PENYANYI dan pelakon jelita, Luna Maya meluahkan hasrat untuk membuka spa kecantikan selain berlakon drama atau filem. Namun dek kesibukan dengan jadual hariannya yang padat, dia terpaksa menangguhkan impiannya itu. "Perkara yang paling saya sukai rawatan manicure dan pedicure. "Teringin sangat buka pusat kecantikan tetapi ia sekadar angan-angan. "Bukan tidak mahu tetapi niat sering terhalang kerana sikap saya yang tidak pernah serius dengan satu perkara," ujarnya. Apa yang pasti, bekas kekasih Ariel Noah ini cuba merealisasikan impiannya apabila benar-benar yakin dengan niatnya itu.
|
ADVERTISEMENT