
26

Bosan

Friends Rank (83 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bedah.Cun 6-12-2013 10:48 AM
Vodo nye
Quote perang_sivil 6-12-2013 10:52 AM
Pernah gak salah wassup kepada Boss... kaw kaw punye kutuk boss, tapi automatic malu masa sendiri.. dalam kes ni, maybe Mendiang Gail rename skandal dia lebih kurang sama rename dengan husband dia...
Quote ell768 6-12-2013 10:54 AM
kantoi..lepas tu bunuh diri....
Quote siti_kus 6-12-2013 10:58 AM
ke husband dia yg bunuh.
Quote xdielzx 6-12-2013 10:58 AM
kalau takmo kantoi jangan cari masalah
Quote fifie_olin 6-12-2013 11:00 AM
perang_sivil posted on 6-12-2013 08:52 AM
Pernah gak salah wassup kepada Boss... kaw kaw punye kutuk boss, tapi automatic malu masa sendiri..  ...

dh tu ko kena pecat ke....sedap2 ko kutuk dia
Quote perang_sivil 6-12-2013 11:05 AM
fifie_olin posted on 6-12-2013 11:00 AM
dh tu ko kena pecat ke....sedap2 ko kutuk dia

siap boss belanja makan kat Victoria Station lagi...

boss yang baik..
Quote Fleur81 6-12-2013 11:05 AM
kantoi punya pasal sanggup bunuh diri...dunia dunia
Quote fifie_olin 6-12-2013 11:09 AM
perang_sivil posted on 6-12-2013 09:05 AM
siap boss belanja makan kat Victoria Station lagi...

boss yang baik..

baik ada makna tu...xkan la dh kena kutuk....sng2 dia banjer...jgn ada udang sebalik mi jeww.....ntah2 sok2 lusa ko kena tendang reason....ko kutuk dia dgn bg msg je

Quote girly.. 6-12-2013 11:10 AM
aduhai mcam2...
Quote perang_sivil 6-12-2013 11:16 AM
fifie_olin posted on 6-12-2013 11:09 AM
baik ada makna tu...xkan la dh kena kutuk....sng2 dia banjer...jgn ada udang sebalik mi jeww.....n ...

benda 2 tahun lepas... hu hu.. maintain je skrg
Quote clarizsa 6-12-2013 11:18 AM
isk.. bunuh diri watpe.. kantoi skit je..
Quote ais_kosong 6-12-2013 11:21 AM
kantoi hantar msg ja pun nk bunuh diri..
cerai jer la kawin ngan skandal..
Quote Maideen. 6-12-2013 11:22 AM
Aparah Gail ni. Nama kekasih mustilah didaftarkan dengan 2 ciri penting  ia itu (i) ianya tidak  akan mendatangkan syak dan (ii) ianya tidak mudah tersilap. Mana tahu kalau kita tengah semayang dan  fon kita berbunyi, tak lah pasangan kita syak apa apa bila melihat nama caller itu.

Bagi wanita nama kekasih boleh lah didaftarkan seperti: "Limah Tudong Bawal" ka " Kak Nab jamu" ka.

Bagi Lelaki nama kekasih disyorkan didaftarkan seperti: " Haji Makroni Jual Kitab" ka  atau " Lobai Usop Tasauf" ka.

Wallahualam. Last edited by Maideen. on 6-12-2013 12:03 PM

Quote magnus 6-12-2013 11:24 AM
Ish ish ish...
Quote cecari 6-12-2013 11:40 AM
Maideen. posted on 6-12-2013 11:22 AM
Aparah Gail ni. Nama kekasih mustilah didaftarkan dengan 2 ciri penting  ia itu i) ianya tidak  akan ...

Yaaa tu diaa... allobai maideen al kantoi aka misguided ignorant mengeluarkan tazkirah dan fatawanya untuk kejahatan sejagat.
Quote perang_sivil 6-12-2013 11:41 AM
Maideen. posted on 6-12-2013 11:22 AM
Aparah Gail ni. Nama kekasih mustilah didaftarkan dengan 2 ciri penting  ia itu i) ianya tidak  akan ...

dia lupa nak rename kat phone nama sebegitu...
Quote Dia_Yuni 6-12-2013 11:58 AM
Bunuh diri watpe,untung2 laki ko nk ceraikn ko dgn itu dptlah ko bersame ngan skandalmu itu.

Ex aku dulu rileks je terslh sms kat mak aku siap bersayang2 bagai.
Quote Maideen. 6-12-2013 12:01 PM
perang_sivil posted on 6-12-2013 11:41 AM
dia lupa nak rename kat phone nama sebegitu...

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.....

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.095913 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top