Sebuah perkampungan di Odisha, India menjadi tumpuan ramai selepas seekor anak lembu dilahirkan dengan keadaan yang luar biasa. Anak lembu tersebut yang mempunyai dua kepala dan tiga biji mata dilahirkan di sebuah rumah petani di Kampung Bijapur.
Sebagaimana yang dijangka, anak lembu tersebut menjadi perhatian dan ramai orang dilaporkan ke kampung tersebut hanya untuk melihatnya. Bukan itu sahaja, mereka juga menganggap anak lembu berkenaan sebagai suci dan mula menyembahnya. Difahamkan, petani berkenaan membeli seekor lembu betina dua tahun lalu dan baharu bunting. Apabila tiba masa untuk melahirkan, lembu tersebut mengalami masalah dan petani berkenaan memeriksa keadaannya sebelum mendapati 'keanehan' anak lembu yang dilahirkan.
Ujar petani tersebut, anak lembu itu juga menghadapi masalah untuk meminum susu ibunya justeru dia membeli susu dari pasar untuk diberi kepada haiwan berkenaan. - CARI Sumber: mStar/India.com
|
ADVERTISEMENT