CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Mati Ditikam Teman Lelaki

2-12-2013 03:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4897| Komen: 15



MELAKA: Seorang pekerja kafe siber ditemui mati disyaki ditikam teman lelakinya di Taman Limbongan Permai di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi itu, mangsa Goh Meng Yee, 23, dipercayai ditikam teman lelakinya selepas berlaku pergaduhan di antara mereka.

"Suspek yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan dan akan ditahan bagi membantu siasatan," katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kassim_Patalon 2-12-2013 01:09 PM
melaka darul tikam
Quote miawpink 2-12-2013 01:15 PM
Pekerja kafe siber wanita maut ditikam teman lelaki


MELAKA - Seorang pekerja kafe siber wanita ditemui mati ditikam di sebuah rumah di Taman Limbongan Permai, Tengkera di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 4.30 mangsa, Goh Meng Yee, 23, dipercayai mati ditikam oleh teman lelakinya selepas berlaku pergaduhan antara mereka.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abdul Rahman berkata, difahamkan, selepas menikam mangsa, suspek yang juga berusia 23 tahun itu kemudian bertindak pula menikam diri sendiri.

"Polis yang sampai di tempat kejadian selepas menerima maklumat daripada orang awam kemudian menemui mangsa telah mati dengan kesan tikaman di perut dan turut menemui sebilah pisau rambo bersebelahan mayat mangsa.

"Sementara suspek yang cedera selepas menikam diri sendiri telah dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan," katanya ketika ditemui semalam.

Kata Salehhudin, suspek yang menerima rawatan turut ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, setakat ini polis masih menjalankan siasatan mengenai motif kejadian.

Difahamkan, kejadian berlaku di rumah milik keluarga suspek dan semasa itu keluarga suspek tiada di rumah. - Kosmo!



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 1.htm#ixzz2mI8r48rm
Hakcipta terpelihara

Quote d-7-0ne 2-12-2013 01:24 PM
yg ni cina vs cina.
Quote DeMax 2-12-2013 01:29 PM
d-7-0ne posted on 2-12-2013 01:24 PM
yg ni cina vs cina.

Melayu mcm suka jer...Melayu mcm suka jer
Quote mak_wa95 2-12-2013 01:29 PM
pembunuh sekarang ni ialah orang terdekat atau orang yang dikenali...
Quote nurul_akmar 2-12-2013 09:25 PM
awat marah sgt sampai tikam2
Quote perang_candu 2-12-2013 09:32 PM
Malaysia masih aman...
Quote yanasan21 2-12-2013 10:11 PM
Thread sebelah bangla ngn bangla...malaysia ku masih aman...uhuhukk
Quote amon_79 3-12-2013 02:40 PM
...langsung dh tak aman malaysia neh...
Quote R.A.M.A_mirror 4-12-2013 04:32 PM
melaka darul tikam
Quote zwaty 4-12-2013 04:39 PM
byak btul lelaki 'sakit' skrang ni....
Quote Cik_Eena 4-12-2013 04:54 PM
huhuhu....x suka tikam..gaduh tikam...skeri betul skrg ni
Quote skeezotone 4-12-2013 04:58 PM
melaka darul rodok
Quote setia00 8-12-2013 01:54 PM
sekarang senang je kn..tikam mati.
seram den.
Quote AMARIA 8-12-2013 01:58 PM
takotnyerr!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.054722 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top